Ana telah dikhibah dan akan menikah..






Assalamualaikum...

salam sayang semua...ape kabar hari ni??iman??jasadi??....♥


moga setiap detik kehidupan kita dimanfaatkan untuk islam....(^^)


******************

Ana telah di khitbah... wahai hati........kuatkan diri..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu ana sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, ana berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat ana , meletakkan ana kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

ana hanya seorang gadis. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. ana tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. ana bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, ana bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga ana bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

ana bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, ana juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, ana bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. ana hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi ana juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar ana sudah dikhitbah apabila melihat ku memakai cincin di kedua tangan di jari manis. ana hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana ana belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, ana tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya ana jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

ana menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, ana menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari ana sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali ana ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja ana menangis semahunya tetapi sudah ana ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana ana akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan ana terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, ana semakin banyak mengulang al-Quran. ana mahu sebelum tibanya hari yang ana nantikan itu, ana sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan ana tenang... As-Syifa' ana adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah ana menanti. Benar, ana sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

ana tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa ana sudah bertunang, kebenarannya itu antara ana dan keluarga.

"Insya Allah, dia tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, ana senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. ana tersenyum lagi.


Jangan lupa jemput saya di hari menikahnya, jangan lupa!"

ana hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu ana zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai ana sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan dia yang mendekatkan ana dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang ana habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana ana mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila awak menikah?"

Ana tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti awak akan tahu..."


Ana masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan ana sengaja tetapi memang benar ana sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput saya tau!"


Anis tersenyum megah.

"Kalau awak tak datang pun saya tak berkecil hati, doakan saya banyak-banyak!"

Itu saja pesanku. Ana juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu ana tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu ana menyiapkan diri sebaiknya. Untung ana dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain...


Semuanya ana sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan ana katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Jom makan!"

Ana tersenyum lagi... Akhir-akhir ini ana begitu pemurah dengan senyuman.


"Sila-sila, ana puasa."

:)


Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, ana tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan ana sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Ana juga menanti dengan penuh debaran, moga ana bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan ana, itu sahaja.



******************

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan ana pada ibu.


Akhirnya, ana selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun ana tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan ana kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang ana rahsiakan dari pengetahuan umum.Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Anis bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"mardhiah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...


"Dengan kematian wahai anakku.Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, dia hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..."
Terduduk Anis mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la dia selalu menangis.. Anis tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu dia mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Anis masih kaku. Tiada suara yang terlontar.

************


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

edited from: iluvislam

notakaki: kisah nih bukan kisah ana. tapi kisah ini adalah kisah kita. kisah kita yang telah di khitbahkan dan di tunangkan dengan maut. bukan nak buat kontroversi atau mereka-reka cerita. namun ini adalah peringatan buat kita semua. hari ini kita lalai dan leka dalam mengejar cinta dan cita-cita yang kebanyakkannya berimpikan dunia. namun kita lupa untuk menabung dalam saham akhirat. negeri yang abadi tempat kita akan kembali. selamanya.

entah bila 'majlis' kita akan di rai. entah bila 'dia' datang menyunting kita. itu rahsia Allah. rahsia yang kita tidak pernah berhak untuk mengetahuinya.

p/s: jangan terkejut kalau ana da tukar status engage kat FB yer. mohon maaf.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ayat-ayat cinta bercerita!


 

Malam ni internet adalah seperti anak siput yang baru belajar mengensot.  Tadi rasa nak tido, bangkit smula sebab dah berjanji nak menaip sesuatu malam ni.  lately malas nak menaip entry.. tak de yang menarik pun.. kalo citer pun nobody's care.. macamla ana sorang je kat dalam dunia ni ade masalah.. bersyukurlah.. ;)

Pernahkah anda berPERGHasan suka kat seseorang tapi perasaan tu tidak lebih daripada hanyalah suka? Setiap hari kamu ingin tahu keadaannya dan apa yang dipakainya hari ni...[menstalker lettew]...  kamu  pun pasti dia pun memberikan respon yang baik terhadap kemesraan  kamu . Kurang bicara tapi bila terserempak anggukan atau berbalas senyuman cukup difahami sesama sendiri. Ada chemistry orang kate. Tapi cannot go beyond that. Ada persamaan dari segi kesukaan dan pendapat tentang beberapa perkara. Tapi ada beberapa perkara lain anda dan dia seperti langit dan bumi. Bila anda teringatkannya  kamu  tersenyum. Hati  kamu  akan berasa tenang. Dia sebagai suntikan semangat tanpa sedar. Hanya itu, tidak lebih.  kamu  berniat baik yang pastinya...

Tiada hidden agenda... ;P

Oh drama! Dan sepatutnya ana perlu menghadap buku yang dah terbaring di depan mata. Tetapi mengapakah  ana  masih mengadap kotak nipis bercahaya nih? Sat la.. amek mood dulu yeh.

 

Ah,  ana  rase dah pulih dari sindrom 'how can i put into words what i feel'. Btol. Ada banyak benda  ana  nak cakap dan ceritakan, cuma mesej tu tak mengalir dari otak dan keluar ke jari-jari. Ia stuck kat siku je. Patut  ana  rasa siku  ana  bengkak je. Ah, anyway.. hidup ini terasa sungguh kelakar. Ada orang yang kita dah berputus ada kat dia, tapi ada satu hari ni, kita lupa kita pernah putus asa kat dia. Nah! Kecewa lagi sekali. Saje je kan nak toreh luka baru kat luka lama.

Masya allah,  ana  terpaksa admit  ana depress sejak kebelakangan ini. Tak sangka lak tahun 2012 nih banyak cobaan. Malas nak ngaku tak bersedia sebenarnya. heee. Gelak kat diri sendiri sendiri jek lah. Pelbagai tekanan halus ditekan ke atas otak tepu ana  nih. Dah abis berpura macho, berlagak sopan, tidur berterusan dan juga memalapkan lampu tidur, tetapik ianya masih disitu. Lalu dihalau secara baik, dihantar pulang ke tempat asalnya. Semoga ia tidak kembali. Jika kembali juga datanglah melawat sekali sekala dengan buah tangan dan uwang yang secukupnya... kbai..

