Orang Yang Sentiasa Rasa Diri Teraniaya Patut Baca Surah Yusuf.



klik sini Video remaja Perempuan belasah remaja Perempuan sampai pengsan

Orang yang sentiasa rasa diri teraniaya patut baca Surah Yusuf.

Tak kurang ramai yang rasa dirinya teraniaya - rasa dianiaya kawan, rasa dianiaya boss, rasa dianiaya ahli keluarga, dan macam-macamlah komplen mereka.

Sedihnya, komplen itu semua tak meningkatkan iman tapi hanya 'merosakkan' hati dengan dendam membara.

Nabi Yusuf a.s. dianiaya abang-abangnya hingga dia dibuang ke dalam perigi.

Dijumpai pedagang, dijual pula dengan harga murah di Mesir.

Dibeli pembesar Mesir, isterinya pula menganiaya Yusuf a.s. dengan menggodanya dan memfitnahnya hingga Yusuf a.s. masuk penjara.

Yusuf a.s. hanya mengadu pada Allah,

"Wahai Tuhanku! Penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka.

Jika aku tidak Engkau hindarkan dari tipu daya mereka, nescaya aku akan cenderung (untuk memenuhi keinginan mereka) dan tentu aku termasuk orang yang bodoh"

(Surah Yusuf, 12 : 33)

Di dalam penjara, Yusuf a.s. mentafsir mimpi 2 kawannya, dia pesan siapa-siapa yang keluar, tolong bagitau raja supaya dia dibebaskan; tapi kawan itu terlupa pula setelah bebas dari penjara.

Maka, tetaplah Yusuf a.s. dalam penjara bertahun lamanya. Yusuf a.s. tetap sabar dan menjadikan Allah tempat dia mengadu.

Akhirnya, segala kebaikan kembali kepadanya!

Dibersihkan namanya dari wanita yang memfitnah, dilantik menjadi Menteri Perbendaharaan Mesir dan ditemukan dengan ayah yang dikasihi setelah bertahun-tahun terpisah. :')

*****

Rasa teraniaya?

Tingkatkan doa dan mengadulah pada Allah.

Kita komplen, komplen, komplen dan meluahkan rasa tidak puas hati di hadapan manusia (hingga jadi mengumpat), alangkah ruginya? Huhu.

Al-Quran dah tunjukkan cara, tinggal kita mahu ikut atau sebaliknya.

Allah sayang kita semua.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

21 Oktober 2013 pada 1:50 PG

terima kasih...isi Al-Quran cukup hebat bagi mereka yang mengkaji. Ada ilmu yang tersembunyi yang patut kita gali. Ada panduan dalan segenap segi

23 Oktober 2013 pada 7:17 PTG

@Faizal mohamad twon tawi Istimewanya Al - Quran. sering memberi perasaan yang berbeza walaupun dibaca ayat yang sama semula. Patutnye kita xde rasa jemu untuk mengulang hafalan.

8 Januari 2015 pada 9:15 PG

mohon share..
terima kasih.

8 Januari 2015 pada 9:15 PG

mohon share

Tanpa Nama
5 Oktober 2015 pada 5:45 PTG

Mohon share

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.