VIDEO DEWAN PANAS: MANA ADA ANAK YANG HENDAK MENGAKU AYAHNYA BUAT JENAYAH.


Azalina mengamuk





KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari kedua hari ini panas seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang berhubung isu liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kekecohan tercetus apabila Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) 'mencuit' emosi Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan tindakannya yang cuba menyampaikan hujah mempertahankan bapanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, semalam.


"Saya kesian dengan Yang Berhormat Lembah Pantai (Nurul Izzah). Ye lah mana ada anak yang hendak mengaku ayahnya buat jenayah," katanya ketika

Azalina juga menggesa Nurul Izzah dan keluarganya menerima serta menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan Anwar sebagai bersalah.

Hujah Azalina menyebabkan Nurul Izzah bangkit meluahkan rasa tidak puas hati kerana menyifatkan Azalina sengaja membuat serangan peribadi untuk memancing emosinya.

Pertikaman lidah berlaku apabila Azalina dan Nurul Izzah saling berbalah sehingga mendorong Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said campur tangan dan meminta Azlina meneruskan ucapannya.

Tidak terhenti di situ, perbahasan Azalina terus menggamatkan sesi persidangan apabila beliau menyentuh tentang 'pilih kasih' yang diamalkan puak pembangkang dalam soal undang-undang dan kehakiman negara.

Beliau yang memetik dakwaan Nurul Izzah bahawa badan kehakiman sebagai 'menjual diri kepada syaitan' menyifatkannya sebagai tuduhan berat kepada badan tersebut.

Mengambil perhatian kepada beberapa keputusan kes yang menyebelahi pembangkang, Azalina menempelak: "Semua menang tak apa, bila menang semua (sistem kehakiman) malaikat, tapi bila kalah semua syaitan. Ini yang menyebabkan rakyat confuse (keliru)".

Ini menyebabkan beberapa anggota Parlimen pembangkang lain termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) cuba mencelah dan saling berbalas hujah dengan Azalina.

Tidak menghiraukan gangguan mereka, Azalina yang terkenal sebagai seorang yang lantang bersuara, turut mencabar pembangkang yang mengamalkan profesion guaman supaya meletakkan jawatan sekiranya benar-benar merasakan institusi kehakiman negara dibelenggu 'syaitan'.


Azalina dalam hujahnya turut mengkritik pemilihan lokasi himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang di ibu kota, "Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri...buatlah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan," selar beliau.

-- BERNAMA

*******

Rasa sedih .

Ya, mungkin kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi Allah Maha Tahu. Akhirat ada. Siapa yang menipu dan berlaku zalim akan menerima balasannya di akhirat nanti.

Dia  dan ibunya wanita yang benar-benar kuat.

Bertahun-tahun separuh negara tidak mempercayai ayahnya

Bertahun-tahun juga dia berdiri teguh, mempertahankan ayah kepada anak-anaknya.

Memang jiwa adamantium.

Semoga Tuhan memperkasakan jiwanya, lebih lagi.



Sampai bila pun, saya tak percaya pertuduhan si Saiful ke atas DSAI.


Anak perempuan.

Berlebih dimanja- jadi telur.
Dilempar pecah.
Berlebih dimarah- jadi batu.
Dilempar mencedera.
Ditegur merajuk; dibiar terpesong
Dikurung jiwanya- kan lumpuh terbata-bata
Dilepas tanpa kekang- kan terbang tak pulang-pulang
Tidak mudah mendidik anak perempuan.


Entah berapa banyak kesusahan yang ditempuh ibu dan ayah-
untuk mendidik anak perempuan mereka
supaya menjadi perempuan yang yang mampu mencempung kesusahan mendidik anak perempuannya, kelak.

Perempuan,

Bangga jadi perempuan .

****

Pengajaran hari ini;

Bila bila mulut rasa gatal nak ambil tahu pasal orang, hanya semata mata nak tahu, nak puaskan curiousity, bukan sebab nak selesaikan masalah atau nak eratkan silaturrahim, silalah ingatkan diri, tahan diri, pasak dalam kepala hadis nabi yang ni;

"Antara tanda keelokkan iman seseorang adalah dia meninggalkan apa apa yang tidak memberi faedah padanya."


Al kisahnya, hari ini mulut rasa macam laju nak bertanya hal hal orang. Nasib baik sempat tahan.

Bukan apa. Bimbang jadi bahan mengumpat, bergosip di kemudian hari.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.