Kisah Di Sebalik Kes Rogol Beramai-ramai di New Delhi.



Orang awam beratur untuk memasuki kamar Mahkamah Daerah Saket di New Delhi bagi menyaksikan pendakwaan ke atas lima suspek kes rogol beramai-ramai semalam.

Kumpulan peguam India melaungkan slogan dan membawa sepanduk ketika mengadakan tunjuk perasaan di pintu masuk Mahkamah Daerah Saket, semalam.Suspek keenam dijadual dihadapkan ke mahkamah juvana

New Delhi: Lima lelaki didakwa merogol seorang pelajar berusia 23 tahun secara berkumpulan dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi didakwa secara rasmi di mahkamah semalam.

Pendakwa Rajiv Mohan memfailkan kes rogol, memalsukan bukti, menculik, bunuh dan beberapa kes lain di mahkamah di Saket di selatan ibu negara India itu yang dikawal ketat. 

Kelima-lima lelaki ialah pemandu bas Ram Singh, 33, adiknya Mukesh Singh 26, yang bekerja sebagai pencuci bas dengan syarikat sama, penjual buah, Ram Gupta, 19, pencuci bas, Akshay Singh, 24 dan jurulatih kecergasan Vinay Sharma, 20. 

Suspek keenam 17 tahun

Suspek keenam berusia 17 tahun, dijadual dibicarakan di mahkamah juvana dengan hukuman maksimum tiga tahun di pusat pemulihan akhlak. 

Pendakwa mengemukakan bukti terhadap selepas mangsa meninggal dunia hujung minggu lalu berikutan kecederaan parah dalam kejadian 16 Disember, ketika jenayah seksual dilaporkan semakin meningkat di India.

“Lelaki terbabit, kebanyakannya adalah penduduk di kawasan setinggan di New Delhi berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan,” kata Menteri Dalam Negeri India, Sushilkumar Shinde. 
“Semua tertuduh berkenaan diwajibkan hadir sendiri di mahkamah di hadapan majistret,” kata pegawai perundangan, Rana Dasgupta.

Majistret yang berada di sebuah bilik kecil dengan 30 kerusi memperakui kertas pertuduhan yang diserahkan polis dan menyerahkannya kepada semua tertuduh,” kata Dasgupta.

Dokumen terbabit dilaporkan setebal 1,000 muka surat memperincikan bukti yang dikumpulkan, antara yang paling kuat adalah kenyataan dari mangsa selepas serangan dan pengakuan teman lelakinya yang bersama beliau ketika kejadian.

Teman lelaki kena pukul

Teman lelaki wanita itu dipukul ketika cuba menyelamatkannya selepas mereka menaiki bas persendirian yang dilaporkan turut dinaiki sekumpulan mabuk selepas mereka pulang daripada menonton filem tengah malam.

Peguam di mahkamah daerah di New Delhi itu juga memutuskan mereka tidak akan mempertahankan suspek, bermakna kerajaan perlu melantik peguam untuk mereka.

Penunjuk perasaan berhimpun di beberapa bandaraya India sejak serangan 16 Disember lalu menuntut kerajaan mengambil langkah untuk menangani jenayah terhadap wanita dengan memberikan penalti lebih berat terhadap pesalah malah termasuk juga mempertimbangkan pengasian secara kimia. - AFP

Mangsa mahu kahwin Februari

Mangsa rogol beramai-ramai di Delhi yang meninggal di Singapura kelmarin dijangka berkahwin dengan teman lelakinya dalam tempoh beberapa minggu lagi, menurut beberapa rakannya.

Mangsa yang juga anak kesayangan bapanya diyakini oleh semua rakan bakal mencapai kejayaan selepas selesai menamatkan pengajian dalam bidang perubatan.

“Dia sepatutnya berkahwin Februari depan dengan lelaki sama yang turut diserang dalam bas itu bersamanya,”

“Mereka telah membuat semua persediaan dan merancang parti perkahwinan di Delhi,”

 Seorang lagi rakan yang menghadiri upacara pembakaran mayat semalam mengesahkan majlis perkahwinan akan berlangsung dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Kami tahu dia akan berkahwin Februari depan. Seluruh kawasan kejiranan sangat teruja mengenainya,” kata Usha Rai.

