Tae-ho's story




Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan? [ar Rahman 55:13]






Tuhan tidak menjadikan manusia untuk hidup derita, tidak juga menjadikan manusia menderita. Tetapi Tuhan itu lebih mudah dijumpai dalam derita. Terima kasih ya Allah kerana memberikan ana hidup derita.

nota hati: I keep telling my self, 'don't worry, God is very very nice.' No matter how bad other people around me, God is going to protect me. Hasbunallahu wani' mal wakil

ameen yarabbal alamin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cukup indah


Hari ini dapat 1 peringatan yang cukup indah..

"Kita jangan kata Allah beri amanat kepada kita..ianya hanya pada Nabi dan Rasul.. sedangkan kita yang menerima amanat yang orang beri.. Tidak jadi 1 dosa untuk kita menolat amant tersebut..."

Terfikir sejenak. Ya, bukan berdosa untuk kita menolak amanat jawatan apa-apa jika kita tahu kita tidak mampu. Kita yang menerima dengan rela hati, bukan paksaan untuk diterima. Kita yang menentukan.

Jangan salahkan amanat ~ jawatan apa-apa kalau kita gagal dalam pelajaran, kerana kita yang memilih untuk memegang jawatan tersebut, maka performlah yang terbaik!

Subhanallah~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mana tahu, Allah lebih sayang dia dari kita?






Ada 1 hati, kerap buat dosa.. dia bertaubat

Dia buat lagi dosa.. dia menyesal..

Dia solat..

Tapi dia buat lagi dosa..

Dia taubat lagi...

Tapi, Allah masih terima..

-------------------------------------------------

"Wahai Tuhan aku telah buat dosa..."

Tapi Allah Maha Hebat sahabat-sahabat...

Allah sangat hebat...

Dosa kita masih Allah ampunkan.

Walau tingkat darjat dosa kita berbeza, Allah tidak bezakan kita dalam memberi taubat.

Sahabat, hebatkan Allah?

Usah lihat dosa orang lain, lihat dosa kita.
Mungkin di dunia, kita nampak dia berdosa..
Mana tahu di akhirat yang kita tampak berdosa..

Sahabat,
Allah tahu setiap jantung hati kita...
Kita semua sama kelihatannya.. tapi hati kita tidak sama..

Setiap orang yang berada dalam saff dalam solat nampak sama takbirnya, Tapi tidak sama khusyuknya..

Setiap orang yang berdoa Ya Rabb..bunyinya sama..
Tapi tidak sama dengan tawakkal pada doanya..

Allah mengetahui segala yang zahir dan batil.
Manusia hanya mengetahui yang zahir.

Oleh itu sahabat, jangan hukum manusia sesuka hati,
Mana tahu dia lebih mulia dari kita.

-----------------------------------

Mana tahu, Allah lebih sayang dia dari kita?
Allah masukkan seorang pelacur yang memberi minum anjing ke dalam syurga. Adakah pelik Allah masukkan insan yang kita rasa jahat ke dalam syurga?

Itu urusan Allah...

Allah lebih mengetahui tiap hati.

Allah... :'(





nota kaki: Kata tak cukup masa, nak minta dari Allah lebih dari 24 jam, tu yang buat jahiliyyah tu, boleh pulak, ada pulak ya masa untuknya...T_T


okebai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kemalangan Jalan Raya Pelajar Sekolah Islam Hidayah


Masyaallah...

Di usia muda Allah menjemput kamu pergi.

Duhai diri, kematian itu pasti,
Berilah peringatan kepada diri yang lalai.

Allah...mudahkan urusan gadis ini di akhirat sana. Amin.







Allah Ta’ala juga telah berfirman,

“Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya kematian yang kalian lari darinya pasti akan mendatangi kalian, kemudian kalian akan dikembalikan kepada Dzat Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang nampak, kemudian Allah Ta’ala akan memberitahukan kepada kalian setiap amalan yang dahulu kalian pernah kerjakan.” (QS. Al Jumu’ah : 8)


kematian itu milik setiap manusia. Semuanya akan menjumpai kematian pada saatnya. Entah di belahan bumi mana kah manusia itu berada, entah bagaimanapun keadaanya, semuanya akan mati jika sudah tiba saatnya.


