ASTEROID PALING HAMPIR DENGAN BUMI PADA 15 FEBRUARI,2013


Laluan asteroid 2012 DA14 pada 15 Februari

Laluan asteroid 2012 DA14 pada 15 Februari


CAPE CANAVERAL – Sebutir asteroid sebesar kolam renang renang bersaiz Olimpik dijangka melintas berhampiran bumi minggu depan, lebih dekat berbanding laluan satelit televisyen.

Dikenali sebagai ‘2012 DA14’, kehadirannya disedari sekumpulan pengkaji astronomi di Sepanyol, tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut NASA, tiada impak dengan bumi diramal berlaku.

Jaraknya dengan bumi pada 15 Februari nanti akan direkodkan pada 27,520 kilometer.

Ia bakal menjadikannya asteroid paling dekat dengan bumi sejak para saintis memantau senario berkenaan 15 tahun lalu.

2012 DA14

Jarak paling dekat itu akan dicatatkan pada hari berkenaan tepat pada jam 1924 GMT, bersamaan waktu siang di Amerika Syarikat dan malam di Eropah Timur, Asia dan Australia.

Pengkaji bintang seluruh dunia dijangka menantikan detik berkenaan dan bersedia dengan teleskop dan binokular masing-masing.

DA14 akan melintasi angkasa pada kelajuan 13 kilometer sejam.

Pada kelajuan itu, mana-mana objek serupa, sekiranya melanggar bumi akan mengakibatkan hentaman bersamaan 2.4 juta tan dinamit.

Kali terakhir, asteroid melanggar bumi adalah pada 1908 di Siberia yang memusnahkan 80 juta pokok dan kawasan seluas 2,150 kilometer persegi. – Reuters



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

9 Februari 2013 pada 5:22 PTG

ya allah. sselamatkan bmi kami..

Tanpa Nama
11 Februari 2013 pada 8:48 PTG

banyak fakta yangg salah....

Kelajuan 13 km sejam tu kelajuan orang jalan kaki...

Gambar tu bukan gambar asteroid yang dimaksudkan...itu asteroidclain yang jauh lebih besar

11 Februari 2013 pada 9:21 PTG

jazakallah khair atas pembetulan ini. :)

Tanpa Nama
13 Februari 2013 pada 3:36 PTG

@Lynn si pipi merahassalam ..minta link blog ini kpd blog sy, baru mulakan..purnamamusafir.blogspot.com

15 April 2013 pada 11:49 PG

Yg lg salah.. ada org cakap yg tu adalah bulan.. lol... ada2 aje...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.