LAHAD DATU VAT 69@abby_abadi112 :[VIDEO VAT69, bukan calang-calang yang menganggotainya. Jom baca!] Ini bukan masalah politik tapi ini masalah kedaulatan negara yang senang sangat dibolosi.


Saya tidak mahu mengulas tentang tweet dari @abby_abadi112 bukan menyokong jauh sekali  bersetuju.

VAT69, bukan calang-calang yang menganggotainya. 


Mari menjadi bijak (sedikit),Yang syahid tu vat 69.Diorang tu profesional.Kita dah kehilangan pewira yang hebat.Murahnya harga nyawa mereka dimata kerajaan.Masalah isu kita sekarang penceroboh.Macam rumah kau kena ceroboh.Adakah kau akan berdiam diri dan hanya berdialog dengan penceroboh selama berminggu-minggu? Lepas anak bini dan anak ko dibunuh baru nak bertindak ke?

Ana faham kita tak gunakan army sebab PBB akan nampak isu antarabangsa, kita gunakan polis untuk tunjuk ini adalah domestic security...tetapi mengapa Hishamudin keluar statement jangan percaya khabar angin masa mula-mula mereka mendarat? Lepas tu langsung takde berita on the ground sampai hari ni.... Mengapa tunggu sampai 3 minggu baru nak bertindak? Mengapa tidak pada hari mereka mendarat? Dalam masa 3 minggu mereka sudah boleh meninjau kawasan dan memperkemaskan pertahanan mereka....atau Najib takut tidak dapat undi dari orang-orang sulu Filipina yg mendapat ic sekiranya melancarkan serangan?

Tidak perlu persoal siapa yang melepaskan tembakan dahulu.Dalam insiden ini,hak melepaskan tembakan adalah hak kita kerana ultimatum sudah diberi dan dateline sudah tamat.Rundingan sudah dibuat tetapi mereka masih engkar.Itulah hak kita menggempur. Jawapan Najib amat memalukan malah bersifat defensif. Tak perlu jaga hati orang Sulu kerana mereka buta sejarah. Tak perlu jaga hati orang Filipina kerana mereka yang menceroboh. Memalukan jika PM terus bersifat 'lembut' sebegini terutama menghadapi media.PM sepatutnya tegas, bukan bersikap simpetatik dan berani mempertahankan tindakan anggota keselamatan kita. Kita kesal gugurnya dua wira kita. Tapi kita tidak harus merasa kesal kematian 10 anggota penceroboh kerana mereka memang menempah maut....( maaflah saya emosi sikit terhadap Najib, Hishamuddin dan Zahid Hamidi). Ketiga-tiga mereka ini coward and no guts yet leading the country.Sabahan really hurt, especially the Kadazan/Dusun as labelled mere refugees from Vietnam by the so called Sultan of Sulu.
Hishammudin Hussein minta tentera sulu letak jawatan?? Sepatutnya PM dan DIA Letak Jawatan...

Inikalilah.....

Satu jawapan yang langsung tak  logik dan alasan tak munasabah bagi menutup kesalahan pihak k'jaan. Di sebabkan menunggu musuh serang dulu lah maka terkorban anggota keselamatan negara kita. Sepatut bila segala usaha menyelesaikan cara baik (rundingan) gagal,maka tindakkan tegas haru dilakukan. Ini tak rundingan masuk hampir 1 bulan pun termasuklah musuh sudah jelas dan terang yg mereka tak akan sesekali menyerah walawpun terpaksa mandi darah namun k'jaan masih berlembut. Jelas terbukti k'jaan...gagal dalam mengurus hal keselamatan negara sehinggakan membawa kematian kepada anggota keselamatan. Itu belum lagi di kira kelonggaran kawalan keselamatan negara kita sehinggakan boleh berlaku pencerobohan oleh tentera asing yg mengancam keselamatan negara kita.
.
BN wajib ditumbangkan.

Ini kalilah...

setakat jadi keyboard warrior tak pernah ada dalam warzone lebih baik diam


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LAHAD DATU[VIDEO] :JENAZAH DUA ANGGOTA KOMANDO DITERBANGKAN DARI LAPANGAN TERBANG TAWAU


Photo: Penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban terpaksa ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Masa ketibaan yang telah dimaklumkan sebelum ini pada jam 9.00 pagi telah diubah seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Semoga ketibaan jenazah selamat tiba. Al-fatihah.

Penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban terpaksa ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Masa ketibaan yang telah dimaklumkan sebelum ini pada jam 9.00 pagi telah diubah seperti berikut:

Tarikh: 02 Mac 2013
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.
Semoga ketibaan jenazah selamat tiba. Al-fatihah.

“Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur.”




menanti Jenazah Suami Tercinta

Waris bersama permaisuri Agong ...suasana sebak dan pilu


.


SAYU.. MENANTI JENAZAH DUA ANGGOTA KOMANDO DITERBANGKAN DARI LAPANGAN TERBANG TAWAU

AL FATIHAH: Insp Zulkifli bin Mamat (29) (gambar kiri) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di Lahad Datu hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Kedua-dua jenazah dijangka akan tiba di Pangkalan Udara Subang pada jam 11.30 malam ini.

Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu.

Manakala jenazah Kpl Sabaruddin akan dibawa ke rumah ibunya, Puan Som bt Mad Salleh di No. 83, Kg Sg Lias, Sg Besar, Sabak Bernam dan akan dikebumikan di Parit 1, Sabak Bernam, Selangor. Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.

Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik.

Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.

Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.


Semoga roh kedua-dua mereka dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED : LAHAD DATU TERKAWAL, ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERJAYA PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA


Perintah berkurung telah dikenakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang semalam, lapor Mstar berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.

“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina ke Lahad Datu dari 9 Februari himgga 1 Mac.

9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

1 Feb – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Manakala dua belas penceroboh bersenjata turut terbunuh.

BANDAR LAHAD DATU: AMBULAN TENTERA BERSEDIA MEMBERI PERKHIDMATAN , 

Berita khabar angin yang bertiup khususnya di bandar-bandar Lahad Datu, Semporna dan Sandakan menyebabkan tahap keselamatan rakyat Malaysia di sini agak kelam-kabut. Beberapa kedai ditutup termasuk pejabat kerajaan. Begitu juga di Semporna, cuti kecemasan terpaksa diberikan apabila khabar angin bertiup kencang kononnya berlaku peperangan besar di bandar Lahad Datu.
 kedengaran bunyi ambulan tentera dan road block dibuat di kawasan strategik, namun Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya mengawal keadaaan.

Kesemua penceroboh berjaya dipatahkan. Keselamatan Rakyat kita di sini lebih utama dan lebih penting Kedaulatan Negara kita berjaya dipertahankan.


TENTERA MALAYSIA TEKUN DAN SABAR MEMASTIKAN RAKYAT MALAYSIA DI LAHAD DATU HIDUP DALAM KEADAAN TENANG DAN TENTERAM


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED[VIDEO] :2 KOMANDO POLIS MAUT DAN 10 MATI,4 CEDERA SETAKAT INI DI TANDUO LAHAD DATU LAPORAN MEDIA FILIPINA.


BUAT SEMUA MASYARAKAT TAWAU DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
SOLAT HAJAT DAN DOAKAN AGAR DIBERIKAN KESELAMATAN KEPADA ANGGOTA  KOMANDO VAT69 YANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN TANAH AIR KHUSUSNYA NEGERI SABAH.


Media elektronik dekat malaysia ni tahu ke apa berlaku di lahad datu? sejak 5 jam lalu
Rtm dan Tv3 bersikap literal yang tidak akan membuat rakyat merasa panik bila ada kes yang boleh mengugat keamanan.tapi kita boleh melayari media lain yang bersikap partezim seperti bernama tv umpamanya.

selalu mengikuti berita TV1, 2, dan Astro awani untuk mengetahui perkembangan pencerobohan di Lahad Datu tetapi tidak mendapat liputan bahkan tidak di sentuh sedikitpun yang pertama keluar kalau berita ialah penyampaian BR1M oleh PM, TPM & YB2 BN yang lain ataupun masalah di selangor, pulau pinang dan kelantan. 

walaupun perkara tu tidak boleh di hebohkan demi keselamatan rakyat agar tidak panik, tapi kita rakyat perlu mengetahui juga perkembangan semasanya agar kita boleh menyiapkan diri dan keluarga. tapi mendukacitakan kerana media kita seolah-olah tidak peka dengan masalah di Lahad Datu ini....

Media antarabangsa melaporkan sudah mula ada kematian di perkampungan Tanduo di Lahad Datu pagi tadi dan masih terus berlangsung. Tapi masih belum ada pengesahan di pihak mana. Tentera Sulu berikrar akan pertahankan kedudukan mereka dgn apa cara sekalipun.

sumber


Media Antarabangsa Melaporkan - Tembak menembak telah bermula di Lahad Datu.

Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Polis Lepaskan Tembakan Terhadap Pemberontak Sulu

Tembakan Bermula

LAHAD DATU: Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:"Ewan ko (Saya tidak tahu)."


The Star has reported that two Sulu gunmen have been shot dead. Phillipine's media reporting Jamalul Kiram's daughter Jaycel Kiram say 10 Sulus have been killed. Here are the reports :

1. The Star

  • Lahad Datu stand-off: Two Sulu gunmen shot dead
  • FELDA SAHABAT : At least two Sulu gunmen are believed killed 
  • three injured cops were being airlifted to Sandakan.
  • As of 12.45pm, villagers say they were still hearing gunshots.
  • Azzimudie reportedly told a Philippines radio ..there were casualties on his side.
  • Azzimudie said that his group will not retreat or call for a ceasefire 
  • Many shops in Lahad Datu town about 165kms away from Felda Sahabat 17 had also closed.
  • At the entrance to Felda Sahabat 17 heavy security presence 


2. The Phillipine Global Inquirer

  • At least 10 people died while four others were injured the daughter of Sultan Jamalul Kiram III said Friday.
  • Among those wounded is a woman, Princess Jaycel Kiram said in press conference in Manila.
  • information relayed to the royal family by Rajah Muda, brother of the sultan and leader of the group 
  • The exchange of gunfire began at around 6 a.m. Friday when the Malaysian forces inched closer to the place 
  • The group has no intention to leave the area despite the firefight, the sultan stressed.
  • The Department of Foreign Affairs denied reports there were casualties.
  • Foreign Affairs spokesman Assistant Secretary Raul Hernandez said gunfire had stopped and there were no casualties.
  • “What he (Philippine ambassador to Malaysia) relayed to Secretary del Rosario was that this incident happened earlier, and thank God there were no casualties,” Hernandez said.

Well these are different reports. Shooting is still going on. Things are not clear yet. Our boys moved to take up positions this morning and were fired upon by the Sulus. The exchange of gunfire followed thereafter. I am informed that the Police will be cleaning up this matter today. This is happening as you are reading this. 2:43 pm Friday March 1st, 2013 KL time.




LAHAD DATU: PENCEROBOH SEPATUTNYA TERIMA TAWARAN MALAYSIA

Pekan, 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.

"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang
mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.

"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu
dengan membuat beberapa tuntutan. Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.

"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah. Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.

"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar dengan baik," katanya.
sumber

2 KOMANDO POLIS TERKENA MORTAR

ALFATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU. G/17984 skuad 2/2006″

Photo: Keadaan smpng klinik tungku menghntar mngasa berseluar askar terbaring dlm hilux jam 12:20
masih dalam kawalan?
 sibuk dengan kempen jelajah sana sini janji ditepati.

Terkini 10 tentera Sulu terbunuh dan beberapa yg lain cedera dlm pertempuran dgn pasukan keselamatan Malaysia. Setakat ini 2 Komando VAT69 terkorban dan 3 yg lain cedera. Mereka yg terkorban adalah Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin. Al- Fatihah untuk pejuang negara semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah..Amin !

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina - Bernama

Krisis Lahad Datu- Al-Fatihah 2 Anggota Unit Komando 69 Meninggal Dunia

Dari FB : Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia

Gambar Insp. Zulkifli



sumber


ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham.

Allahurabbi.

terkini setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban.

Kerajaan lambat ambil tindakan. Najib sibuk berkempen,jelajah sana-sini. Kunun mau tunjuk janji ditepati. Hisamudin pun asyik bagitau media yang keadaan di Lahad Datu masih terkawal walhal keadaan adalah sebaliknya.

Ya.benar kata Najib sebagai negara yang cintakan keamanan konsep dan pendekatan kerajan untuk menangani masalah keganasan adalah dgn cara diplomasi dan bukannya dgn cara kekerasan,itulah hakikatnya.saya percaya kekerasan bukanlah satu jalan penyelesaian.Dari itu soal pertempuran yang telah meletus terlalu sukar dipercayai.

