Mungkin Jodohnya Dengan Kematian.


sumber dr gugel


Semalam, dalam kereta umi seperti mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Dimana saya bercerita dengannya, "Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau umi." Umi hanya mampu tersenyum. Ayah juga.


Saya hairan. Kenapa?


Lalu umi kata,


"Mungkin jodohnya dengan kematian."


Terkedu. "Maksud umi? Dia dah nak meninggal?"


"Bukan la kakngah. Maksud umi, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab angah kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima?


Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, atau angah sanggup tak kawin, dan tak hilang sesiapa pun yang angah sayang?"


Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya pilih tak kawin, dimana saya tak hilang sesiapa.


Oh, jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..


Saya baru faham juga kata-katanya tentang, "mungkin jodoh makcik dengan kematian" Waktu tu saya fikir, memang makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya faham sekarang ni.


Lalu umi sambung, "jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung fasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.


Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya.


Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"


Saya diam. Betullah.


Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin. Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?


Muhasabah.


Fikir jodoh itu, haruslah selari dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan rumate saya meninggal, saya diam sendiri. Muda. Tak kawin. Amal? Bagaimana? Allahu~


Baiklah, mari. Kita persiapkan diri, persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Perispkan diri untuk menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong.


InshaAllah dalam persiapan hendak menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi. InshaAllah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada, maka dimohon supaya redha itu mendahului, inshaAllah.

****

"Marriage is a long time commitment to practice loving someone even when you feel they don't necessarily deserve it." -Half Our Deen-

Komitmen sepanjang hayat.

scary tak?

sebab itu Islam menekankan pemilihan calon yang soleh/solehah who deserves to be loved.
Insya Allah..jangan risau sangat..perkahwinan bukanlah sesuatu yang menyeramkan.. think positive..ia adalah lubuk pahala buat suami dan isteri..peluang Allah bagi secara special khas untuk orang berkahwin..macam beli barang pada harga 50% dan orang belum berkahwin tak jadi ahli lagi..


Solat orang yang berkahwin dan orang yang belum berkahwin tidak sama pahala dia..yang ana faham, ganjaran Allah untuk orang yang berkahwin tidak sama dan lebih banyak dari orang yang bujang trang tang tang.


Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga . (Tapi ulama hadis mengatakan hadis ini Palsu)


Hadis yang sohihnya ada beberapa:

1. Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat." (HR Bukhari dan Muslim)

2. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna." (HR Tirmidzi)

3. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan umrah sunat." (HR At-Tabrani)


notakaki- Agak membosankan apabila log in fb, menjela panjang di news feed, status-status kahwin.
Malu apabila membaca status-status muslimah yang 'menunggu cinta', 'menunggu yang soleh', 'layakkah aku untuk dia?' dan lain-lain

Desperate sangatkah?

*Allah telah susun yang terbaik. Jika belum tiba lagi saatnya, penuhi dengan pengislahan diri.

Ini tidak, asyik menulis tentang cinta dan kahwin, tetapi panas baran, kepala angin dan ego tidak reti untuk diubah-ubah.

post ini umum. Harap maklum.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


6 comments

25 Januari 2013 pada 11:12 PTG

novel ni dah mcm satu fenomena kat malaysia.. :)

25 Januari 2013 pada 11:25 PTG

@NAL

pengisian cerita tak related dengan jalan cerita novel tu sebenarnya, :)

26 Januari 2013 pada 10:06 PG

Pengisian cerita yg amat bermanfaat. Baru skrng benar2 fhm :) syukran sis

26 Januari 2013 pada 11:55 PG

nice entry..jazakillah for sharing..:)

26 Januari 2013 pada 1:54 PTG

sis..berserah pada Nya dahulu,baru berusaha :)

27 Januari 2013 pada 10:53 PG

Semua orang tahu "jodoh maut ditangan tuhan", sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dengan perancangannya. Syukur Ya Allah dengan nikmat yang di berikan dan sesungguhnya ia amatlah benar.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.