SEBARKAN VIDEO INI [INSIDEN LAHAD DATU] VIDEO TALIBARUT PENGGANAS KIRAM TERBONGKAR.



Penduduk Terkejut "Imam Rashid" Adalah Seorang Pengganas #PrayForSabah


ASRAMA pekerja Felda Sahabat 17 yang terletak berhampiran jalan ke Kampung Tanduo.

Semporna: Pengganas yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.


Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.


Sepanjang wartawan Harian Metro berada di daerah ini, rata-rata penduduk yang mengaku mengenalinya terkejut apabila mendapat tahu lelaki itu adalah pengganas yang terbabit dalam kejadian 2 Mac itu.


Dalam kalangan masyarakat Suluk di kampung itu, Rashid dianggap orang penting dalam pelbagai urusan berkaitan keagamaan, tetapi hanya dalam kalangan masyarakat itu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Utoh, 35, berkata, Rashid sering menjadi imam kenduri dan menguruskan jenazah orang Suluk - Harian Metro


Video Talibarut Pengganas Kiram Terbongkar



Berikut adalah perbulaan yang dirakam adalah telefon kepunyaan salah seorang pengganas yang telah pun terbunuh. 

Di awal perbualan...

Komander Musa : "Bang kamu awn pustu/pusu?" 
kalau kamu ada pusu 

(Nota : Pusu adalah sejenis pengangkutan laut yang boleh mampu menampung 20-30 orang)

Talibarut : Manjari kumandan = boleh pinjam? . 

Komander Musa yang menanggalkan topinya.

Komander Musa : "Kita tak boleh ke Lahad Datu, buat je la panggilan suruh mereka ke Lahad Datu di sana PUSU kita".

Video di bawah ini adalah selama 25 saat. Menunjukkan bagaimana Komander Musa bercakap dengan seorang yang dipercayai talibarut pengganas. Rakaman ini dipercayai dibuat sebelum kejadian pada 1 Mac 2013 di Lahad Datu.

Sebarkan video ini. Kita bersama sama membantu anggota keselamatan kita mencari pengganas dan talibarut ini sampai dapat.


Anggota Tentera Bedil Saki Baki Pengganas Di Sungai Nyamuk





TUNGKU (LAHAD DATU), 14 Mac -- Anggota tentera darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memberi tembakan perlindungan kepada pasukan keselamatan yang terlibat mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina dalam Op Daulat di Sungai Nyamuk di sini, hari ini.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

14 Mac 2013 pada 11:06 PTG

musuh dalam selimut...siapa sangka kan?

Tanpa Nama
14 Mac 2013 pada 11:19 PTG

Itulah masalah org kita asal pakai kopiah je semuanya diangap warak. ustaz or iman padahal musang berbulu ayam

15 Mac 2013 pada 12:05 PG

Teruknyaaa...

15 Mac 2013 pada 9:28 PG

Otak rakyat kita tidak kira samada Bangsa BN dan Bangsa PR sudah di "REMOTE" oleh pemimpin BN, jadi marilah kita berfikir sbg org Melayu warganegara negara Malaysia yg berfikiran & pemikiran kritis LUAR KOTAK melalui fakta sejarah. Sebab sejarah bukan hanya informasi tapi pemahaman disebalik apa yg brlaku ianya menjadi JATIDIRI sebagai bangsa yg dihormati & disegani. Ulasan luar KOTAK ini amat menarik "Berdasar sejarah kita faham bahawa Sultan Sulu ialah tuan tanah dan kerajaan malaysia ialah penyewa tanah. Walaupun begitu tuan tanah tetap tidak boleh menceroboh tanah yang sudah disewakan kepada penyewa melainkan penyewa gagal membayar sewa.Takdir Allah SWT dan atas kebijaksanaan Sultan Sulu ketika itu, Sabah disewakan kepada British bukan kepada Sepanyol pada tahun1887 dan sehingga kini Sabah tetap dijaga oleh pemerintah Islam (Kuala Lumpur) dengan baik dan bukan oleh oleh pemerintah kristian (Manila). Pada masa ini Kesultanan Sulu perlu BERJUANG (BUKAN TIDUR) utk mendapatkan kemerdekaannya daripada pemerintah Kristian Filipina barulah boleh berbincang untuk membatalkan sewaan Sabah dengan Kerajaan Malaysia. Pulau Sulu sendiri telah terlepas kepada pemerintah kristian (manila), adakah kita jugak ingin sabah terlepas kepada pemerintah kristian (manila). Tanah nenek moyang org2 Sulu iaitu Sabah sebenarnya sudah merdeka tetapi merdeka melalui Malaysia .Dari segi sejarah kita adalah sebangsa namun pd masa ini kita hanyalah seagama sahaja tetapi tidak sebangsa lagi kerana org2 melayu tlh mulai lupa kewujudan rumpun melayu di alam nusantara ini. Kita muslim adalah bersaudara."Nasib org Sulu (selatan filipina) sama lah spt org Pattani selatan Siam, walaupun berbangsa melayu tp tidak diiktiraf sbg org Melayu Oleh org2 melayu Malaysia. Hanya org2 Melayu Brunei saja diiktiraf sbg org Melayu oleh org Melayu MSIA ,.... Kenapa??? Kenapa org Sulu & Pattani ini tidak dianggap Melayu?? Kerana mrk ini miskin dan merempat serta hanya pndai brjuang menggunakan senjata untuk mendapatkan kemerdekaan sedangkan org Melayu Malaysia hanya dengan diplomasi British Cabut lari! Mujurlah sultan sulu sempat menyerahkan wilayahnya Sabah melalui prjanjian sewa kpd British utk halang kemaraan sepanyol ke sebahagian wilayah2nya, kalau tak Sabah hari ini adalah sbhgian dpd filipina Dan rakyat Sabah Akan jd spt sulu yg masih brjuang tuntut kemerdekaan. Dan tidak mustahil penduduk Sabah Akan dianggap sbg pandatang @ penceroboh !! Sarawak?
Antara fakta yg perlu dimengerti "Sultan Sulu, moyang kepada Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah." ~ http://goo.gl/Q3Hyr

Tanpa Nama
17 Mac 2013 pada 2:04 PG

Saya cukup menyokong saudara diatas. Marilah kita semua rakyat sabah bersatu. Apa yg kita alami dn lihat pd masa ini sabah diibaratkan ternakan yg dinyonyot lintah ole pemerintah smnnjung.. Jika krisis ini x dpt dselesaikan dgn cara baik hanya menyebbkan kesengsaraan perang yg berlanjutan.. . Saya x menyebelahi manax pehak apa yg terjad masa ini adlah satu takdir ketentuannya yg mana akan dtunjukkan kebenaran.

25 Mac 2013 pada 4:22 PTG

rakyat juga patut tahu bahawa perairan Sabah & polis marin sebenarnya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)sejak sekian lama??? apakah tujuan meletakkn anggota marin & perairan Sabah di bawah JPM??? selepas berlaku pembrontakan barulah perairan Sabah diserahkn kepada ATM....Satu kekeliruan dlm peranan JPM dlm mengawal perairan yg sangat sensitif & merbahaya. Sebelum kejadian mahkamah jg telah memutuskn puak Sulu tidak berhak ke atas tanah2 Felda sedangkn mrk telah mendiaminya kawasan Felda sekian lama...Nampak sgt ada wayang disebalik kejadian....Janji dicapati rupanya..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.