Misteri Kematian Bayi Di Taska Terjawab.



Putrajaya - Misteri kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, kelmarin terjawab selepas hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan mengidap penyakit paru-paru berair.

Pengusaha taska yang hanya ingin dikenali sebagai Johan, 48, berkata, perkara itu dimaklumkan ibu bapa arwah Azeem Rifhan selepas mendapat laporan bedah siasat daripada hospital.

Keluarga arwah tidak menyedari arwah mengalami masalah berkenaan kerana dia seorang bayi yang aktif dan ceria.

Sehubungan itu, Johan meminta orang ramai berhenti menuding jari ke atas taska miliknya kerana kematian bayi itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah ataupun kecuaian pengasuh.

“Azeem Rifhan meninggal bukan disebabkan tersedak susu kerana doktor mendapati jumlah susu dikeluarkan dari badan mangsa hanya di dalam jumlah minima.

“Malah, saya sudah melawat ibu bapa mangsa ketika di hospital semalam (kelmarin), dan memohon maaf di atas apa yang berlaku, mereka tidak menyalahkan kami reda dengan kejadian menimpa anak sulung mereka dan menganggap itu ketentuan Allah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam Harian Metro, melaporkan Azeem Rifhan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambilnya jam 2.15 petang, kelmarin.

Bayi itu dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.

Melihat keadaan anaknya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.

Ketika ditanya mengenai keadaan bayi sebelum kejadian itu berlaku, Johan berkata, pengasuh bertugas menjaga bayi itu mendapati bayi berkenaan sedang tidur dan membuatkan kematiannya tidak disedari.

“Melihatkan dia tidur nyenyak, siapa sangka akhirnya boleh berlaku perkara tidak diingini,” katanya. -Harian Metro

****

Tersedak susu boleh juga terjadi dalam keadaan dipanggil Gastroesophageal Reflux. Ada injap dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES) di antara esophagus dan perut. LES fungsinya menghalang makanan/cecair yang sudah masuk ke dalam perut, untuk tertolak balik ke atas, masuk semula ke esophagus. Bagi baby, otot LES ini masih lemah, maka sebahagian susu yg sudah masuk ke dalam perut, mungkin terlepas masuk semula ke esophagus. Dari esophagus, susu tersedak ini boleh naik ke atas, dan masuk ke trachea. Reflux mudah terjadi kalau baby menyusu dalam keadaan terlentang. Selain memastikan posisi baby masa menyusu, penggunaan susu yang lebih pekat boleh kurangkan insiden reflux. Reflux akan pulih dengan sendirinya bila baby makin membesar.

So, tips mengelakkan tersedak susu:


1. Jangan paksa , sumbat botol susu masa baby tengah melalak menangis. Sabar. Tunggu tangisan reda sedikit, baru bagi susu.


2. Elakkan posisi baby baring terlentang masa menyusu baby. Naikkan sikit bahagian kepala baby.


3. Kalau baby selalu sangat tersedak masa menyusu, bawa jumpa doktor, utk pemeriksaan lanjut..kot kot ada masalah reflux...or kadangkala masalah congenital seperti tracheo-esophageal fistula.


4. Make sure puting susu, sesuai dengan usia baby.


5. Biasakan diri, dan fahami pattern baby kita masa menyusu. Berapa ounce dan berapa lama masa diambil utk habiskan. Setiap baby berbeza kadar penyusuannya.


6. Amalan masyarakat kita menyendawakan / burp -kan baby, pun bagus dibuat...Sebab utk buat baby sendawa, memang kita kena hold baby in upright posture, selepas menyusu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

4 Januari 2014 pada 8:22 PTG

Nasib baik dah terjawab isu nie. Memang lately, banyak isu pasal baby tersedak susu nie..

4 Januari 2014 pada 10:24 PTG

kita tak sepatutnya tuding jari.... Kehendak Allah semua ni... Kita kena sabar...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.