Allah Ta’ala berfirman,

“Dan bagi tiap-tiap jiwa sudah ditetapkan waktu (kematiannya), jika telah tiba waktu kematian, tidak akan bisa mereka mengundurkannya ataupun mempercepat,meskipun hanya sesaat” (QS. Al A’raf :34)

Namun, kematian itu tetap akan menjemput diri kita, jika Allah Ta’alasudah menetapkan. Allah Ta’ala berfirman,

“Dan dimanapun kalian berada, niscaya kematian itu akan mendatangi kalian, meskipun kalian berlindung di balik benteng yang sangat kokoh.” (QS. An Nisa : 78)


nota rasa: Kematian Adalah Rahsia Sang Pencipta

Allahul Muwaffiq ila Aqwamit Thariq...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


chumel Mukhsin!



ya allah comelnya anak syeikh nurudin T.T

nak generasi macam tu juga Ya Allah.. so Humaira kena solehah ye ;)
















chumel Mukhsin pakai serban......:-) Comelnya lagi sebab anak kepada syeikh nurudin... besar nanti mesti jadi ulamak hebat, amin...

Moga-moga  dari rahimku juga bakal lahir generasi seperti ini Ya Allah..


amin Ya Rabbal alamin....  :))




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen: 50 ++ Blogger in Blogwalking list [Begin 10 May ]




Segmen: 50 ++ Blogger in Blogwalking list [Begin 10 May ] 






salam mahabbah.. 

eh! dah pukul 3 pagi..

just klik banner n letak tajuk seperti di atas..

officially dah join..

superb mcm magis jek..

penyertaan terhad btw.. join jom..!




nickname : si pipi merah







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalian sedar tak?? #2





"Syeikhah kenapa payah sangat nak buat benda baik? Nak hafaz quran betul-betul. malas.. ini asyik fb saja syeikhaaaaah...."

Melutut depan syeikhah usai tasmik yang sememangnya banyak salah!

"Mari sini al quran..."

Ana hanya menurut. Syeikhah membuka surah al ankabut, ayat terakhir. Cuba kawan-kawan buka di m/s 404.

Ada sesuatu yang bermakna. Ayatnya sungguh indah. Jom tadabur sekejap.

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik..."

Ayat : 6

---------------------------------------------------------------------------
Subhanallah.
Kenapa sukar untuk berjihad melakukan kebaikan duhai diri?

Syeikhah kata, berjihad ada 2.

Jihad bil nafsi.. = perang di medan jihad

Jihad nafsu.. = perang dengan hawa nafsu, syaitan

Macam mana untuk kita katakan kita wajib pergi berperang ke medan jihad sedangkan perangi hawa nafsu untuk naikkan keimanan masih belum kita laksanakan?

Cuba sahabat-sahabat fikir, orang yang nak turun berjihad kat medan jihad, hati dia betul-betul bersih. Bersedia untuk mati syahid kerana tingkat keimanannya sudah tingkat. Dia sudah melepasi medan jihad hawa nafsu.

Macam pula kita yang belum lepas berjihad dengan hawa nafsu sendiri sudah katakan kita wajib turun berjihad di medan jihad.

Bagaimana untuk mati syahid?

Ayat ini mengajar kita, jom sama-sama berjihad mencari keredhaan Allah. Jihad menjadi seorang muslim dan mukmim yang terbaik :)

Anda nak jadi soleh?
Anda nak jadi solehah?

Maka perangi nafsu yang membelenggu.

Go go chaiyok. Selamat datang ke daerah baru...bersama mencari keredhaan Allah yang hakiki.

^___^ I LOVE YOU ALLAH ♥

Mood : syeikhah pesan, ikhlaskan hati tau sahabat-sahabat, insyaAllah Allah tunjukkan jalan dan mudahkan untuk kita buat kebaikan :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalian sedar tak?





Hari ini belajar sesuatu yang berharga, sangat berharga..


"humaira kenapa tak sebut satu..satu.. naaa...taaa.. zaaa... ini laju ja sebut..."

syeikh bersuara tinggi.

"Arghhh..paaayaaah.."

Ana pun dah mula banyak songeh.

"Lidah kamu malizi.. ini arabi.. baca quran dalam arabi..."

Suara Syeikhah semakin meninggi. Ana tarik muka.

"22 tahun syeikhaaaah.. saya dalam malizi ja bacaaa..."

[banyak alasan]

"Adi laaa.. tadrib ahsan.. kamu nak ambik hafazan quran bersanad... kena baca macam Rasulullah..lidah kena Arabi..bukan malizi... Rasulullah baca quran bukan macam ni..."

Glurrrppp...

--------------------------------------------------------------------
Menarik nafas panjang. Tersentap di hati.

Sanad?
Rasulullah?

