BAGAIMANA WANG RAKYAT MALAYSIA DIBAZIRKAN.


Isu ini bukan sekadar isu kecil yang boleh ditutup mata.



Dari isu kezaliman, rasuah dan penipuan pemimpin inilah akan membentuk sebuah negara muflis yang kapitalis. Masyarakatnya akan terus-terusan hidup cuma untuk mencari makan dan hanya memikir soal wang, lantaran kos untuk terus bernafas sangat memeritkan.


Lantas, bagaimana mungkin mereka yang diperah habis keringat, aqal dan emosi di pejabat, di buruh-buruh binaan, di hospital, di jalanan, di gerai dan segala mampu untuk memahami nilai keluarga dan agama?


Hentikan tangan atas yang jelas menikam sebelum gelabah angin bangsa melayu terhapus, cina DAP kuasa menindas, kristianisasi (sedangkan puncanya majlis agama Islam yang lembab, kedekut dan tidak telus dalam isu agihan zakat kepada mereka yang mmerlukan padahal paling laju dan efektif dalam mengutip), Anwar agen yahudi dll.

apa-apa pun, terima kasih kerana terus membenarkan pemimpin korupsi ini membunuh jiwa masyarakat Malaysia!



Macam tu punya laporan audit yang keluar..masih berdiamkah sprm..sedangkan rakyat mencuri 50 ringgit dipasaraya penjara dua tahun...?..

Audit SPRM boleh lari....audit Allah di hari hanya AMAL jadi saksi setiap satu akan dihitung...tunggulah...tunggulah hari itu
Sabri cik hari tuh berbuih3 mulut mengatakan kpop tajaan syarikat swasta...baguslah kau dah menangpun pru..esok berjawablah



bila rakyat protes kena penjara....senjata rakyat hanya doa semoga Allah lah yg menghukum.

Kerajaan zalim satu hari pasti jatuh dengan penuh kehinaan...



kasihan..



Kat mana nak baca Laporan Audit Negara ?

Laporan Audit Negara. Selawat banyak-banyak, baca bismillah, kekalkan senyuman, dan jangan hentak meja. Semoga mental dan emosi kita dipelihara Allah.

Klik di sini
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1
Laporan Ketua Audit Negara Siri 2


Ketua Audit Negara sekarang disandang oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang

Skop pengauditan yang dijalankan meliputi:
Pengauditan Penyata Kewangan – untuk mengesahkan penyata kewangan tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.
Pengauditan Pematuhan – untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.
Pengauditan Prestasi – untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Untuk laporan Audit Negara 2013, daripada pengauditan 21 program/aktiviti/projek dibawah 15 Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pengurusan 4 syarikat Kerajaan, terdapat kelemahan seperti improver payment, kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi/tidak berkualiti/tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, kelemahan pengurusan hasil dan kelemahan pengurusan aset Kerajaan.

Kelemahan tersebut adalah disebabkan oleh kecuaian dalam mematuhi peraturan/prosuder yang ditetapkan oleh Kerajaan, kurang teliti semasa merancang program/aktiviti/projek dan menetapkan skop serta spesifikasi tender, tidak memantau dengan kerap dan teliti kerja kontraktor /vendor/perunding, kurang kemahiran dalam pengurusan projek, lewat membuat keputusan mengenai perolehan, sistem maklumat Kementerian/Jabatan/Agensi yang tidak lengkap dan tidak kemas kini, kurang memberi perhatian terhadap keberhasilan/impak sesuatu program/aktiviti/projek, kekurangan peruntukan untuk penyenggaraan aset dan kekurang pegawai untuk mengutip hasil.

Salah satu keratan Audit Negara yang membuktikan negara adalah pengekport petroleum. Ada beberapa pihak tak tahu beza antara negara pengimport bersih (net oil importer) dan negara pengeksport bersih minyak (net oil exporter).


Trivia dari Malaysia – Analysis – U.S. Energy Information Administration (EIA)


Malaysia adalah negara kelima terbesar mempunyai simpanan hasil minyak (oil reserves) di Asia Pasifik.
Malaysia adalah pengeksport kedua terbesar di dunia gas asli cecair selepas Qatar pada 2012.
Thailand, Indonesia, Vietnam dan Singapura adalah negara pengimport bersih minyak yang bermaksud minyak atau petroleum diimport lebih banyak daripada dieksport.
Malaysia adalah negara pengeksport bersih minyak (net oil exporter) yang bermakna hasil minyak dieksport lebih banyak daripada yang diimport.



Familiarkan ulasan ni… kontrak diberi kepada pihak yang tidak berpengalaman. Ini adalah ulasan Ketua Audit Negara mengenai projek Taman Dusun Bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.


