JOM BANTU SENIWATI AZEAN IRDAWATY KINI KRITIKAL.BARAH MEREBAK.


Azean-Irdawaty-Kritikal-Barah-Merebak
Selepas lama tidak mendengar berita tentang seniwati Azean Irdawaty, 56, perkhabaran terbaru melaporkan Azean berada dalam keadaan kritikal apabila doktor mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular lain tubuh beliau. Azean sepatutnya menjalani pembedahan semalam (Khamis) bagi mengeluarkan tumor daripada selaput perlindungan otak namun atas sebab-sebab tertentu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April ini.

Menerusi laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih. Kepada yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

JOM BANTU SENIWATI AZEAN IRDAWATY KINI KRITIKAL.

Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut.

Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013.

Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti.

Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.

Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun:
Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

Laporan Asal: Seniwati Azean Irdawaty Kritikal, Penyakit Barah Merebak | D’stories
Dipersilakan share asalkan link-kan ke blog Daxxstories semula :)
Follow us: @ThaqifAziz on Twitter | Kepala.Kau.Otak on Facebook


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.