Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?



Hujjatul Islam Al-Imam al-Ghazali (w. 505H) dalam Faisal al-Tafriqah bain al-Islam wa al-Zandaqah menyebut tentang mereka yang diselamatkan dengan rahmat Allah dari hukuman azab neraka, antaranya beliau menyebut:

“Aku katakan bahawa kebanyakan Kristian Rom dan Turki pada zaman ini termasuk dalam rahmat ini –dengan izin Allah- iaitu mereka yang berada di penghujung Rome dan Turki yang tidak sampai dakwah. Mereka itu tiga golongan; (golongan pertama) mereka yang tidak sampai kepada mereka nama Muhammad sama sekali. Mereka itu dimaafkan. (golongan kedua) mereka yang sampai kepada mereka nama Muhammad, sifat-sifatnya dan segala mukjizat (bukti) yang telah nyata. Mereka ini berjiran dengan Negara Islam dan bergaul dengan kaum muslimin. Mereka ini kuffar yang nyata. (golongan ketiga) mereka ini antara dua keadaan. Sampai kepada mereka nama Muhammad s.a.w tetapi tidak sampai ciri dan sifatnya. Mereka sejak awal mendengar bahawa seorang pendusta yang mengelirukan bernama Muhammad telah mendakwa menjadi nabi… mereka ini pada pendapatku sama seperti golongan yang pertama. Mereka ini sekalipun mendengar nama Muhammad tetapi mereka juga mendengar apa yang bercanggahan dengan sifat-sifatnya. Ini tidak menggerakkan mereka untuk mencari kebenaran..”

Perbincangan yang amat menarik..

Berkaitan dengan sisi kemanusiaan kita dan keluasan Rahmat Allah swt.

Melihat manusia lain mesti dengan kaca mata manusia juga, bukan semata dengan taqlid penghujahan agama.

Moga Allah faqihkan kita dalam islam sehingga benar terasa ianya satu agama samawi.
Moga kita dijauhkan dari penghujahan yang menyeleweng.
Moga Allah swt ampuni ketidakmampuan kita dalam memperlihatkan keindahan Islam.


notakaki- Jam tangan aku sudah dua kali hilang. Rasa-rasanya macam tertinggal dalam tandas, tapi tak ingat tandas tingkat berapa. Aku tanya mak cik cleaner kalau ada dia terjumpa jam tangan dalam tandas. Punya la dia bersungguh-sungguh mahu tolong aku, dia pergi tanya cleaner untuk setiap tingkat dari tingkat 1 sampai tingkat 8. BIla tak jumpa, dia pergi tanya cleaner mana yang bertugas untuk cuci tandas. Padahal jam aku rm49.90 je. Malu aku. Kalau orang kafir bersungguh-sungguh ikhlas mahu tolong, kita sebagai orang Islam patutnya lebih bersungguh-sungguh dan ikhlas menolong. Kita dengan bangganya claim orang Islam lebih mulia sebab tingginya nilai shahadah, tapi bila bab tolong orang, buat tolong sambil lewa ibarat melepaskan batuk di tangga. Lalu kefahaman kita terhadap tauhid itu belum sempurna. Malu la, malu. Malu tau tak?

Ada non muslim tanya, "why are you muslim? Is your father and mother muslim as well?"

Nak jawab apa?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.