Hebatnya dia di sisi Tuhan.



Sebaik sahaja keluar daripada kereta setelah meletakkannya di lot parkir universiti, saya disapa dengan ucapan salam serta sekuntum senyuman oleh seorang anak muda. Menerima sapaan ikhlas seumpama ini hampir menjadi rutin sebelum memulakan jadual harian kerja setiap pagi sejak 6 bulan yang lalu dengan kehadiran tukang kebun yang istimewa ini.

Apa tidaknya, beliau sentiasa memulakan tugasnya membersihkan laman universiti setiap awal dan sentiasa ceria dalam bekerjaya. Belum sempat saya memulakan salam, beliau lebih pantas mendahuluinya dengan senyuman manis yang terserlah keikhlasannya.

Terdetik di dalam diri keinginan untuk berkenalan lebih lanjut dengannya tetapi tidak berpeluang. Di permulaan Ramadhan hari ini, saya ke surau lebih awal dengan hasrat untuk meluangkan sedikit masa untuk membaca al Qur’an di bulan mulia ini.

Sebaik sampai ke surau, saya dapati sepasang selipar di situ dan kedengaran bunyi air bagaikan seseorang yang sedang berwuduk. Tanggapan saya benar, apabila saya dapati anak muda yang ingin saya temui ini sedang bersiap-siap untuk bersolat.

Seusai mengimami solat zuhur, saya mendekati beliau yang sedang tekun bertadabbur. Saya mengambil keputusan untuk berkenalan lanjut dengannya.

Dr Z : Assalamu’alaikum. Apa khabar?

MA : Wa’alaikum salam. Khabar baik tuan.

Dr Z : Siapa nama ya?

MA : Nama saya Muhamad Adnan Bin Muhamad Sadiq.

Dr Z : Berapa umur sekarang?

MA : Sekarang saya 27 tahun.

Dr Z : Asal daripada Dakka ke?

(Saya cuba meneka kerana tidak tahu banyak mengenai bandar-bandar di Bangladesh jika dibandingkan dengan lokasi di Mesir, Jordan dan Arab Saudi yang kerap saya kunjungi)

MA : Bukan, kampung saya lebih kurang 2 jam naik kereta dari Dakka.

Dr Z : Sudah berapa lama bekerja di Malaysia?

MA : Saya sudah 7 tahun bekerja di Malaysia, di IMU ini baru setengah tahun.

Dr Z : Bila mahu kahwin? (saya cuba mengusiknya)

MA : Saya belum fikir pasal kahwin tuan.

Dr Z : Berapa dapat sebulan gaji di sini?

(saya tak tahu pendapatannya kerana dia diambil bekerja di IMU (tempat saya bekerja) melalui agensi)

MA : Alhamdulillah, di sini saya dapat RM 750 sebulan.

Dr Z : Boleh cukup ke sara hidup dengan RM 750 sebulan.

MA : Ini cukup-cukup sahaja. RM 180 untuk sewa rumah. Lain-lain untuk makan, bil letrik dan telefon ( dia menyewa sebuah rumah kayu yang kecil di Seremban). Sebelah petang dan hujung minggu, saya akan potong rumput di rumah orang di sekitar Seremban. Satu rumah dapat RM 40-50 dan satu bulan saya boleh dapat antara RM 800-1000.00.

Dr Z : Berapa banyak hantar duit ke Bangladesh setiap bulan?

MA : Semua duit potong rumput saya akan simpan dan kirim ke Bangladesh, lebih kurang RM 800-1000 setiap bulan.

Dr Z : Buat apa dengan duit kiriman tu?

MA : Bantu ayah-emak saya yang sudah tua dan saya juga minta mereka belikan tanah di sana. Alhamdulillah, saya sudah ada sawah padi di Bangladesh dan sekarang saya upahkan orang kampung saya untuk tanam padi.

Dr Z : Subhanallah. Hebatlah kamu Adnan….Saya berbangga dengan kamu.

MA : Alhamdulillah, syukur kerana Allah beri saya rezeki di Malaysia.

Dr Z : (sambil membelek naskhah al Quran yang dipegang sejak tadi, saya dengan sengaja ingin menguji tahap kemampuannya membaca al Quran). Boleh ajarkan saya al Qur’an?