Menceritakan secara detail apakah yang dimaksudkan adalah tidak. Ashamed of how pathetic my little life turns out to be. Biarlah ia lesap dibawak awan ternoda dari pinggir kota cyber yang tak berapa nak berjaya ni. Disebalik garis-garis duka, dicelah-celah kesesakan  ni, marilah sama-sama menangkis daki nakal yang tidak akan putus asa hinggap di kaki.;;

"Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada Allah dan cinta kepada maksiat."
unknown 

bersambung.. 

 [nak tido kejap....]

-Assalamualaikum-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Syirian revolution (republic of surriyyah)


for those who are asking me regarding Syirian revolution (republic of surriyyah) ...here.. some of the info taken from PPI UNITEN.

Kesimpulan awal dari Kebangkitan Rakyat Republic of Surriyyah:

1. Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lalu.

2. Lebih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.

3. Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan yang tidak mereka peroleh selama 42 tahun.

4. Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.

5. Rakyat mahu presiden (Basyar Asad) dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyat.
KEKEJAMAN KERAJAAN SYRIA DIBAWAH PRESIDEN BASYAR ASAD

6. Dalam masa 42 hari, seramai 40 000 orang rakyat Syria telah mati.
39 000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
9 000 dalam tahanan.

7. 413 orang telah syahid di dalam penjara.

8. Wanita-wanita telah diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

9. Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!

10. Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

11. Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!

12. Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

13. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.

14. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

Wallahu'alam.

kalau  nak tahu lebih lanjut boleh tinjau blog student-student syiria & timur tengah.sudah byk feed ttg ni..
du'akan saudara seislam kita...

amin yarabbal alamin,,



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Anti sosial?


assalammualaikum....

Actually ana baru bangun sejam yang lalu setelah tido lebih kurang 10 jam. Tak pecah rekod lagi tuh sebab ana pernah tido lebih 12 jam kot. :P Since sejak due menjak ni setiap hari, diulang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad ana bangun seawal 6.30 pagi. kenape ana still ngantuk lagik nih. Adakah lauk dal kat kedai mamak semalam ditaruk  Morfina ? :)

Kehidupan ini adakah seperti yang ana gambarkan 10 tahun lepas? Macam tak je. Mungkin lagi 10 tahun akan datang kot. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan bergantung gak dengan kekuatan ana untuk hidup. Cewah. Intro je dah pasrah bunyiknyer. Erm.. life agak tough buat mase ni. Dari semua segi. Sebagai manusia yang ada bahagian kesabaran dalam diri , ana hanya mampu bertahan. Cuba bergerak serendah yang mungkin tanpa mencium tanah. Usah berputus asa yeh sahabat... Hidup mesti diteruskan.

Maafla kalau ade yang ana tak balas komen dan ada sahabat fb yang rajin dan tak jemu mentag ana di FB . Ana tak sanggup nak menepis cas negatif atau menukarkannya menjadi neutral dengan tindak balas kimia. Banyak graf kehidupan ana menjunam turun macam kemelesetan ekonomi yang pernah terjadi kat malaysia suatu mase dulu... 


ramai sahabat yang bertanya kenapa ana suke duduk umah time weekend?

k fain.. 

sebabnya..

1. Kampung adalah sangat jauh untuk memulangkan diri. Lainla kalau abi nak belikan sebuah jet pejuang.


2. Jimat segalanya.


3. Berehat secara luar biasa.


4. Ana bukan kaki jalan kecuali ada orang ajak banyak kali dan cuba buat muka poyo..


5. Aktiviti mengemas. Cuci baju, lipat baju, gosok baju.. nak tolong ummi..nak masak dengan abi... suweet sangat time tu......! semua house chores time weekend jek la best buat. Time weekedays sangat sibuk buat keje lain....kesian ummi buat keje sorang-sorang... :)


6. it is a FAMILY DAY!


Anti sosial? Hoho sangat tidak. Just a homely person...

kbai..


dalam misi cuba mencari keseimbangan dari semua aspek kehidupan.. cuba tidak terlalu obses terhadap sesuatu.. 







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


lebih dashyat dari yahudi!




jangan ada sesiapa pun yang cuba menolong tentera Bashar Asad..!

لم يترك الأسد عين طفل أو طفلة إلا وأبكاها على نفسها أو عائلتها !!

Allah ma3akum ya Suriyah....

Allahuakbar.


هذه أقنية بابا عمرو يا مسلمين يا عباد الله تمتلئ بالدماء بدلا من الماء
أين أنتم يا المسلمين، ابن انتم يا من تستطيعون نصرتنا و تتخلفون ، انها ليست دماء دجاج او نعاج انها دماء اباء وامهات و اطفال موحدبن بالله ليس ذنبهم إلا انهم طلبوا الحرية و ثاروا ضد الظلم والاستبداد


‎"beginilah keadaan jalan-jalan di Syria sekarang dipenuhi dengan darah syuhada' dikalangan kanak2,wanita,lelaki,orang tua...darah ummat Islam yang mengalir hari ini seperti mengalirnya hujan di musim sejuk.." 
 sangat zalim..zalim...!!!! 

Sungguh. Allah bersama kalian wahai saudara..! 

WALLAHI will revenge, WALLAHI will kill their kids for killing ours ;(


Teruskan Berdoa, Yakin Bahawa Allah Sentiasa Ada.


Teruskan berdoa. Jangan pernah tertinggal. 


Jangan pernah merasakan bahawa apa yang terjadi hari ini hanyalah urusan bangsa dan negara mereka. Jangan pernah meletakkan ujian ini hanya menimpa mereka, sehingga terlupa bahawa Allah juga sedang berbicara dengan kita.

***********
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)

moga kita terus berjihad di medan ilmu dan mereka disana terus berjihad di medan perang.. insyaAllah.. 


nota kaki:


Mula fokus untuk belajar, ingat, jika ana tidak bersungguh, maka ana telah mengecewakan mereka. Mereka yang seusia ana di sana tetapi terpaksa bertarung dengan kematian demi sebuah keamanan dan keadilan untuk hidup.


