UPDATED [VIDEO]LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA.



Isu lahat Datu adalah isu negara. Semua org kena ambil tahu dan terus berdoa. Semoga Allah beri yg terbaik utk kita semua. Tp kita tidak mampu buat banyak perkara. Hanya boleh tunggu dan mengikuti perkembangannya dari jauh. Jgn putus asa berdoa utk semua rakan2 kita di sana.

Tetapi hal rasuah, salah guna kuasa, penipuan, ic utk pati dan apa juga isu yg lain tidak boleh kita biarkan dan berhenti kerana isu Lahat Datu. Perjuangan harus di teruskan. Kerana ia juga merupakan usaha kita memerangi kezaliman pihak pemerintah. Jgn sampai ia melenyapkan apa yg kita pertahankan.

Ada org kata Sabah dah perang pun kita masih mahu berpolitik. Politik ialah proses berterusan. Kehidupan harus di teruskan seperti biasa. Lawan tetap lawan. Kempen kena teruskan kerana PRU akan tetap di buat. Tak kisalah berapa lama kita tunggu. Ingat, kita cerita hal politik bukan bermakna kita tidak peduli hal Sabah. Kerana pedulilah maka kita mahu ubah Malaysia. Rakyat Sabah sudah lama menderita bila tanah adat jd milik org...pemimpin mereka kaya raya...

Ayuh terus sampaikan maklumat. Semua hal di Malaysia ini adalah hal kita.



Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.

Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.

Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.

Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.

Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.

Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.


Penduduk sekitar Semporna, Sabah berkata polis meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan susulan serangan hendap yang mengorbankan dua orang anggota keselamatan pada malam tadi.


Seorang penduduk bandar Semporna yang dihubungi Malaysiakiniberkata jalan menuju ke kawasan berkenaan kini dikawal ketat pasukan keselematan yang menyekat lalu lintas.


Beliau berhasrat untuk pulang ke Semporna dari Lahad Datu namun membatalkan hasrat itu atas nasihat pasukan keselamatan, kata surirumah tersebut, yang menambah beliau kemudiannya terpaksa berpatah balik ke Lahad Datu pada malam tadi.

Wanita berkenaan, 40-an, berkata beliau kini bimbang memandangkan pihak yang bertempur dengan pihak keselamatan Malaysia itu masih tidak dikenalpasti.

“Kami bimbang ini adalah kerja kumpulan yang sama (dengan penceroboh Lahad Datu),” katanya ketika dihubungi melalui Facebook pada malam tadi.

Sementara itu, seorang pekerja penghantar barang ketika dihubungi berkata beliau juga dihalang di satu sekatan jalan raya apabila cuba memasuki Semporna pagi ini.

“Kenderaan di dalam tak boleh keluar, kenderaan di luar tak boleh masuk. Tapi boleh masuk kalau jalan kaki (tidak menggunakan kenderaan),” kata lelaki tersebut, 44 tahun, ketika dihubungi.


Polis hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah dalam kejadian petang semalam.

Serang hendap oleh kumpulan tersebut berlaku susulan pertempuran di antara pihak keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Seramai 12 orang kumpulan penceroboh berkenaan dan dua anggota komando polis terkorban dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

Tanpa Nama
3 Mac 2013 pada 5:37 PTG

harap yang terbaik buat mereka...moga pencerobohan ini tidak sampai ke tawau pula,tempat asal kathy..huhuhuhu..(bimbang...)

Tanpa Nama
3 Mac 2013 pada 6:34 PTG

Jgn kata tawau jw.stakat ny kwasn SANDAKAN jg prlu dutamakn.insyallh.amin.

Tanpa Nama
3 Mac 2013 pada 6:48 PTG

Awas.sndakn prlu dpantau dgn tepat kerana tipu muslohat msuh sngt bnyk &brkeliaran d sndkn.insyallh.amin.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.