Pada 16 Disember lalu, mangsa dan teman lelakinya keluar menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang. Menurut laporan, serangan terhadap pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar rumah pada lewat malam. - AFP

sumber sini dan sini


Menuntut Hak Pembelaan Diatas Perlindungan Wanita

Dalam insiden yang mengejut India, mangsa itu dipukul dan dicampak daripada kenderaan yang masih bergerak itu selepas pengalaman penderitaan selama kira-kira satu jam itu.

Mangsa, seorang mahasiswi fisioterapi yang dirogol secara bergilir pada petang Krismas di wilayah Tamil Nadu, meninggal dunia awal Sabtu lalu di sebuah hospital Singapura kerana mengalami kerosakan organ yang teruk.

Insiden itu mencetuskan kemarahan dan bantahan di kalangan penduduk India terhadap jenayah seks yang semakin meningkat di negara itu.

Serangan itu telah mencetus protes di seluruh India, sehingga menyebabkan pertempuran dengan polis.

Kerajaan negara dan pihak polis dikecam oleh parti politik dan kumpulan aktivis wanita yang menuduh mereka gagal membendung peningkatan kadar kes rogol.


UPACARA PEMBAKARAN: Dua jiran mangsa, Cik Meena Rai (kiri) dan Cik Usha Rai menunggu bersama pegawai polis yang bertugas di luar tapak pembakaran mayat di New Delhi semalam.
- Foto AP

Mayat pelajar perubatan itu selamat dibakar dalam satu upacara tertutup di New Delhi.
Mangsa adalah  dari keluarga yang miskin dan susah itu memberi inspirasi kepada rakyat India. Ibu bapanya menjual tanah pusaka kecil di kawasan pedalaman di Uttar Pradesh bagi membiayai pendidikannya dalam bidang fisioterapi.

Beliau di antara pelajar terbaik dalam kelasnya dan bertekad meraih pendapatan baik bagi membalas jasa bapanya.

Identiti mangsa masih dirahsiakan. ok jujur saya katakan tidak sedikit pun terasa teruja nak men 'Google' gambar mangsa apatah lagi melihat keadaan beliau bagaimana disiksa. Hanyalah yang ada seberkas perasaan benci, kesal dan marah cara dia di zalimi dan di siksa!

Tak mampu lagi menahan diri dari tidak menulis tentang isu ni.

Apabila kaum yang tertindas sudah mula berfikir dan bersuara, membawa makna zaman sisi gelap kaum tersebut semakin berlalu pergi.

Namun sama sekali bukanlah sesuatu yang dicita-citakan apabila suara-suara melaungkan slogan 'penuntut hak' semakin kuat.

Kejayaan yang sebenar adalah apabila kaum yang dulunya menindas punya kesedaran untuk menyebarkan sendiri tanggungjawab-tanggungjawab mereka yang merupakan hak kaum tertindas. Dalam masa yang sama, kaum yang dulunya tertindas, punya kesedaran untuk semakin memenuhi tanggungjawab mereka kepada kaum (bekas) penindas lantaran sedar bahawa hak-hak mereka telah dipenuhi.

Ya. The true feminisme is make men the real men.

Umpama lalat datang menghurung kudis di tangan. Kita bunuh lalat dan kita rasa gembira dengannya. Walhal kudis sudah bernanah langsung tidak dirawat.

Begitu jugalah dengan jahiliyyah hari ini.

Semoga Allah kuatkan untuk terus berhati-hati dalam melangkah.



Jom cakna pada dunia.

Dunia itu luas. Bukan hanya isu kezaliman dan penindasan, tetapi turut sama isu masyarakat kita yang diperhamba sistem Jahiliyyah yang merosakkan kehidupan kampung akhirat.

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak dan mengangkat nilai wanita. 1400 tahun yang lampau telah bermula cahaya yang menyelamatkan wanita dari dihina dan dipijak rendah.