MA : Insya allah boleh (sambil tersenyum).

Dr Z : Kamu hafaz 30 juzuk al Qur’an ke?

MA : Alhamdulillah…sejak saya kecil. Kira-kira 3-4 tahun semasa bersekolah rendah, saya dapat menghafaz 30 juzuk al Quran.

Dr Z : Subhanallah…(saya mengetap bibir kerana rasa malu bercampur kagum dengan si anak muda tukangkebun dari Bangladesh ini).

Dr Z : Ok Adnan, saya nak masuk semula ke pejabat. Lain kali kita boleh berbual-bual lagi.

MA : Baik tuan. Ramadhan kareem… dia beredar dengan senyuman.

Di dalam hati, tersemat rasa kepuasan yang tidak berbelah bagi kerana dapat bertemu dengan anak muda yang kelihatan ‘biasa’ dan mungkin dipandang ‘lekeh’ oleh orang ramai. ‘Hanya seorang tukang kebun’, ‘Bangladesh’ pulak tu….

Siapa dia dan siapa kita di sisi Allah swt….?

sumber

Artikel ini berulangkali mampu menghidupkan rasa insaf dalam diri saya..

Muhasabah diri supaya tidak memandang rendah, mereka-mereka yang kita rasa tidak berharta, punya pekerjaan yang dianggap jijik malahan mungkin tidak sempurna fizikalnya... apabila dunia sekarang lebih memartabatkan golongan kaya dan berharta, kerana mungkin amalan dan darjat mereka lebih tinggi di sisi Allah..

[ Dan setiap kami mengutus seorang pemberi peringatan kepada suatu negeri, orang-orang yang hidup mewah (di negeri itu) berkata, "Kami benar2 mengingkari apa yang kamu sampaikan kepada utusan" ]

[Dan mereka berkata, "Kami memiliki lebih banyak harta dan anak2 (daripada kamu) dan kami tidak akan diazab ]

[ Katakanlah, "Sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya (bagi siapa yang Dia kehendaki) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" ] As Saba' 34-36

Allahu mustaan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cara Semak Keputusan Permohonan BRIM 2014 Online.



Bermula Februari 2014 semua pemohon BRIM 2014 boleh menyemak permohonan anda sama ada berjaya atau pun tidak.

Cara semakan permohonan

1. Boleh semak di talian 1-800-88-2716. Dari 9 pagi hingga 5 petang waktu bekerja sahaja.

2. Melalui emel br1m2@treasury.gov.my ataubr1m3@treasury.gov.my

Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam emel anda.

Harap semua info dapat membantu anda.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Semakan Online Keputusan SPM 2014 .


Semakan Online Keputusan SPM 2014 .

Tarikh semak Keputusan SPM 2013 akan diumumkan kemudian berkemungkinan pada 21 March 2014 . Para pelajar dan Ibu bapa di sarankan agar sentiasa dari masa ke semasa mengikuti laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini dengan tepat.




Cara Semakan Keputusan SPM 2013 melalui Online


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:


1) Semakan secara online :


Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.


Cara Semakan Keputusan SPM 2013 melalui sms




Anda jugak boleh semakan keputusan SPM 2013 melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :


- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888


- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888

Semakan Online Keputusan SPM 2014

semoga berjaya kepada semua calon SPM 2013.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan Terhadap Hidangan 'Nasi Lemak Telanjang' Malaysian Airlines.


Gambar yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan.
Sumber Instagram.com/ChefWan58

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Chef Wan menggelarnya sebagai ‘telanjangg’, kerana dia kesal menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan.

The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers.

Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be.

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telan jang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul?

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Betul juga dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?


Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan kebangsaan kita, janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.


Chef Wan yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.


Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia. -Mynewshub

ini adalah jawapan dari MAS,

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines menjawab komen Chef Wan yang menganggap nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi sebagai 'telanjang'. Gambar yang dimuatkan di akaun Instagram turut menerima pelbagai reaksi di media sosial.
Dalam kenyataan Malaysia Airlines kepada Astro AWANI, syarikat penerbangan nasional itu akan terus mempertingkat mutu makanan mereka.

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.

"Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines.

Thumbs Up!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.