Amin Yarabbal alamin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


immunology exam!




assalammualaikum,,,,

Elhamdulillah. ana selamat menjawab 100 soalan immunology. selebihnya ana letakkan pergantungan pada zat paling Agung, iaitu Tuhanku.

doakan ana...
early this morning, call abi. asal nak exam mesti kena call sebab usually rasa susah hati lebih sikit. tapi, mungkin kebetulan lah ana pun mmg hati gundah jiwa kacau dua-tiga menjak ni. mungkin sebab ana terlalu banyak memikirkan manusia dan dunia, sebab tu hati tak tenang. lagipun dah lama tak jalan-jalan syare3 jame3ah...
*******
"excuse me, u're from my wellness class sa7?"
"yeah, i know, i know"
"do u have the slides for ergogenic aids?"
"yeah, i have and i'm making a copy right now. but this is from last year, bla bla bla"
dia explain letak duduknya slides tu. yelah, ana dah 18 kali pergi asik takde je. pastu beliau ceramah sket, tentang susahnya bab tersebut ibarat pharma. ana mengiakan je lah. lalu ana pun mintak la nak fotostat skali. 35 kirsh. "please, can i buy/bay (baca:pay) for you" oh, gentleman rupenya. serius pasni ana tak gelakkan beliau dah. :P ..baru tahu nak terhutang budi..

"ok, study well!" lalu dia pun berlalu,

:)


terima kasih, kepada semua penyumbang nota + material wellness and lifestyle. jumpa esok, bettawafeeq wannajaah semua.


Ma'a Taufeek Wannajah Fil Imtihan...


159. And by the mercy of Allah, you dealt with them gently. And had you been severe and harsh-hearted, they would have broken away from about you; so pardon them, and ask forgiveness for them; and consult them in the affairs. Then when you have taken a decision, put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him)
(160. If Allah helps you, none can overcome you; and if He forsakes you, who is there after Him that can help you And in Allah (Alone) let believers put their trust.)
3:159-160


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


soal hati dan perasaan..



kengkonon taiyed sahgat! 

Takde ape nak cakap, cuma nak pesan 'Sayangilah diri anda sendiri'

 
exam week .. dua tiga hari nie rase penat sperti bajak sploh petak sawah.. selsema dan demam baru baik.. tp pening-pening terasa.. risau low blood pressure.. kene pi cek dokter nih.. kang penyakit lame muncul balek.. hujan petang seperti biasa walaupun tak sekerap biasa..

penat..
blur..
malas..
banyak keje..
hilang ingatan..
heartless..

... secara saintifiknya.. selepas makan memang akan ngantuk sebab proses pembakaran makanan memerlukan tenaga yang banyak untuk digest.. so kene makan makanan yang kurang memerlukan tenaga untuk memecahkan makanan kepada tenaga dan haba.. makan nasik salah satunya memerlukan banyak tenagaa untuk proses pembakaran.. (sila abaikan sekiranya fakta melencong)

semalam dia call lagi..
bukan sekali pernah dia melontarkan permintaan itu..
dah banyak kali..
ana sambut dengan gelak dan alasan yang ana rasakan agak logik..
cuba menjaga hatinya..
dalam masa yang sama menjaga hati ana juga..

ana tau akan datang..
bile dia call lagi..
tak mustahil soalan yang sama akan ditanya..
sampai ana ketandusan idea.. nak jawab ape..

mana mungkin ana mengorbankan kehidupan yang telah ana bina..
berdasarkan usaha dan keselesaan sendiri?
lupa daratan? bukan..
ana mencari pengalaman..
tak sedar diri? bukan..
inilah cara yang ana nak..
mementingkan diri sendiri? bukan..
inilah bahagia yang ana cari..

mungkin ana perlu diberi masa lagi..
mencari apa yang ingin ana cari lagi..
sampai masa.. jika ditakdirkan ana kembali ke sana..
maka kembalilah ana if i am not belong here..
maka fahamilah ana..
terimalah caraku..
berdoalah ....


klu ada jodoh tak kemana...

*********************

sesuatu yang kita lakukan tanpa berfikir terlebih dahulu. itulah akhlak. tapi boleh jadi jugak akhlak kita adalah "berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu". jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah, akhlak macam mana yang sedang kita punya. dan tak ada salahnya kita mulakan berakhlak mulia tu, dalam keadaan kena berfikir dahulu, sebab lama2 akan terlazim juga.


Tuhan, jauhi ana dari sifat menyakiti orang lain. baik dari segi kata-kata, perlakuan mahupun diam ...


sometimes i can be hard to understand.. i admit that..
most of the time i can be understand easily..
but i will always keep myself far away from any person who can ruin my mood when i am happy..

so now.. i will increase my mp3's sound volume and concentrate to study.. act like nothing had happen..

im sorry..

kbai..
..tolong doakan tuan blog yg nk exam this sunday. =)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Furkan Doğan (1991–2010)


tragedi Pembunuhan Di Atas Mavi Marmara...

-Kami diserang dan dibunuh hanya kerana… ingin membantu manusia yang dizalimi di Gaza.-


Bismillah..

Ihzimhum...Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berusaha untuk menegakkan syiar Islam. InsyaALlah

Moga Allah tempatkan para-para mujahidin ini bersama para Mukminin wassolehin..
Amin ya Rabbal 'alamin..

Al-Fatihah..



Tidak mungkin ana dapat melupakan tragedi serangan tentera Israel ke atas Mavi Marmara, 31 Mei 2010. Tidak sekali-kali! Wajah-wajah mereka yang dibunuh kejam dan brutal itu tetap segar dalam ingatan, lebih-lebih lagi tatkala melihat gambar susuk Mavi Marmara. Senyuman mereka, kesungguhan mereka, pengorbanan mereka… masyaAllah!

Ingatan seperti itu sering membuatkan air mataku menitis.

