VIDEO DAN 10 GAMBAR :Detik-detik pesawat Jupiter Aerobatic Team dari Indonesia terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15.







LANGKAWI: Kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat KT-13 dari Jupiter Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) yang terhempas ketika sesi latihan di sini sekitar jam 2 petang tadi, disahkan selamat.
Kejadian disahkan di laman Twitter kelab Penyokong Tentera Diraja Malaysia, @myTUDM, sebentar tadi.

Menurut kenyataan di entri tersebut, keempat-empat mereka di hantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Tulis kenyataan itu lagi, dua juruterbang pesawat terbabit selamat selepas menggunakan kerusi anjal.



Sementara itu, laporan media pula menyatakan anggota penyelamat menemui keempat-empat mereka selamat selepas mendarat dengan payung terjun masing-masing.

Difahamkan, nahas berlaku ketika sekumpulan enam pesawat KT-1B pasukan aerobatic itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum sayap dua daripada pesawat berkenaan berlanggar lalu menyebabkan kedua-dua pesawat terhempas.

Berikut beberapa foto yang dikongsi pembaca Malaysian Digest (mD) ketika nahas berlaku:


.

.

.

.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.