Namun yang menghairankan hari ini, saat kita meyangka bahawa kita telah melaksanakan Islam secara sempurna, sebenarnya masih ada jahiliyyah yang menyempitkan Islam itu sendiri sehingga timbul fitnah yang dahsyat buat Islam.

Wanita semakin tertindas dengan lapuk adat tradisi yang disangka hukum syara'. Yang berusaha menuntut hak, dilabelkan feminisme yang mendokong sekularisme.

Lupakah bahawa wanita ada kedudukan yang istimewa dalam Islam?

Kelemahan seorang lelaki adalah pada wanita

Jika tidak mampu menjadi penguat, cukuplah dengan tidak menjadi penyumbang kelemahan mereka. 

(pesanan untuk diri sendiri)



SEORANG pelajar bertafakur di New Delhi semalam, memperingati mangsa rogol beramai-ramai yang meninggal dunia 



something to ponder

"Orang beriman sangat cemburu..dia sangat cemburu untuk biar orang lain melihat isterinya.." - Ust. Dr. Zahazan. -quoted from someone-

for me, this is similar with a quoted, "wanita yang solehah tidak dipandang lelaki dan memandang lelaki" and they narrated it from Ummul Mukminin, Aisyah r.a. (i personally donnot know either it is true or not).

er. what's about ur opinions guys?

kalau saya, senang sahaja jawapannya jika para suami yang 'beriman' meminta agar isteri mereka tinggal di rumah atas alasan 2 perkara di atas (memang banyak kes seperti ini ok). "Habis tu, wanita-wanita yang rosak dan dirosakkan di luar, siapa yang nak selamat kan jika yang kehadapan menjadi public figure adalah mereka yang rosak dan merosakkan?"

bukti kita tidak terjun ke dalam masyarakat sebenarnya adalah apabila berlakunya 2 jurang besar. 

sekelompok yang berpurdah hitam semua, sekelompok lagi terdedah terbuka semua.


*jangan kerana emosi dan nafsu, kita memperjuangkan hak yang salah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


11 comments

4 Januari 2013 pada 2:57 PTG

Ya Allah memang kejam dan zalim sangat ....

4 Januari 2013 pada 2:59 PTG

takda peguam yg berani jd peguam pesalah tue kn.. padan muka !!

4 Januari 2013 pada 3:13 PTG

ya allah..seram bila baca :(

Tasya
4 Januari 2013 pada 3:37 PTG

Kejamnye...Manusia mcm ni tarafnyer lg hina drp BABI...dahlah bodoh sekolah x pandai, ada org yg pandai belajar tinggi2 nk jd doktor utk membantu negara mereka yg miskin 2 jugak, dibunuh pula mcm xde harga...mmg spesies manusia mentaliti extra extra extra low dungu mcm LEMBU lah wei...

4 Januari 2013 pada 5:50 PTG

semoga pesalah2 dijatuhi hukuman seberat2nya...

4 Januari 2013 pada 6:57 PTG

Dunia akhir zaman...

4 Januari 2013 pada 8:22 PTG

sangat menyedihkan,
sangat tidak bermoral. mohon dijauhkan..

5 Januari 2013 pada 3:34 PTG

kesian sangat mangsa tu bila dpt tau.. huhu.. manusia semakin kejam..

Tanpa Nama
8 Januari 2013 pada 11:40 PG

Tak patut la nak jadikan kes ni utk memulakan permusuhan lelaki dan wanita. Ada lelaki yg kejam dan ada wanita yg kejam, semuanya Allah swt akan membalas nanti seadil2nya. Ikutlah ajaranNya dijanjikan keselamatan, kerahmatan dan keampunan dariNya. Sekian ceramah saya :)

9 Januari 2013 pada 11:58 PG

@Tanpa NamaSegala-galanya dgn tarbiyyah dan kefahaman Islam. Dan dlm praktiknya segalanya bermula dgn JDK -mengasajh kesukarelawanan, hamasah,kepimpinan dan kepertanggongjawaban.

15 Januari 2013 pada 12:29 PG

sedih lihat perkara...namun ini adalah salah satu titik tolak nilai wanita akan lebih dihargai di India dan yang penting terjaga!!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.