Saudara-saudaraku yang mulia — Ibrahim Bilgen, Haydar Bengi Ali, Cevdet Kiliçlar, Çetin Topçuoglu, Necdet Yildirim, Yaldiz Fahri, Songür Cengiz, Akyüz Cengiz, dan Furkan Dogan — insyaAllah bumi Palestin tercinta dan masjid al-Aqsa yang mulia akan menjadi saksi kepada darah yang tertumpah dan jiwa yang terkorban.
Semoga Allah memuliakan kamu semua bersama para syuhada. Semoga Allah memberi kekuatan dan kemuliaan kepada keluarga yang kamu ditinggalkan, orang-orang yang kamu cintai dan yang mencintai kamu.

Dan ana? Ya Allah! Tetapkanlah ana bersama perjuangan mereka dengan penuh ikhlas, sehingga nanti bumi Palestin dan masjid al-Aqsa juga menjadi pembela di hari hisab.
Furkan Doğan (1991–2010), Turkish-American student killed in the Gaza flotilla raid 



































Allahu Rabbi.
Sama-sama kita ambil iktibar,dan tolonglah sahabat-sahabat..
Tolonglah saudara-saudara Islam kita di Palestin sana,dengan apa jua yang kita mampu..
Derma,doa,boikot....!!

Moga Allah memberi balasan baik pada semua,insyaAllah..

Wallahu'alam..
Moga Allah redha tiap taipan ini.. 
amin Yarabbal Alamin...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PMS?


ngantuk sikit-sikit..

malas sikit-sikit..

xde mood sikit-sikit..

rajin sikit-sikit..

ana ok je..  



Makan lagi? Tak sangat kot. Cuba-cuba gak mengelak. Yela kalau orang tak ajak makan pun, kalau perut lapa kene makan gak kan? Tak makan kang menyesal, lari ke batu belah batu bertangkup. Masih lagi fikir bestnya kalau makan-makan dan makan lagi tanpa risau gemuk atau sakit.  Ada sebab kenapa kita diciptakan sebegitu rupa.

'the feeling is much like when you envy the beautiful of a goldfish in an aquarium. You like to see it everyday but you cannot be with the fish because you are not a fish. You took care and feed it so that it stays alive and you can see it again the next day..'


Ana melalui hari-hari yang biasa dimana kepekatan oksigen di dalam darah adalah rendah terutama bahagian otak. Kata Dr. Fadillah Kamsah tadi dalam radio, kekurangan oksigen di dalam darah boleh menyebabkan kemarahan. Sebab tu kalau rase nak marah kene tarik napas dalam-dalam. Kapilari darah dibahagian muka juga mengembang kerana berlaku transaksi impuls berterusan. Liang roma permukaan kulit muka lebih giat merembeskan minyak. Erm.. patutla pompuan PMS suka marah-marah, sebab die kehilangan banyak darah yang beroksigen.

Lately ana rase sangat malas nak berfikir ... Malas nak berfikir hal remeh temeh yang kelak akan membiakkan pelbagai perasaan di dalam hati.

tidurlah lupakanlah saja ana..

Ana sedang menunggu satu keputusan esok. Keputusan yang merupakan titik tolak kepada decisions yang lain.

Lately ana nampak true colours sendiri. Rupanya ana adalah seorang prejudis.

Nampak sangat ana dah malas nak menulis kan?


nak segera menuju ke meja studi...

 kbai..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa Qunut Nazilah


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum ....


Mari kita bacakan doa ini untuk saudara-saudara kita kaum muslimin
dimana saja berada, khususnya yang sedang terkena ancaman,
penganiayaan, dan penindasan musuh-musuh Allah....di syria..dan palestin....


sedikit pengkongsian...


  •  Bacaan Qunut Nazilah boleh dilakukan dalam rakaat terakhir selepas rukuk setiap kali solat.
Doa Qunut Nazilah
Image


Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim,
Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk
mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari Abu Hurairah RA :
"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW
membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal).
Doa Qunut Nazilah dibaca setiap sholat fardhu jahriyah (mahdzab
Hanafi), sedangkan selain madzhab Hanafi, Doa Qunut Nazilah dibaca
setiap kali sholat fardhu.


ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah
dari bahaya.


CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan
Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu
selepas membaca  ..." sami'allahu liman hamidah ..Rabbana lakal hamd "

PRAYS FREE FOR  HANA AL SHALABI !!!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=199903756784585&set=a.133241766784118.27706.133029933471968&type=1&theater


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ekklusip..!



Ally Iskandar dan Farrah Lee...

“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin buat Ally Iskandar dan Farrah Lee... "



hidup semakin kurapted..
hal ini tidak boleh dibiarkan lagik..
berusahalah..


Nanges. Sorang lagi sahabat akan bertukar status. Bukan sembarangan sahabat. Dia adalah hosmet iaitu Cik solehah. Nanges bukan sebab tak dapat ikut die kawen. Tapi sebab dia akan berbahagia. So sedey happy la. Alhamdulillah.

Kamu bile lagi? Kamule.. yang tengah bace ni. Pura-pura plak pi tengok orang lain. ..:P


ana:  nk gamba cam kat ataih ni jugakle nanti.. *senyum maluk3
dia: cecepatle
ana: oh cam lum berjodoh.. huhu
dia: ye latu U_U


Nak ucapkan terima kasih kat die yang sudi jadi hosmet ana walaupun ana dok dalam bilek je. Terima kasih kerana menjadi rakan yang sangat cool...


Oh esok ...masih ada lg 4 lagi paper.. So aktiviti mendonlop ..berfbing..dan sebagainya berhenti buat seketika. Kalau tiada kebizian berapdetla blog ni... tapi untuk belog ku..insya allah ...

Nothing to say. I hate batuk. Uhuk-uhuk..

*banyak dose ni...

noted - seorang teman memberitahu bahawa ana seperti tidak berpijak dibumi yang nyata.. agaknya keadaan berjerebu yang agak teruk menyebabkan ana tidak nampak jelas mana permukaan bumi untuk dipijak.. terima kasih juga kepada dia kerana mengingatkan ana bahaya berada jauh dari permukaan bumi.. kerana dikuatiri hilang terus atau terjatuh sakit menghentam permukaan bumi.. ouch that must be hurt..  

