Nur Amalina kini selepas lapan tahun melanjutkan pelajaran di luar negara.






Nur Amalina, pelajar cemerlang 17A1 serta penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 pernah menjadi kontroversi sebelum ini ekoran dari beberapa keping gambar kurang sopan yang dianggapnya sebagai fitnah.

Kini pelajar tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland pertama kali tampil bersama rambur ‘kaler’ dan meluangkan masa kira-kira dua jam berkongsi pengalaman serta tips belajar bersama pelajar Kolej Perubatan Di Raja Perak Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) 25 Disember lalu.

“InsyaALLAH pada satu hari saya akan pulang ke Malaysia dan berkongsi ilmu kepada anak tempatan yang bercita-cita untuk menjadi doktor,” kata Nur Amalina kepada Sinar Harian.

“Ini merupakan kali pertama saya adakan sesi interaksi bersama mahasiswa di negara ini selepas lapan tahun melanjurkan pelajaran di luar negara.

“Tujuan utama saya pulang ke Malaysia adalah untuk memperbaharui visa pelajar. Kebetulan, Pengerusi UniKL RMCP, Datuk Dr Adham Baba tawarkan saya mengadakan sesi ini,” katanya.

Gambar Nur Amalina dan ibunya, Sabariah Hassan bersama pelajar dan pensyarah UniKL RCMP.

***
Notadiri

Allah taala memilih kita melalui wasilah manusia, 
Bila Allah lukiskan sesuatu takdir untuk kita, tiada siapa yang memadamkannya,

Tawakallah dalam setiap perkara,
dalam setiap saat kehidupan.

Doa yang terbaik.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


7 comments

28 Disember 2012 pada 6:12 PG

Masyaallah !

28 Disember 2012 pada 6:44 PG

sedih sangat dgn apa yang jadi pada amalina.. dia menjadi idola kepada pelajar2 sekolah satu masa dulu..

28 Disember 2012 pada 8:47 PG

dah 8 tahun ye, cepat betul masa berlalu :)

28 Disember 2012 pada 10:58 PG

indahnya jika kejayaan akademik sama banyak dengan kejayaan menjaga akidah :)

28 Disember 2012 pada 1:51 PTG

hum dulu lain. sekarang pun lain.

28 Disember 2012 pada 8:52 PTG

Betul.. Doakan yg terbaik aje

30 Disember 2012 pada 4:56 PTG

kenapa 8 tahun ??

bukankah degree medik 5 tahun?

huhuhu

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.