Ya. Selama ana hidup, baca quran di Malaysia tanpa makhraj yang betul. Sepatutnya baca al quran dalam arabi...

Sedihnya dengan diri.

Syukur Allah hantar ana ke sini. Masih punya kesempatan untuk memperbetulkan.

Kalian? Masih sedar atau belum yang selama ini kita baca al quran silap makhrajnya?

Allah...

Mood : Nak baca quran betul-betul. Kerana dialah syafaatku di akhirat kelak. amin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


JAJA & DIN - novel islamik versi moden!






Bagaimana manusia harus dipengaruhi oleh tulisan? Pada saya, tulisan yg baik bukan saja memberikan keseronokkan kepada khalayak, tetapi mampu meresapkan nilai tarbiyyah.

Jika anda seorang kaki novel cinta yg inginkan klise dalam jalan cerita, novel ini ada jawapannya. Penulis bijak bermain idea yg bertentangan dengan norma masyarakat.

Adakah anda dapat membayangkan seorang yg free-hair jatuh cinta dengan seorang ustaz lalu akhirnya berkahwin atas lamaran seorang wanita?

JAJA & DIN - novel islamik versi moden! tak rugi kalau baca...banyak ibrahnya.. 
 Jaja & Din memang comel!..  

tuan novel pun seorang muslimah!! puan penulis adalah owner Jemari seni publishing..

klik di sini acc FB beliau...

Noor Suraya Adnan Sallehudin


kalau sesiapa yang berminat dan nak mengenali beliau dengan lebih dekat jom sertai bengkel nie...



okebai..







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


O Allah, You know me better.. ^_^





here i am again.. talking to myself probably.. in front of my lappy.. erm.. dah sahur?? ana sudah...

ermm btw agak penat arini.. penat tak buat pape.. segala anggota badan ana lemah melayan Maya ni. tangan kanan ana pun dah lenguh sebab asyik pegang 3 button mouse. napela ana wat keje lembaps sgt nih adeii. too much to do. gambate! aduhh tangan kananku!

alangkah bagusnya kalau ana dah abis study, graduate from this university. actually this is suppose to be my last semester here. but due to unpredictable mistake a years ago i have to extend one more year. and that one year already pass by and here i am again repeating the same semester.

is that really a mistake or some sort of hidden agenda for me? lets think positive and continue study dengan hati yang ihklas dan kesungguhan yang tinggi hoping i can make it through this year. insyaAllah. please make me go pass through it.

and i dunno why lately takde selera nak makan walaupun lapar.. i am not sick or diet ke ape.. last time jamah nasik sikit malam tadik ngan serunding daging.. nak masak pun takde mood walaupun barang kat dapo tu ade banyak.. hope ana tak jatuh sakit because of this.. ngidam pun takdek.. hewhew.. (buatmukekesiankonon)


kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.. hope the best in my life.. segala perkara yang melalaikan minta jauh ke tepi agar ana dapat menamatkan study dan meneruskan cita-cita dengan berjaya...

semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kita semua pada hari ini.. aminn..


dah azan.... okebai..



“Stop trying to be better than everybody else. Just get better than you are now.”


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


- isu father of kafir-




apabila sang jahil menghukum ulama, negara tergamam, nadi terhenti beberapa ketika..

apabila iblis berjaya menguasai seluruh diri, lidah dan tangan menjadi pedangnya..

apabila kebatilan semakin menuju keruntuhan, iblis dan manusia tidak segan-segan lagi untuk bergandingan membantu..

mereka bolehlah pakai sarung tangan bersalaman dengan iblis..

betapa mudah dosa mengalir tanpa segan silu..

semoga Allah merahmati org2 yg bertaubat dan memerangi org2 yg memusuhi para ulama dan auliya'nya..


Amin Yarabbal Alamin...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


lembab la blog nie..


Assalammualaikum...


nak share web nie dengan sahabat semua...
kegunaannya ialah untuk testing berat blog..
macam timbang berat badan lah jugek! tp ini takde BMI yep..
 
in future tataulah kan... :P


asbabnya.. Kalau Load time itu lama so lembab la blog anda.. sila clik sini


selamat menguji !




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


HAPUSKAN PTPTN




Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion. YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.


Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara.

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.

Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :


a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.


Kurangkan beban rakyat


Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.


Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.


Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :


a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?


b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.


c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS


g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion
i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% sahamyang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.


Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]


a] Projek Menara 100 tingkat


b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.


c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.


Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.


Bagaimana PTPTN boleh mansuh.


Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.


Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.


Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .
Suatu Sorotan .


Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.


Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.


Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.


Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :


Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka


Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.


Contoh pengiraan [Universiti Malaya]


a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.


b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.


c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :


1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL


d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]


Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


Surah al A'araaf : 96

credit to

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PERHATIAN! PIG SKIN leather shoes.




PERHATIAN! 2 kali perhatian okeng!

kalau nak beli kasut kulit, tengok-tengok sikit ye, takut-takut terbeli PIG SKIN leather shoes. selalu sangat nampak dekat kedai2 kasut yang dekat di hati, hatta kasut2 yang dipakai oleh sahabat2 pun.

memang senang nak terlepas pandang. nak kenal, macam gambar ni ye,
ada 3 bintik; sama ada tersusun dalam bentuk piramid/ garis dan sbgnya.

biasa pada jenama kasut (kalau kat mesir) ; CLUB ALDO, TATA TIO dan kasut2 kulit yang murah.

masa Diskusi Fiqh Perubatan hari tu, ustaz Nazrul ada sebut,
sifat najis pada kulit khinzir/ anjing takkan hilang walau disamak sejuta kali pun (exaggerate nih)
kalau waktu kita pakai, kasut/ kaki kita basah, mesti disertu balik kulit kita.

kalau ambik wudu'-pakai kasut-masuk masjid?
astaghfirullah... kan dah susah...

#tengok2kan jugak kasut2 kulit kat rumah, rumah sebelah, orang sebelah, yang tengah pakai kat kaki tu... biasa sangat dah menengok komunis bintang tiga kat mana2 (eh, bintik tiga la)

selamat bermujahadah membuang kasut2 yang dijumpai menjadi mangsa keadaan... =]

rujuk juga; http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?id=2075

nak kenal banyak lagi style2 pig skin shoes lining;http://www.alibaba.com/showroom/pigskin-shoe-lining-leather.html (web-market utk pigskin)


okebai..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


harini mood malas..mood rindu..kecewa..bagai-bagai





rindu itu anugerah dari Allah.. tapi kenapa ana sangat membenci rindu.. eheh!.. membenci anugerah yang Tuhan berikan.. apakah ana tiada perasaan rindu? rindu sangat membebankan.. memberatkan hati.. gundah gulana.. risau.. tak lalu makan.. mandi tak basah.. tido tak lena.. golek kiri kanan.. asyik terfikirkan itu.. sakit.. sakit jiwa.. merintih dalam hati.. takde sape akan pahammm.. tolongg... i need helppp... cemane ni? ana rinduuuuuuuuuuu sangatt kat ummi dan abi.. ...




rinduu..
samseng, samdol, dan yang sewaktu dengannya..
juga pokok rambutan depan rumah..
dan anak pak dollah ketua kampung.. eh ana tipu je..
rindu katil dua tingkat bilik anak dara enchek azmil..
dan novel-novel kesayangan maksu.
juga rumah tua warisan arwah tokwan setapak dari rumah..
rinduu semuanya..


harini mood malas.. 


sebab setiap kali demam ana rasa sedih.. ntahla kenapa.. sedih sebab dugaan kecil diberikan kot.. time demam ni jugak mulelah sensitip sket.. teringat rumah.. kekuatan big girl selama ni hilang mcm tu je.. ape yg ana sedih sangat ni? kafarah...

semalam siapkan jurnal lab sket je..
arini tah tatau dapat buat bape..
sisa sakit tekak masih ada..
demam pun munkin tak jadi..
lenguh satu badan macam baru lepas tanam anak padi 5 petak sawah..
5 petak sikit je..

semalam dan arini agak kecewa sket..
tak dapat tolong orang tu dalam kesusahan..
semoga Allah mempermudahkan segala urusannya hari ini..

ramai betul member baik ana kawen dalam bulan nie dan yang akan datang ni.. terbaru, sepupu ana kawen..bulan jun ni plak ade 3 undangan majlis kawen.. akna pun tak sure dapat pi ke tak.. 10 september wawa pulak kawen kat kelantan.. sorry la kengkawan klo ana last minit tak dapat pegi.. alasannya ana sorang je tau.. anyway ana doakan semga berbahagia buat Izham-Shigim, Kak Pisa dan tunangnya, Nana dan tunangnya, Wawa dan Sam.. ana bile lagi? ahaah very funnyy.. 

lagi satu ana mohon kepadaMu.. tak kira apa dugaan yang diberikan.. anugerahkan ana ketabahan, kekuatan dan kesabaran untuk menghadapinya.. berikan ana keluarga yang memahami.. sahabat yang boleh membantu dalam susah senang.. keadaan yang selamat.. dan kesihatan yang memuaskan.. dan yang paling penting jangan lalaikan ana daripada mengingatiMU walau dlm keadaan susah atau senang.. aminnn..




ok itu sahaja.. kbai

*isyak jom3..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SOLAT AKHIR WAKTU




nak tahu tak? memang kena amik tahu nie...