*^_^  perli lah tu.. tapi ada benarnya,, klik nie.. jatuh 

syukran .. syukran kathir my dear !
barakallahu fiik ♥
♥ misss you two three four five six ♥

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Errr...




kalau ana dah malas.. lambat balek nak rajin..

kalau dah takde mood.. nak ade mood balek makan mase yang lame..

self healing ana tak power sangat..

tak perlu ubat pil segala bagai nak boost up tenaga balek..

biaserla bile dah jatuh lambat nak bangun balek..

nak kibas-kibas kotoran yang melekat di baju and seluar dulu..

betulkan urat kaki kot ade yang lari dari paksi..

atau nak kaver malu punyer pasal pura-pura lak duduk bersila..

couldn't careless.. that is the exact words..

ketepikan perasaan dan segala sensitivity..

untuk mengelakkan kehadiran virus yang tidak diingini di kepala....


conclusionnyer ialah...

kenapa ana tak nampak lubang sebesar gerabak tu masa berjalan-jalan tadi??

no signboard .. pun..

mungkin ana ditakdirkan untuk jatuh hari ni... prasangka baik-baik dgn ALLAH...

:)

besok ana takkan lalu dah jalan itu lagi...

kbai jalan... =.=


nota kaki : [nampak comei jah jatuh tadi..] mcj dr seseorang.. alhamdulillah ada juga yang peduli  but kat mana ko masa ana jatuh tadi..?? confius...

.. i am trying harder to fix whatever went wrong with myself.. it works even a lil bit.. have to push a bit more harder.. Allah..Allah.... i've plan a few things to do this weekend.. but unfortunately suddenly 'something' unexpected ruin the mood.. can't tell here.. so i've plan to stay home this weekend.. INSYA ALLAH.. i hope so coz this month seems i've over-budget myself.. plus the blood test really suck my blood.. .. i have to take a very good care of my mental and physical health.. so the best thing to do is get max rest over the weekend..


Kehidupan ini tiada yang menarik untuk diceritakan. Cuma kronologi ketidaksihatan diri yang tak perlu dipanjangkan lagi. Ana? Masih dalam mood ekzeng... Dan baru ana sedar masa semakin singkat dengan singkatnya masa untuk diri sendiri. Tiada catatan harian. Semalam ana buat ape? Ntah..

Kehidupan perlu diteruskan. Masih memandu laju mekdi bila terase nak makan. [even ummi dan abi tak benarkan sangat makan mekdi tuh] Masih macam dulu. Cuma waktu itu semakin lalu. Dan sedang cuba mencari titik perubahan supaya hidup semakin mencabar.

Dia masih bertalipon bertanyakan hal yang sama dan dijawab dengan jawapan yang sama. Entah bila soalan atau jawapan yang akan bertukar. Mungkin ada twist menarik di hujung kisah. Tunggu jek la.


aipp..study dulu la weh!

bersambung..

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ana ke dia yang doktor?




same issue..mudah sangat dapat sore throat nie (kafarah)... 


Doktor: Sakit apa? (sambil memandang ana dengan kosong)
Ana: Sakit tekak (kata ana sambil menunjukkan tekak)
Doktor: Sejak bila?
Ana: Sejak semalam . Saya bangun tidur je rasa macam ada benda kat tekak

(Dia pun mengeluarkan lampu suluh dah sebatang kayu aiskrim. Ana pun nganga tekak)

Doktor: Tekak ada sedikit merah.
Ana: Saya tengok cermin tadi ada nampak putih-putih kat belah kanan
(Dia pun mengeluarkan satu lagi batang aiskrim dan ana nganga lagi)

Doktor: Oh saya tidak perasan ada putih-putih kat situ
Ana: Itu infection
Doktor: Saya bagi you antibiotik yang sangat kuat lah.

(Ana pun keluar)

terfikir2... mungkin doktot tu pun turut tolong pikir sama..

Ana ke dia yang doktor?

O_O


:P


ana mohon..
kesihatan fizikal yang baik.. emosinya juga baik..
ana mohon.. semuanya baik-baik belaka..

okebai-

[Microbiology 12.30pm]

Bittaufeek wannajah!

amin ya rabbal alamin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


dapat call dari Alexandria...


hari ini adalah hari selasa..
satu mejik telah berlaku kepada diri ana..
kerana tidak perlu menampar diri sendiri..

alhamdulillah.. sbb arini ada orang ajak menjoin makan mekdi berjemaah..
berbuka puasa bersama akhwat-akhwat tersinta..
mekdi mana? mana-mana jek la..

tiba-tiba berlaku lagi mejik...

dpt call dari alexandria.. ..

[okey dah tak bape mejik....]

setiap kali dia telefon tanya soalan sama:

apa 'kabar' ?
ok je..

apa perkembangan terbaru?
biase je..

ada apa-apa berita?
kat tv banyak berita

thesis dah siap?
on the way..

tengah buat ape..?
tengah cakap dgn awak ..

kuliah mcmna? rajin2lah g kuliah..
kena tanya lecturerla.. maira student je.. *malaise ke ana..??

hari ni puasa.?
urmm...

kirim salam kat semua  ae...?
insya allah...saya sampaikan...

jangan lupa study...jgn ponteng kuliah.. bla.bla...bla...
urmm,...baiklah...

kat sana dah azan ?
baru habis....

(senyum)

(angguk)

ok..
ye ke?..
ooo..
ermm...
(senyum lagi)
(diam mendengar)
biaserlah tu..

tuning into mode: diam adelah lebih baik daripada berkata-kata (ikut keadaan)
 
assalammualaikum.... jaga diri (bla..bla..bla...)
waalaikumussalam...awak juga...

 
************************

Lepas mendapat lesen "call jer la kalo nak call" dari ummi, terus dia call .. ... Pantas je... 

 mungkin dia lupa or tak tahu ana tgh exam.. *P A T H E T I C Kbai*


nota mimpi-Jarak itu memperbaiki apa yang disebut rindu, pertemuan itu memperbaiki apa yang dinamai ragu. 