Scanner A4 berharga RM 14,670 tidak digunakan kerana Pegawai Aset tidak tahu pun benda tu ada. Dalam laporan Audit Negara, harga jabatan bagi Scanner A4 adalah RM 200 berbanding harga seunit penender yang berjaya adalah RM 14,670 iaitu 7,235% .

Banyak peralatan yang dibeli tetapi tidak sesiapa yang tahu menggunakannya.





Bayaran kepada blogger untuk acara Hari Belia Negara 2012, serius saya nak tahu siapa blogger tersebut. Carian saya di Google dengan kata kunci “Hari Belia Negara 2012″ tak ada satu pun Blogger Top Malaysia berada di muka depan ( SERP ). Korang tak pandai main SEO ke?

Lagi satu, laporan yang bawah sekali - bayaran artis K-Pop sebanyak 1.6 juta. Ingat tak Kementerian Belia dan Sukan cakap, bayaran artis K-Pop adalah melalui penajaan?


Ada banyak lagi, korang baca saja laporan lengkap dari link yang diberikan diatas. Satu siri laporan Ketua Audit Negara tu ada lebih kurang 600 muka surat.


Boleh pi lawatan luar negara , bayaran tanpa dokumen yang lengkap.

Kesimpulannya – kalau nak rakyat berjimat , ubah cara hidup ke arah yang lebih mundur sebab nak mengimbangi ekonomi sekarang, katanya, kenapa pembaziran dan perbelanjaan tidak berhemah berlaku setiap tahun. Kita semua perlu ambil tahu perkara ini kerana Kerajaan adalah pihak yang mengurus tadbir negara kita. Semua orang pembayar cukai. Beli bawang pun ada cukainya, apalagi pembayar cukai melalui sistem Potongan Cukai Bulanan (PCB), gaji belum sentuh, cukai pendapatan dah pun dipotong.

Bagaimana pun, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik Kerajaan dilaporkan menunjukkan prestasi kewangan yang baik di mana syarikat tersebut berjaya mencatat keuntungan bersih 4 tahun berturut-turut serta aliran tunai yang stabil.

Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) secara keseluruhannya telah berjaya di dalam memberi pinjaman dan pembiayaan seperti mandat yang diberikan dan prestasi kewangan MDV adalah semakin baik.

Kerajaan telus kerana tidak menutup kelemahan?

Akta Audit 1957 telah ada sejak tahun 1957 dan secara umumnya semua hal perlu diaudit dan diumumkan. Bukan sekarang, malah dah berpuluh-puluh tahun. Kalau dulu kita memang tak tahu perkara ini kerana kita tiada akses kepada laman web kerajaan dan kita hanya membaca apa yang mahu disampaikan oleh akhbar sahaja. Audit ini bukan perkara baru, cuma generasi sekarang saja yang baru berpeluang untuk ambil tahu. Itu pun kalau nak ambil tahu.

Sebenarnya…tahu juga sebab benda-benda kecuaian boleh kita nampak dengan mata kepala – contoh : bangunan, pondok menunggu bas, tandas sekolah dan lain-lain tetapi kita tak ada rujukan sokongan dari pihak yang berkelayakan.

Semua orang sayangkan negara , tetapi bukan dengan membenarkan penyelewengan berlaku dan pejam mata. Tak ada yang sempurna sebab kita ini manusia tetapi kalau laporan audit setiap tahun berlaku perkara yang sama, yang tak sepatutnya berlaku kita kena anggap itu perkara yang tak boleh diubah ke?

Kebanyakkan kes bukan disebabkan pegawai kerajaan tetapi campur tangan yang mendesak dan ditekan oleh pihak yang berkuasa berpengaruh politik.

sumber

Apa pendapat anda mengenai laporan audit negara?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

Tanpa Nama
4 Oktober 2013 pada 2:35 PTG

assalamualaikum cik lynn...sihat?? rasa mcam nak demam tengok pembaziran yg dilakukan kerajaan...hopefully kerajaan berjimat cermat la sikit dalam berbelanja ni...

4 Oktober 2013 pada 2:57 PTG

waalaikumussalam... Alhamdulillah syukur masih di beri nafas secara percuma lagi di bumi ALLAH ini..

Perit pahit camane pun, this is the reality..

kalau demam sila mkn ubat ye..

5 Oktober 2013 pada 12:48 PG

salam cik lynn, kat mesir ka skrg ni? semoga sihat2 slalu :D

psl audit tu, mmg dah dpt agak isinya akan berisi alasan2 yg boleh bikin tangan menghentam meja... kesian kat meja saya ni, tp kesian lagi kat wardina, semoga dia dilindungi dari gangguan makhluk2 berhati kotor sehitam jelaga yang bebas merayap kat bumi ni :(

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.