Apabila negara kita terancam.. semua rakyat malaysia harus bersatu hati....perpaduan dari dalam hati paling kuat. Jangan semua perkara dipolitikkan. Politik ialah politik... kedaulatan negara bukan mainan para politikus. Musuh paling besar selalunya ialah diri sendiri. Hindari bau perkuaman dan prejudis politik kita apabila krisis begini terjadi. Renung renungkn lah ana rasa ni lah perkara yang Allah nak berikan kesedaran kepada para rakyat malaysia.

Oh!malaysia ku.

Notakaki- Rakyat Sabah yang berada dikawasan terdekat kami mendoakan keselamatan anda.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bekas kerani bank didakwa keluar wang Lisa Surihani.



KUANTAN - Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED [GAMBAR]:Punca Sebenar Jambatan Sebelum Tol Putrajaya Runtuh.


.
Satu jejambat di kawasan dekat Taman Sains Selangor, Cyberjaya runtuh dalam satu kejadian petang ini.
Beberapa gambar yang menunjukkan jejambat yang runtuh merentasi satu jalan yang sedang dibina hari ini dikesan tersebar di laman Facebook dan Twitter.

Tulisan di Twitter menyebut, tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut memandangkan jalan itu ditutup kepada pengguna.

Balai polis Cyberjaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian runtuhan jejambat tersebut, namun pegawai berkenaan berkata kawasan berkenaan berada bawah bidang kuasa balai polis Putra Perdana, yang tidak dapat dihubungi.

Seorang pegawai polis di ibu pejabat daerah Sepang memberitahu Malaysiakini, mereka tidak mempunyai maklumat buat masa ini.

"Pegawai kami sudah berada di sana namun kami masih belum mendapat sebarang maklumat," katanya


"Jambatan Runtuh" Sebelum Ke Tol Putrajaya... Tak Tahulah Diruntuhkan Ataupun Runtuh Dengan Sendirinya Kerana Dikhabarkan Struktur Tanah Disitu Memang Kurang Sesuai (Mendap)... Apapun Kita Tunggu Cerita Sebenarnya....



Sempat lagi buat TROLL

Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan



sumber

Buat sahabat-sahabat yang menghala ke Putrajaya atau melalui Putrajaya, harap berhati-hati.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pengakuan Afdlin Shauki Mengenai Video Nabil Dan Salleh Yaakob Bakal Bersara


penyokong PR sarkastik, maka penyokong BN pun akan sarkastik juga. Kalau pedih telinga tak mahu dibahan, hentikan membahan orang. Formula mudah.

klik sini untuk imej



Bersekongkol dengan kezaliman dan orang zalim tidak akan dapat mendaulatkan apa-apa, baik agama atau bangsa. Sedarlah anak muda !

notakaki- Tidak semua hukuman boleh mengubah kehidupan seseorang. Tumpukan pada pendidikan (tarbiah) dan kasih sayang. Inilah mesej iqra' dan pelukan Jibrail AS kepada Muhammad SAW.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MANIFESTO RAKYAT : Ketahui hak anda sebagai PEKERJA &MAJIKAN untuk mengundi.




Untuk pengetahuan PEKERJA dan MAJIKAN.

Salinan pdf boleh didownload di www.pakatanrakyat.my atau http://rafiziramli.com/









Awang Adek

"Semua janji-janji itu melibatkan perbelanjaan yang begitu besar. Keduanya pengurangan hasil kepada kerajaan kerana sumber-sumber cukai dimansuhkan umpamanya harga kereta dan ini memberi kesan yang begitu besar terhadap kewangan negara. 

"Soal kewangan ini adalah soal yang paling penting. Seperti contoh ada negara di Eropah yang bankrap dan hampir bankrap kerana kegagalan menguruskan soal kewangan dengan baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program 'Evaluation of Learning for Performance Improvement International Postgraduate Colloquium' di sini, hari ini.


"Kerajaan BN mempunyai pengalaman menangani apa jua keadaan dan ketika negara lain terpaksa menghadapi tekanan dan tunduk terhadap IMF tetapi kita berjaya menanganinya dengan sangat baik. Kerana pengalaman itu kita telah berjaya melonjak ekonomi negara di tahap 5.6 peratus. Ini satu kejayaan," katanya.

"Saya mempunyai sedikit pengalaman dan bimbang dengan janji-janji politik yang boleh merosakkan tradisi kita dalam pengurusan yang baik ini. Saya bimbang rakyat termakan dengan janji-janji yang akhirnya akan merosakkan mereka," katanya lagi. - Bernama


Bosan dengan andaian-andaian dari pakar ekonomi begini. Dulu waktu Selangor mahu berikan 20m padu air percuma pada rakyat, Khair Toyo bantah kerana 'risau' akan jejas ekonomi Selangor. Selepas 5 tahun Selangor amalkan pemberian air percuma, surat khabar Selangorkini percuma, imbuhan untuk pra sekolah, dan macam-macam lagi, ekonomi Selangor makin subur pula.