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Drosophila, THE-1, L1


كل الشكر ^_^
terima kasih Tuhan atas ujian ini..



~uhibbuka~

musim masalah hati kembali =.=

Y_Y kali nie sangat2 terkena kepada ana
seriyesly tak suka tak sukaaa~


itu la risiko utk berkawan dengan sahabat yang berlainan jantina
kawan cam biasa je pun =.='
tapi kenapa muncul sesuatu yang tak terduga T_T
sesuatu yang melibatkan hati, perasaan dan perghasan!
 mmg sgt unpredictable
:P


dan2 tu juga time exam week
adakah exam week akan mengakibatkan ana begini?
ouh well, exam week mengakibatkan emosi seseorang tak stable..
sem lepas pun,
time yang sama, orang yang sama =.='
X_x
tapi alhamdulillah pastu dah okay.
tapi, muncul kembali~ X_x
tanpa dipanggil tanpa dipinta..


maaf diri,
ana terpaksa jua luah kan disini..
selebihnya tentu padaNYA..
DIA YANG MAHA MENGETAHUI ISI HATI
 :)
Memang sepatutnya dalam doa kita minta diberikan yang terbaik untuk urusan dunia dan juga akhirat. 
Tapi tak salah juga kalau kita 'state kan' permintaan baik kita dekat Allah.
 Dengan Allah takkan nak malu kot? 

Kalau nak minta dia, sebut jelas-jelas nama dia dalam doa .. Doa sungguh-sungguh dari hati. 
Allah tak pernah kedekut nak kabulkan doa dan permintaan kita, 
lagi-lagi orang beriman dan taat 

Beranikan diri, tak payah nak segan sangat sebut nama dia..

^_^ (ana pun akan tolong doakan sekali utk awak)

if not, ana akan makin gle Z_z
dunt worry he might not read this..
really..? but..  kbai.. 

*********

RINDU
hanya ana sorang tahu
ana je yang layak pendam
n takkan ana gtau kat ko
no one knows who is de very2 unluckly person
be strong Humaira!


lawan! jangan layan perasaan >,<

(tajdid niat..)


ingin sekali
Ana jatuh cinta pada kesederhanaan… 
Bawalah ana ke suatu tempat
 di mana
 tidak ada jarak antara ana dan Tuhan…

ya Allah...ya Allah...

Amin Yarabbal Alamin
nota wave- ianya satu fitrah..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bila Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal wanita


kata Ustaz Emran Ahmad. ..

Masalah orang lelaki ialah mereka suka membuat pilihan yang sukar dengan memilih wanita yang susah untuk dinikahi. Nabi Muhammad SAW mencadangkan supaya dinikahi wanita yang mudah (murah belanja,senang dikahwini) kerana disitu barakah. Pilihlah gadis yang menyenangkan, mudah untuk bernikah dengannya. Jimatkan sumber dan modal untuk perjuangan selepas nikah bukan sebelumnya! 

Masya allah.. Ana suka cara tarbiah Ustaz Emran Ahmad .. , ada tegas, ada lembut. Itulah hikmah namanya.

:)

Jom selami hati  Tok Guru bila bercerita pasal wanita.. ..




Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya.

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.
Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.
Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.
'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya.Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.
Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.
Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas.
Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.

'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah.

'Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas.

'Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang.

INDAHNYA BALAGHAH..

Mutiara Kata

"...... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mari mengumpat..


today...
1st paper is EPT english listening..
no komen, cuma ana pekak!!! Y_Y


nak dijadikan cerita,nie cerita pasal arabic paper
sangat haru n menyakitkan hati~
kessian mereka2 nie..
mengikut jadual, exam should start at 11.00am


but, what had happened to them?



pukul 11 patot dah start exam tapi tak masuk dewan lg..
lek2 ni baru mukadimah..
dengan panas nye tp coolz lg


11.00am



15 minit kemudian semua semakin resah.kessian~


11.15am







setengah jam kemudian, mereka semakin resah & gelisah..
semakin ramai yang bersila dilantai..
haish~


11.30am







45 minit kemudian nampaknya kaki dah makin lenguh & makin ramai tdo dilantai X_x
panas dihati semakin membuak..sabar ye kak~


11.45 am


pukul 12 tepat, lecturer baru mintak maaf sebab ada masalah techniqal
mereka2 nie diminta BERSABAR~
sabar la sangat~
- tetibe ada suara-suara menjerit USM MEMANG LEMBAB =.=





dalam kul 12.10 mereka2 nie datang bawak kerusi meja
( upanya masalah kekurangan kerusi )
masya allah!! baru realize kerusi tak ckup?
budak2 nie sedia n rela exam kat lantai kot..







kringg!! pukul 12.20 budak2 nie dipanggil masuk dewan~
fuhhh!! at last...





maka bermula la adegan tolak menolak & perebutan dengan gelojohnya nak jawab paper arab..


kat dalam dewan, setengah jam kemudian, blackout =.=
malang lg mereka nie..
panas & gelap X_x
kessiannn~



ana merupakan sebahagian dari mereka nie..
ana jawab exam dalam keadaan mabuk X_x
pening kot tggu kat luar dengan panas luaran & dalaman nyer lg..
if ada yang kne repeat paper arab ~!@#$^&**(+_)(}|{":?><

dh le masa tunggu tu ana tak leh nak buat apa2 tak bawak bku lgsung..
really wasting time~
dah le nak jawab arab nie main aci hafal jep~

sekian...

doa lebat-lebat -ana exam histology esok, pada jam 200 pm waktu Alex..
* mungkin ada percikan perselisihan di situ, tp buat2 tak nmpk je la, lame2 padamlah tu... huhu


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


unstable feeling..






