Gambar Suasana Sayu Keluarga Norazita Serta Luahan Hati Suami Arwah Norazita.



SERDANG - Panggilan singkat Norazita yang beria-ia benar hendak tahu sejauh mana kasih suaminya, rupanya petanda ajal wanita itu hendak pergi buat selama-lamanya.

Suaminya, Irwan Kamarudin, 37, sama sekali tidak menyangka itulah panggilan terakhir dan paling singkat daripada isteri tersayang.

“Abang masih sayang saya?” Begitu pertanyaan Norazita dan berkali-kali dia mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar jam 5 petang, kira-kira sejam sebelum dia ditembak mati oleh perompak.

"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Irwan dalam nada suara menahan sebak.

Dalam kejadian sekitar 6.20 petang kelmarin, isterinya, Norazita Abu Talib, 37, mati tragis ditembak perompak dalam kejadian rompakan di bank tempatnya bekerja.

"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," luah Irwan yang bekerja sebagai pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.

Sambungnya, sekitar 6.20 petang, dia beberapa kali menghubungi Norazita untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan tidak berjawab namun pada ketika itu dia tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

"Saya tanya dia apa yang berlaku tapi dia tidak jawab soalan saya, cuma suruh saya datang ke sana. Beberapa minit kemudian, seorang kawan beritahu saya yang dia mendengar ada rompakan di bank isteri saya bekerja, menerusi laman sosial Facebook.



"Ya ALLAH, ketika itulah hati saya mula terdetik memikirkan sesuatu dan menjadi tidak tenteram," katanya.

Sehinggalah pada waktu dia sampai, dia begitu terkejut setelah melihat ramai polis di tempat kejadian dan polis tidak membenarkannya masuk ke dalam bank itu.

Jantungnya berdebar dan katanya, dia bertanyakan keadaan isterinya tetapi polis mengatakan isterinya berada dalam keadaan baik.

“Pada awalnya, seorang anggota polis memberitahu, isteri saya baik saja, tetapi kira-kira 9 malam, salah seorang anggota polis beritahu yang isteri saya sudah tiada lagi (mati ditembak).

"Pada saat mendengar berita itu, hati saya bagaikan hancur. Sedih dan pilu berpadu," luah Irwan dan ini bermakna panggilan singkat sejam sebelum kejadian itulah kali terakhir dia mendengar suara Norazita.

Irwan benar-benar tidak menyangka nasib malang menimpa Norazita sedemikian rupa kerana isterinya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum ajal, dan kesedihan apalagi yang boleh diceritakan saat mendengar khabar, isterinya telah mati ditembak.

Menceritakan kisah isterinya itu, Irwan berkata, Norazita memang seorang yang agak pendiam, namun sangat baik hati dengan orang lain dan tidak menyangka Norazita terkorban secara kejam di tangan perompak.

Menurutnya, dia sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Nurnisa Nabilah, 12, dan Muhd Hazimy, 8.



“Arwah akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Itam Labu, Kampar pada hari ini (semalam),” katanya di Jabatan Forensik, Hospital Serdang, semalam.

Sementara itu, berkongsi sedih dengan ayahnya, anak sulung arwah, Nurnisa Nabilah berkata dia telah kehilangan ibu yang selama ini menjadi tempat bermanja.

“Walaupun ibu seorang yang garang, tapi dia sangat sayangkan saya dan Hazimy.

"Sekarang mak dah tak ada,” kata kanak-kanak itu dalam nada sayu. 

Dalam kejadian kelmarin, Norazita yang bekerja sebagai pegawai bank di Ambank USJ, ditembak mati oleh perompak yang juga pengawal keselamatan di bank yang sama.

Seisi rakyat Malaysia turut merasai kekejaman yang berlaku terhadap wanita itu apabila perompak berkenaan tergamak menembaknya tanpa sebab sedangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Norazita langsung tidak melawan.

Lebih mengerikan kerana insiden tembak itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebook yang memaparkan Norazita ditembak pada muka hingga menyebabkan separuh dan otaknya hancur.

Dalam pada itu, perompak kejam tersebut berjaya lari dengan membawa wang rompakan itu dan kini polis sedang memburu pembunuh Norazita. Al Fatihah.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LIVE STREAMING BAJET 2014



Sekarang berlangsung pembentangan bajet  secara "live streaming" di laman Youtube Najib Razak atau di akaun ini dan Twitter Najib Razak.