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang
kita yea ....
Jika berpuasa Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar
amalan kita
padaNya

Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk
dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi


Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai


 
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


pengemis




kadangkala mengemis itu mengajar kita menghargai apa yang kita dapat bila ada orang sudi memberi..

tertarik dengan kata-kata yang disampaikan oleh seorang teman..
seorang pengemis menatang mangkuk mengharapkan ada yang sudi sedekahkan barang beberapa syiling.. seposen sudah cukup berharga.. bagi orang yang berduit mungkin seposen tu 0.0001% jek dari pendapatannya.. kalau hari-hari jumpa seposen rasanya tak mustahil boleh jadi jutawan..
pengemis jalanan yang kita pandang jelek dan jijik..
rasanya tak mustahil kita boleh jadi tahap mengemis.. mungkin..
mengemis cinta..
mengemis kasih..
mengemis janji..
mengemis duit..
mengemis pertolongan..
mengemis harapan..
mengemis kerja..

walau ape yang terjadi jangan jadi pengemis yang tidak menghargai pemberian orang.. mengemis kasih Allah adalah selayaknya kerana kita hambaNya yang lemah





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Entri Blogger


!                                                                              ARRA AHMAD!
nak join klik banner tiut ni..

salam mahabbah...

entry post yang ke... 787 ehee!

jom berukhwah!

tag---> aridz azmil

kbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ya Tuhan, apa la nak jadi!




I always tell my self that it is NOT GOOD to idolize people (except our beloved prophet Muhammad SAW) no matter how great they are. Because then we will not able to SEE and FOLLOW they truth because of our admiration towards them. Nevertheless allow me to highly respect this great man, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ~ 


Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tidak dikenal? Apa sukarnya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.” ~ Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas (Dr. Yusuf al-Qaradhawi).


Ya Tuhan, apa la nak jadi dengan Malaysia. Macam mana bala tak datang menimpa kalau dah ulamak pun dilabel sebegitu...


Al-Quran memberikan gambaran tentang ketinggian darjat para ulama:
يَرْفَعِ اللهُ الذينَ آمَنُوا والذينَ أُوتُوا العِلْمَ دَرَجَاتٍ

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberikan ilmu (ulama) beberapa derajat." (QS. Al-Mujadalah: 11)

Selain ketinggian darjat para ulama, Al-Quran juga menyebutkan dari sisi jiwa dan karakteristik, bahwa para ulama adalah orang-orang yang takut kepada Allah. Sebagaimana disebutkan di dalam salah satu ayat:

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (QS. Fathir: 28)

Sedangkan di dalam hadits nabi, disebutkan bahwa para ulama adalah orang-orang yang dijadikan peninggalan dan warisan oleh para nabi:

والعلماء ورثة الأنبياء، إن الأنبياء لم يُورِّثوا دينارًا ولا درهمًا ولكنهم وَرَّثوا العلم

"Dan para ulama adalah warisan (peninggalan) para nabi. Para nabi tidak meninggalkan warisan berupa dinar (emas), dirham (perak), tetapi mereka meninggalkan warisan berupa ilmu."(HR Ibnu Hibban)

Di dalam kitab Ihya' Ulumud-din karya Al-Imam Al-Ghazali, disebutkan bahwa manusia yang paling dekat martabatnya dengan martabat para nabi adalah ahlul-ilmi (ulama) dan ahlul jihad (mujahidin). Karena ulama adalah orang yang menunjukkan manusia kepada ajaran yang dibawa para rasul, sedangkan mujahid adalah orang yang berjuang dengan pedangnya untuk membela apa yang diajarkan oleh para rasul.