"Hari ini saya nak berterima kasih kepada ibu saya, yg meminjamkan 'nyawa' dan masa kepada saya untuk melanjutkan phd di Irbid. Doktor memberitahu bahawa ibu saya hanya mampu hidup selama 6 bulan saja kerana menghidap Eisenmenger Complex. Tapi dia hidup sudah lebih dari setahun seperti yg dijangkakan oleh doktor..."

terkesan...

kata dari  seorang sahabat..kini dah bergelar seorang doktor... syukur elhamdulillah...


agak lama ye ana tidak ber-entry soal-soal hati dan perasaan. eh sejak bila pulak kan!


takdelah. rasa kurang ekspresi pulak kat blog sendiri... nak cakap sebenarnya.. pernah tak korang rasa macam life kau miserable, and u're such a mess and all... rasa macam tak best gila.. nak study pun kena bertapa dulu amik mood. cari every single thing that can motivate u to study mcm gambar parents or gambar kasut yang abg korang janji nak hadiahkan kalau result ok, (wth????) pernah? tak pernah? okey, kalau pernah, ana rasa it's time that we realize, bukan kita je yg rasa macam tu. there's someone out there yang turut gudah gulana jugak, for whatsoever reason.


(ana tgh memotivasikan diri sendiri ni sebenarnya)


setiap orang sebenarnya ada difficulty yg perlu ditempuhi masing-masing. mungkin stress with carry mark ke... bad break up ke... kucing mati ke... duit takde ke... bergaduh dengan kawan ke... berebut harta ke...allergic sejuk ke... nervous nak amik result pmr ke... kombinasi mana-mana dua yang dinyatakan ke... we all have difficulties. and what makes it so burdening adalah the fact that kita rasa kita je yang susah. orang lain happy je tengok. tak. semua orang ada kesusahannya sendiri. mungkin bukan sekarang. mungkin kita tak nampak. we're not alone. we're all in this together (oh, sounds so familiar).


jadi. jalan penyelesaiannya senang saja. try as much as you can untuk tidak menjadi difficulty kepada org lain. dan marilah kita sama-sama mendoakan each other that Allah will grant us strength and patience nak menempuhi semua ni. hopefully kita semua akan berjaya mengatasi apa jugak difficulty tersebut...


ok, stay positive. smile. jangan banyak tidur /main FB cam penulis entry ni. ...


akhir kata, apapun yang sedang menghantui minda anda, semoga Allah beri ketenangan yah =) apapun kesusahan yang anda hadapi, semoga Allah berikan kemudahan..

Allah takkan membebani hambanya melainkan sesuai dgn kesanggupannya ..

Kata Imam Syafi'e, tidak ada derita yg berpanjangan dan demikianlah tidak ada gembira yg berpanjangan. Dunia ini tidak kekal selamanya.

must go and study now!
tataa


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Orang yg bersolat belum tentu baik ?





Catatan usrah hujung minggu ~


@raudhatul Ulum..


Bismillahirahmanirrahim....

Orang yg bersolat belum tentu baik.

Sebab.. 

susah mencari manusia yg jujur dalam dunia ini, apatah lagi yg jujur kepada agama.

Kerana itu Allah telah mengingatkan dalam surah al Ma'un, 'celakalah orang-orang yg bersolat.' 

Jadi jangan kecewa apabila kita lihat orang buat jahat/maksiat walaupun bersolat, kerana Allah dah bagi amaran pun. Tetapi solat itu penting untuk menjadikan manusia baik. Maka orang yg baik akan sentiasa menunaikan solat.

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku. (Toha 20:14)

Orang yg bersolat belum tentu baik, tetapi orang bersolat untuk jadi baik. Orang baik yg bersolat atau orang solat yg baik?
Malas dah nak fikir.

Kadang-kadang ana sangat takut melihat masa depan. Tetapi untungnya Allah menjadikan masa depan itu perkara ghaib yg tidak diketahui manusia agar manusia sentiasa bergantung pada-Nya. Manusia yg bergantung pada Allah, Allah akan memeliharanya sebaik mungkin. Jika senang, Allah limpahkan rahmat-Nya. Jika susah, Allah hamparkan kasih-Nya. Keep the faith, said Jon Bon Jovi... :p

************************

Susah amik medik nie..  Setiap malam ana menangis. Tapi kata Tuhan, 'Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.' (al Balad 90:4). Kata Ustaz Khairul, 'orang yg tak merasai susah dalam hidup, dia sebenarnya mati.' Kita mahu senang, tetapi kita tak mahu mati.

Sungguh, kita terkena penyakit wahan (cintakan dunia, takutkan mati).

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.” (Al-Balad : 4). Maksudnya, dia berada di dalam bersusah payah sejak dia dilahirkan. Sejak lahir manusia sudah keluar menangis. Ini pertanda bahwa di dalam hidupnya dia harus menjawab segala macam ujian.

moga tidak tercampak jauh... 

kena usaha agar jadi baik, dan seterusnya berdoa agar Allah terima amalan kita... lain2 kita tak tau la..

wallahualam...


Ketika kamu ada kelemahan, lalu Allah sembunyikan kelemahan itu dan berikan kamu kekuatan. Maka apakah kamu tidak bersyukur. Maka nikmat Tuhanmu yg manakah kamu dustakan? 
(ar Rahman 55:13)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aku menemui Allah, dan aku jatuh cinta.





insyaAllah i will cancel my  trip tis year, so that i can go to Mecca.... I WISH..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


bile nak nikahnyer??


no caption kbai!

"ko bila lagi..aku dah nak masuk dua orang anak dah nie..?"

"(takdaksoalanlenkanaktanyaaku) [dalamhati.]. jodoh takdak lagi..".. sambil senyum [oktipu!]

***********

Apabila ditanya kenapa tidak berusaha maka mereka pun berkata bahawa kami telah berusaha dan sentiasa berdoa serta meminta kepada yang Maha Esa agar kami masing-masing diberikan bidadari dan suami yang tercinta.


Doa itu usaha tetapi ia bukanlah hanya dengan sekadar duduk sahaja menanti si cantik manis datang dan berkata sayalah gadis yang awak doakan selama ini, sayalah penawar hati yang anda sedang nanti-nantikan selama ini. Allah Yang Esa telah mengirimkan saya dari timur ke barat buat bertemu anda untuk diserahkan diri ini sebagai menjawab doa anda di suatu malam pada Jumaat yang lalu.