Kenaikkan harga barang dan harga minyak adalah PERLU bagi mengelakkan defisit negara yang lebih tinggi. Mengapa? Pak Menteri menggunakan dana negara bukan sebagai 'modal' yang boleh memberi pulangan, sebaliknya ditabur merata-rata terutama di musim pilihanraya; selain dari kerabakan (bukan tiris dah) dana. Kenaikkan harga adalah jalan pintas untuk menampung pendapatan negara.

Maka benarlah kata Pak Menteri, kenaikkan harga barang adalah untuk masa depan rakyat dan negara *batuk*. Kebenaran yang pahit.

Bagaimana untuk menurunkan kembali harga barang dan petrol? TUKAR KERAJAAN yang lebih pandai mengurus harta negara.

sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Al-Fatihah Buat Norazita Abu Talib.









berdoa agar pesalah ini dapat diberkas dengan segera.

notakaki- Baik semasa belajar di Australia dulu mahu pun di New Zealand sekarang ini, bank di sini tidak pernah mempunyai security guard. Jauh sekali terjumpa pistol di dalam tandas. Kerajaan kafir sekular ini sangat menjaga kebajikan rakyat mereka. Malah keselamatan rakyat juga turut menjadi keutamaan. Kata Ibnu Taimiyah, 'Allah tolong negara adil walaupun pemimpinnya kafir.' Rakyat di sini juga mempunyai kesedaran dan nilai sivik yang tinggi, tidak mudah mencari masalah /gaduh sesama mereka, jauh dari perangai tidak bertamadun (barbarik) orang Melayu yang suka cari gaduh.

masalah ialah hampir semua orang mempunyai denial syndrome. jenis tak mau mengaku salah. mudah saja, mengaku sajalah kekurangan dan kesalahan kita. tak perlu kelentong sana sini, pistol hilang dalam laut lah, jatuh dalam tandas lah. dan tak perlu menafikan yang malaysia ini sememangnya tidak aman. mengaku saja malaysia ini huru-hara, senang cerita. kita mengaku, perbaikan kelemahan/kesalahan dan maju ke depan. kalau asyik dok nafi je, baik jadi macai.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Orang Yang Sentiasa Rasa Diri Teraniaya Patut Baca Surah Yusuf.



klik sini Video remaja Perempuan belasah remaja Perempuan sampai pengsan

Orang yang sentiasa rasa diri teraniaya patut baca Surah Yusuf.

Tak kurang ramai yang rasa dirinya teraniaya - rasa dianiaya kawan, rasa dianiaya boss, rasa dianiaya ahli keluarga, dan macam-macamlah komplen mereka.

Sedihnya, komplen itu semua tak meningkatkan iman tapi hanya 'merosakkan' hati dengan dendam membara.

Nabi Yusuf a.s. dianiaya abang-abangnya hingga dia dibuang ke dalam perigi.

Dijumpai pedagang, dijual pula dengan harga murah di Mesir.

Dibeli pembesar Mesir, isterinya pula menganiaya Yusuf a.s. dengan menggodanya dan memfitnahnya hingga Yusuf a.s. masuk penjara.

Yusuf a.s. hanya mengadu pada Allah,

"Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka.

Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung (untuk memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh"

(Surah Yusuf, 12 : 33)

Di dalam penjara, Yusuf a.s. mentafsir mimpi 2 kawannya, dia pesan siapa-siapa yang keluar, tolong bagitau raja supaya dia dibebaskan; tapi kawan itu terlupa pula setelah bebas dari penjara.

Maka, tetaplah Yusuf a.s. dalam penjara bertahun lamanya. Yusuf a.s. tetap sabar dan menjadikan Allah tempat dia mengadu.

Akhirnya, segala kebaikan kembali kepadanya!

Dibersihkan namanya dari wanita yang memfitnah, dilantik menjadi Menteri Perbendaharaan Mesir dan ditemukan dengan ayah yang dikasihi setelah bertahun-tahun terpisah. :')

*****

Rasa teraniaya?

Tingkatkan doa dan mengadulah pada Allah.

Kita komplen, komplen, komplen dan meluahkan rasa tidak puas hati di hadapan manusia (hingga jadi mengumpat), alangkah ruginya? Huhu.

Al-Quran dah tunjukkan cara, tinggal kita mahu ikut atau sebaliknya.

Allah sayang kita semua.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.