Islam adalah agama rahmat, yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh umat manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Adakah kita tidak pelik, Malaysia (yang mengaku) sebagai negara Islam, tetapi masih lemah pegangan Islam pada rakyatnya. Lebih baik kita muhasabah kembali faktor-faktor yang membantutkan dakwah Islam kepada rakyat Malaysia. Dari segi keutamaan, dakwah khusus (kepada umat Islam) vs dakwah umum (kepada bukan Islam), dari segi pendekatan (melayu sepakat vs muslim sepakat) dan dari segi pergantungan dan ketaatan (raja-raja/sultan/dewa/jelmaan Tuhan vs Tuhan). Mungkin pada pandangan kita, dasar-dasar dan pendekatan kita kelihatan benar, tetapi pada hakikatnya jauh tersasar. Kerana manusia seringkali melihat dari pancaindera yang terhad, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kita fikir slogan kita, perjuangan kita sudah tepat, tetapi ia disandarkan kepada kefahaman yang literal dan jumud tanpa mengambil kira waqi' (realiti), uruf (budaya) dan konteks semasa.



Adalah benarnya kata almarhum Ustaz Fathi Yakan, 'saya mesti yakin dengan masa depan Islam. Masa depan hanyalah milik Islam dan Islam adalah masa depan saya.' Jauhilah ideologi-ideologi taghut seperti melayu sepakat, ketuanan melayu, raja-raja/sultan/pemimpin adalah dewa atau jelmaan Tuhan. Bergantunglah sepenuhnya kepada Islam, prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang universal kerana Islam mampu memerintah dunia yang berbilang agama, bangsa dan warna kulit. Wama arsalna ka illa rahmatan lil'alamin.




Doa hari ini

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ، أَوْ أُضَلَّ، أَوْ أَزِلَّ، أَوْ أُزَلَّ، أَوْ أَظْلِمَ،

أَوْ أُظْلَمَ، أَوْ أَجْهَلَ، أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ.

Allahumma innii a’uudzubika an adlilla au udlalla, au azilla au uzalla, au azhlima au uzhlama, au ajhala au yujhala ‘alayya

“Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan atau disesatkan; dari menggelincirkan atau digelincirkan; dari menganiaya atau dianiaya; dari membodoho atau saya dibodohi (orang lain) (H.R. Abu Daud dan Tirmidzy




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ini Osem: beribu WANITA iran dilatih menjadi NINJA


Seni mempertahankan diri telah mendapat populariti di Iran sejak 20 tahun yang lalu. Dalam bahagian pertama video ini, Gisoo Misha Ahmadi akan mengadakan pertemuan dengan sekumpulan wanita muda Iran yang telah menguasai teknik ninjutsu, dan biasanya dirujuk sebagai "Ninja".


Sekolah Ninjutsu di Iran telah dimulakan pada tahun 1989 oleh sensei Akbar Faraji. Ini adalah kali pertama seni mempertahankan diri telah diperkenalkan di negara ini. Manakala kelab itu kini mempunyai lebih 24,000 ahli, dan bilangan peserta wanita perlahan-lahan semakin meningkat. Menurut Faraji, dalam Ninjutsu, lelaki dipanggil 'Ninja', manakala wanita dipanggil 'kunoichi'.







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita














Ketika hati ingin berputus asa,

Tanyakanlah pada diri,

Hati ini milik siapa? Adakah jawapannya milik Allah s.w.t?

Hidup ini milik siapa? Adakah jawapanya milik Allah s.w.t?

Apakah tujuan hidup ini? Adakah jawapannya beribadah kepada Allah s.w.t?

Jika kita tahu hati, hidup dan tujuan hidup kita sebenarnya… hati ini akan tetap terus bertahan…

Berdoalah dan mohon pada pemilik hati dan hidup ini… agar segalanya dipermudahkan…

Pasti hati ini akan tenang dengan mengingati Nya….

Cabaran dan rintangan pasti akan ada selagi kita hidup… seberat mana pun ujian yg menimpa kita, kita pasti mampu untuk melalui…. Kerana pemilik hati ini Maha Mengetahui dan tahu apa yg terbaik buat kita… Pujuklah hati…. Kuatkan semangat dan bersabarlah…..

Life is too short… tak perlulah terus membazir waktu untuk memikirkan segala kesusahan dan kesedihan hati… berikan hatimu pada Allah s.w.t…..




.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kasih anak: Saya tidak pernah derhaka


Mohamed Azmin Ali,07 Mei 2012

Allahyarham ayahanda saya, Pak Ali senantiasa mendidik saya untuk patuh kepada tuntutan Al-Quran, berakhlak luhur dan tuntas istiqamah kepada prinsip perjuangan. Didikan dari kecil untuk menghormati serta mengasihi kedua ibu-bapa sesuai dengan pesan ajaran agama Islam menjadi pegangan saya.



Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga Allahyarham ayahanda saya mendapat husnul khatimah dan ditempatkan ruhnya di syurga yang penuh nikmat.



Saya menyeru kepada media supaya tidak mengganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik Umno yang kotor dan jijik. Institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan di dada media.


Saya tetap sayang dan hormat ibu saya. Saya juga bersyukur dianugerahkan isteri, Shida yang taat dan setia serta anak-anak yang memahami citra perjuangan yang murni ini.



Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelek yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka.



Saya berserah segala-galanya kepada Allah SWT dalam menghadapi mehnah ini tetapi saya tidak akan tunduk menyerah kepada tekanan fitnah Umno. Saya akan tumpu kepada usaha dan kerja- kerja Parti selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat (JPRP) untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangkakan pada bulan Jun 2012.

sumber :haraqah daily


Mohamed Azmin Ali,07 Mei 2012



org hina biasanya suka mnghina dan kluar perkataan yg hina2...terhina di mata manusia.. org mulia kluar darinya yg prkataan mulia2 dan suka mamuliakan .. dia akan di muliakan.... YaAllah muliakan kami.. 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ustaz Budak: Saya difitnah




MACHANG - Setelah lima bulan, Ustaz Budak atau nama sebenarnya Shamsul Zaman Sukri, 24, tampil memberi penjelasan dakwaan beliau menyamakan Menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Nabi Muhammad SAW.

Shamsul Zaman yang baru pulang dari Yaman berkata, beliau tidak pernah menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan Nabi, sebaliknya menerangkan kepimpinan dan pemerintahannya yang mencontohi Rasulullah SAW.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat semasa ceramahnya di Johor tiga tahun lalu itu dimanipulasi pihak tertentu demi kepentingan politik.

”Saya bukan menyamakan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dengan Nabi, tetapi memberi contoh atau perumpamaan kepimpinan yang dilaksanakan oleh Tok Guru sama seperti nabi. Ulama adalah pewaris Nabi, maknanya ulama ini pengganti Nabi tetapi bukan Nabi secara fizikal.

”Jika saya menyamakan Tok Guru dengan Nabi, maka sesatlah saya, kafirlah saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Paloh Rawa di sini, semalam.

Akhir tahun lalu, rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang dikatakan melabelkan ulama dan Mursyidul Am Pas itu seperti Nabi itu disiarkan sebuah portal sebelum mendapat reaksi pelbagai pihak.

Malah, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyerahkan memorandum kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan berhubung ceramah itu dan meminta penyiasatan­ dilaksanakan bagi mengelak akidah umat Islam terpesong.

Dalam masa sama Mufti Kelantan, Datuk Syukri Mohamad meminta Syamsul Zaman bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan akidah.

Sementara itu, Syamsul Zaman turut mempertikaikan kenapa rakaman­ kuliah agama itu tidak disiarkan secara keseluruhan, tetapi tertumpu kenyataan itu sahaja.

Katanya, penyebaran video itu menyebabkan salah faham dan menimbulkan tanda tanya di kalangan orang ramai terutamanya apabila ia membabitkan soal akidah.

”Apa yang pasti, video itu telah ditokok tambah, malah saya sendiri tidak tahu macam mana video itu boleh tersebar sedangkan tiada sebarang rakaman dilakukan ketika itu.

”Saya bukan penceramah Pas seperti yang didakwa. Saya penceramah bebas. Kalau Umno jemput saya sekalipun, saya terima, namun apa yang saya perjuangan dengan apa yang dilakukan Menteri Besar ketika ini selari” katanya yang berceramah di merata tempat, termasuk masjid dan surau sejak 12 tahun lalu.

Shamsul Zaman berkata, beliau agak terkejut dengan penyebaran video itu namun menerimanya secara terbuka dan menganggapnya sebagai ujian ALLAH SWT.

Katanya, beliau bersedia memberi penjelasan kepada khalayak termasuk Kerajaan Kelantan jika diminta berbuat demikian bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.