Oh bukan begitu perjalanan doa…

Doa tidak dimakbulkan tanpa usaha sedang hamba-hamba itu diberikan peluang, kemudahan dan kemampuan untuk mencuba.


Firman Allah SWT kepada Maryam AS,


“Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.” (Maryam : 24-25)


Dalam sarat Maryam (AS) mahu melahirkan anak itu pun Allah tidak terus menjamu Maryam (AS) dengan hidangan dari langit dengan turunnya makanan tanpa perlu digoyangkan pokok kerana Maryam (AS) masih mampu menggerakan tangan dan pertolongan Allah SWT hanya diberikan kepada hamba-Nya dengan kadar selama manusia itu tidak mampu mengusahakannya.


Demikianlah juga firman Allah SWT dalam ayat yang lain yang mengajar kita tentang keperluan usaha dengan maksudnya :


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar-rad : 11)


Doa itu ialah tawakal dan penyerahan serta kepatuhan kepada Allah SWT tetapi usaha itu ialah arahan dan kewajipan sebagai hamba Tuhan. Al-Quran dan As-sunnah itu diturunkan sebagai panduan dan cara untuk berusaha dan beramal di atas dunia.



Menikah Cepat


Siapa yang tidak mahu menikah cepat ? Jika ada maka dia pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan.


Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ianya fitrah dan bahkan ia sudah menjadi sunnah dan kewajipan dalam agama dan masyarakat. Nikah itu dapat membina keperibadian dan membentuk kekeluargaan serta sifat tanggungjawab dalam diri seorang insan untuk terus hidup dengan membela dan mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan generasi masa depan.

kalau suka kat seseorang tu...

Yang pertama, kalau anda terrsuka, ana nasihat anda supaya jangannn melulu dan jangannn terlalu terdesak untuk memberitahu.

Please, Fikir banyak kali dulu. Jangan baru beberapa minggu / bulan anda melihat + memerhati dia, dia post benda-benda agama, benda-benda baik, anda terus tangkap cintan, anda terus sukee sangat-sangat.

Please, jangan melulu.

Jangan terus approach si dia dan kata,

“Saya bla..bla..bla..nak jadikan awak calon isteri saya sebab bla..bla..bla..”

Jangan.

Yang kedua, kalau anda memang CONFIRM yakin mahu jadikan dia calon isteri dan rasa dia memanggg baik.

Please, jangan CARI DIRECT pada dia.

Nasihat ana, ‘Jadilah penstalker yang bijak’.

Cari Family atau Kawan-kawannya.

‘Berkenalan dan risik’ melalui Familynya. Kalau tak pun, kawan-kawannya.

Yang ketiga, Tarik nafas dan Relakslah dulu.

Jangan gopoh-gapah.

Jangan nilai melalui tulisannya semata. Cari alternatif lain jugak.

Yang keempat, JANGAN PUJI si dia.

Jangan directly cakap / message / atau apa saja dengan dia dan kata,

Contoh: “Awak buat hati saya terpaut. Bla…bla…awaklah orang yang saya cari selama ini..blaa..blaa..bla..”

Tak perlu ok. Tak Perlu.

Yang kelima, Bergantung harap dan berdoalah pada Allah. (Sebenarnya ini YANG TERUTAMA).

Sabar dan rancang dengan bijak terpandu dengan iman. Bukan Nafsu.

Syurga Allah itu indah dan ianya tersimpan untuk hamba-hamba yang beriman dan mereka itu sentiasa menjadi ahli syurga sejak di dunia lagi. Ke mana sahaja mereka pergi keberkatan dan kebaikan akan turut mengikuti.

*******************

 Maaf kalau ada silap salah.

Sekadar berkongsi. Untuk manfaat bersama.

Apapun, yang terbaik, carilah ‘dia’ di alam realiti....



‎"Semoga Allah mencintaiku karena aku mencintaimu karena-Nya." 

-HR Abu Dawud-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sayang korang 33 juta kali...


Assalammualaikum...

budi bahasa budaya siapa?

Islam itu biar hidup dalam diri, beserta dengan nilai-nilainya sekali.


jangan hanya pada pakaiannya.
jangan hanya pada namanya.
jangan hanya pada ijazahnya.
jangan hanya pada blognya.


macam ni lah senang katanya; beramal dengan nilai-nilai yang baik itu, semuanya adalah nilai-nilai yang dianjurkan Islam. sebab tu kadang-kadang kita dengar, masyarakat di barat, yang bukan Islam, lebih mengamalkan nilai-nilai Islami berbanding muslim yang tercatat pada kad pengenalannya beragama Islam.


agaknya sebab "budi bahasa budaya kita" nampak too closely-attached kepada budaya dan mungkin jugak bangsa, orang tak berminat nak berbudi bahasa? macamlah agama tak menganjurkan berbudi bahasa ni ye..? baca sirah nabi, biar ambil pengajaran, bagaimana cara berkomunikasi yang dianjurkan. jangan selambeeeee je weh. (ha, sebenanye ni je point ana tengahari rambang  ni)


ana pun bukan baik sangat, sebab tu ana tulis ni, bagi ingat sket kat diri sendiri. jom la kita sama-sama berusaha mengamalkan Islam secara total dan tidak lagi sekerat2. ana lah jugak tu yang sekerat2 tu kan. bila orang kata, yang tak tutup aurat, tak solat lagi baik, lagi ada common sense, lagi bertimbang rasa, lagi berhemat dari yang solat cukup aurat tutup ni, kau jugak yang marah. habis tu, dah yang solat-cukup-aurat-tutup tu yang tak mau beramal dengan nilai-nilai Islam, kita nak marah/salah kan sape??? ha.. jawap cik-cik puan dan tuan-tuan sekalian. yang buka ruang untuk kena hentam tu kita juga, bukannye orang lain..


sekian. Wassalam...

sayang korang 33 juta kali...

oKebai ..

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.