Orang begini mungkin tidak menyakini dengan konsep BERKAT

Video Kuliah khas untuk UMNO dan Utusan. Kerana kami prihatin akan tahap intelektual anda

 (wahai UMNO yg menjadi pemimpin Malaysia)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO] TAUFAN RUSTY(CYCLONE RUSTY) MENGHAMPIRI AUSTRALIA.




Satellite image showing Cyclone Rusty near the Pilbara region of western Australia

A NASA satellite captured image of Cyclone Rusty closing in on the northwestern coast of Western Australia. Image / NASA/AFP

A NASA satellite captured image of Cyclone Rusty closing in on the northwestern coast of Western Australia. Image / NASA/AFP


IMEJ dari Biro Meteorologi Australia menunjukkan siklon tropika 'Rusty' yang semakin menghampiri wilayah Pilbara di barat Australia, hari ini. Taufan ini dijangka tiba di pantai barat laut negara itu petang ini. - Foto Reuters




Bahasa Allah tidak bersuara,
Sekali ditegur, sakit terasa.
Sekali dibelai, bahagia dijiwa.

ALLAHUAKBAR.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SHILA HAMZAH - Setakat Ini Saya Tidak Akan Benarkan Diri Saya Dirisik.



“Setakat ini saya tidak akan benarkan diri saya dirisik. Bagi saya, jodoh, pertemuan, ajal, maut biarlah Tuhan yang menentukan. Kita tidak mengetahui jodoh kita. Andai yang bercerai pun boleh rujuk semula.

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang Allah beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran butik konsep jam Oris di sebuah pusat beli-belah, di Petaling Jaya, semalam.

“Saya mahu menggembirakan hati orang dan peminat. Mereka seperti keluarga sendiri apabila memberi sokongan tidak berbelah bagi walau ketika pelbagai andaian meletus. Mereka teguh berdiri di belakang saya dan tidak sewenangnya percaya aneka cerita dipaparkan,” katanya.

berita selanjutnya di sini 

Allah 'sengaja' menjadikan lelaki & perempuan tidak sempurna supaya kita saling melengkapi. Jadi, jika ada niat mencari yg sempurna insyaallah takkan jumpa.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mohon mencari : Nadzirah Ashikin Dah 4 Hari Tak Pulang Rumah.




Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua

SUMBER DARI FACEBOOK AYAH BELIAU


sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. 

Semoga selamat kembali kepangkuan keluarga.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ZAIN SAIDIN NAFI NIKAH ROZITA CHE WAN JULAI INI.




PELAKON Oh My English, Zain Saidin menafikan bakal bernikah dengan kekasihnya, Rozita Che Wan pada Julai ini.

Laporan akhbar tempatan hari ini menyebut, pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta sudah memilih tarikh untuk bernikah Julai ini dengan Zain.

Ketika dihubungi, adik kepada Shasha Saidin ini menafikan laporan itu.

“Saya tanya Che Ta, dia kata tak pernah pun kata nak kahwin Julai. Mereka (akhbar) tulis sendirilah. Saya tanya dia tentang kenyataan itu, dia kata tak ada pun (bagi kenyataan) ,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Che Ta lebih memilih untuk berdiam diri bercakap tentang kisah cintanya dengan pelakon berwajah Pan Asia itu.

Beberapa minggu lalu, mereka bercuti ke Singapura bersama keluarga Che Ta sempena cuti sekolah.

Dalam pada itu, Zain juga akui masih belum ada perbincangan tentang perkahwinan.

“Belum ada perbincangan tentang perkahwinan lagi tetapi insya-ALLAH kalau ada rezeki hujung tahunlah,” katanya.

Mengulas lanjut soal laporan akhbar itu, Zain berkata, tidak logik jika pernikahan mereka pada bulan Julai.

“Julai itu bulan puasa kan? Ada ke orang kahwin bulan puasa? Kalau fikir secara logiknya, tak kan saya nak kahwin bulan puasa. Tak nak ajak orang datang kahwin ke apa?” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian Online melaporkan, Zain serius untuk bernikah dengan Che Ta dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.

sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.