“Saya tidak gementar dengan ujian­ ini dan bersedia (hadapi) setiap yang berlaku, malah ia memberi kekuatan untuk terus berdakwah,. Namun jika diberikan peluang kepada saya untuk berada di petas umum termasuk bersama Menteri Besar dan ulama lain untuk menerangkan apa saya ucapkan sebelum ini,” katanya.

sumber : sinarharian 







Kata al Maududi, dunia ini derita tanpa Islam. Bahkan kata Muhammad Abduh, 'agama Islam itu tertutup oleh orang Islam sendiri.' Ini kerana kita hanya berfikir dari kerangka Islam itu untuk umat Islam saja, seperti milik eksklusif orang arab atau melayu. Walhal, Islam adalah rahmatan lil'alamin. Kita perlu bangkit dengan memberikan solusi-solusi dari prinsip dan nilai Islam itu sendiri sehingga mereka (bukan Islam) berkata, 'wah, inilah solusi (dari Islam) yang kita cari.' Ingat Zidane? Perancis tidak peduli sama ada Zidane itu Islam atau kafir. Yang penting ialah Zidane mengharumkan nama Perancis dalam bola sepak dengan menjaringkan gol. Kata kunci, menyumbang. Kata Nabi SAW, 'sebaik-baik manusia ialah manusia yang berguna kepada manusia lain.'






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


IKHLAS DITEMBAK MATI!








kalau Malaysia, mesti da ramai yang ditembak mati ni...




okebai...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sukar dimiliki dan payah di jaga





.. sifat mahmudah mmg sukar dimiliki dan payah di jaga.. dah dapat tapi nak jage plak.. so better dah payah ade ke? eh mane boleh.. sifat mahmudah kene ade kat setiap orang.. dah dapat tu alhamdulillah la kan? and kenela wajib jaga.. bukan main susah dapat tak nak jaga plak kan?






kbai

*sajapostantaralagunasyidkegemaranana~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


teghasa!



 


Alhammdulillah....




seorang lagi sepupu  telah bertukar status..
semoga berbahagia sampai bila bila..
majlis memang sangat meriah.. ohsem!


alhamdulilah semuanya selamat mendirikan masjid.. ikutkan mmg setiap hari ade orang kawen.. tp utk kawan2 dan saudara yg terdekat dan rapat.. bila ade yg ramai2 kawen.. sedikit sebanyak terasa gak.. terasa yang diri ana ni bile lg.. terasa yang setiap hari umur meningkat.. terasa yang setiap hari banyak benda boleh terjadi.. ajal.. maut.. jodoh.. semuanya di tangan Tuhan..


semalam dapat YM dr lecturer kesayangan...KULIAH HARI NI BATAL OKE! jd harini bgn lambat.. bukan sengaja.. bukak mata jek dah pukul.. hehe tayah cakap la ek.. pastu siapkan diri.. mandi solat.. pastuh ngadap lappy.. rutin harian kot.. sakit abdomen belakang masih lg menyengat. sakit otot lengan pun ade sket.. bahana jadi tukang bwk hantaran.. tu tandanya dah lame tak bersenam.. asek bersenam atas kusi je.. dan bahan2 toksik dah banyak terkumpul dlm badan.. pedulikkan semua tu dulu.. lepas abis ni nak wat overall treatment ke atas diri sendiri.. nak amek perhatian plak kat anggota fizikal..



kalau dulu time waktu zaman persekolahan hari isnin paling ana ta suke.. tahle tataulah.. maybe ari senin selepas ahad.. ahad cuti.. so isnin kene salahkan bile kene pi sekolah.. isnin ada perhimpunan.. isnin gak dateline kerja rumah.. rabu paling best sbb dewan makan kasi nasik ayam.. macam tak pernah makan ayam jek seumur hidup.. tp skg ni bagi ana semua hari adalah sama.. semua hari ade best ade yg tak bestnyer..


syak..
lately ana selalu disyaki.. disyaki ade relationship istimewa yang ana sembunyikkan.. sahabat ana yg rapat pun tak pernah tanyer.. so i don't expect org lain akan tanyer.. klu ckp keluar ngan sahabat lain..ana akan dibalas dengan satu pandangan syak wasangka.. haishhh.. am i old enough to have no relationship at this age? well.. only me know the answer.. so pape citer seterusnya.. tunggu jek la.. right now no comment..


ermm.. kdg2 banyak mende ana nak ckp.. tp tibe2 ilang plak dr ingatan.. ermm.. letih plak membebel sini..

klo dah malas.. klu tak push mmg tak jalan.. bile dah push rase tertekan.. bile tertekan takleh nak buat keje dengan sempurna.. bile takleh buat keje dengan sempurna kite akan melukakan hati org lain dan menghampakan harapan org pada kita.. okeng2 nak study lah..!


nazar ana utk kejayaan semester ni.. seharusnya mesti ana ingat..

today..from deep inside my heart.. i realize something new.. not new maybe abandoned these days.. semoga ku tak lupa diri bila gembira..





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.