VIDEO: Penjelasan Alasan ustaz kasanova kahwin 11 kali




KAJANG: “Saya nak cari yang terbaik, tapi setiap kali berkahwin saya gagal.” Itu alasan diberikan lelaki berperwatakan alim yang didakwa berkahwin 11 kali ketika disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam.

Kisah Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan Metro Ahad pada 21 Oktober lalu selepas mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais melakukan siasatan sebelum menahannya.


Tangkapan dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.

Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas dua tuduhan iaitu memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.


CERITA...Mohd Razis ketika ditemu bual wartawan.

‘Memang saya kahwin, cerai banyak kali’

Ketika disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan dia berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, namun dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi semua isterinya dengan alasan hanya berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai.



‘Syukur...dia kena tahan’

KUALA LUMPUR: “Syukur kerana dia akhirnya ditahan dan terima kasih kepada Harian Metro dan Metro Ahad kerana mengetengahkan masalah kami hingga membawa kepada penahanannya.”

Demikian kata Achik, 22, seorang daripada isteri Mohd Razis Ismail, 30 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, semalam atas tuduhan memalsukan dokumen untuk bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah. 


Dia berharap, penahanan lelaki itu akan membolehkan keadilan ditegakkan dan nasib semua isteri serta bekas isterinya terbela. 

“Saya juga amat berterima kasih kepada Jais yang mengambil tindakan dengan segera dan aduan kami nampaknya diambil berat pihak berkuasa itu,” katanya.


Seorang lagi isteri Mohd Razis, Naimah Ismail, 24 yang kini mempunyai kes tuntutan fasakh di mahkamah berharap penahanan lelaki itu menghentikan kegiatannya.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 comments

26 Oktober 2012 pada 5:31 PTG

sebenarnya pagi tadi lagi dah datang baca entry ni..tapi xtau nak komen apa..hahaha..sebab mamai lagi kot pagi2..ni kawen cerai sampai 11 kali ni pasaipa? ingat tukaq2 baju ka? grrrr

26 Oktober 2012 pada 5:48 PTG

eh bukan pagi..dalam pukul 3.30 petang kot..hehehe..tido lepas solat jumaat

26 Oktober 2012 pada 7:31 PTG

scary nye ustaz ni -__-

26 Oktober 2012 pada 8:10 PTG

Ya Allah, ampunkanlah dia kerana sesungguhnya dia tak kuat melawan nafsu dan syaitan.. Moga2 masih dibuka jalan hidayah untuknya..

26 Oktober 2012 pada 8:27 PTG

cara paling sempoi utk meratah anak dara...halal!

dan celaka!

28 Oktober 2012 pada 9:07 PG

mana ada manusia ni perfect, terima baik buruk, dan ubah la yg mana buruk tu

Tanpa Nama
29 Oktober 2012 pada 12:36 PG

masalahnya benda ni melibatkan ramai hati manusia yang sakit.. anak2 kecil yang tak berdosa dibiarkan begitu saja tanpa diberi nafkah.. harus diingat! walaupun sudah bercerai, nafkah utk anak2 tetap di bawah tanggungan suami tersebut... kata diri seorang 'ustaz'! tetapi kenapa tidak ditarbiyah isteri, sebaliknya meyakitkan hati isteri gara2 ingin mencari yang solehah????!! 'solehhh' sangattt apa yang kamu lakukan tuu.. nau'uzubillahminzalik.. semoga Allah beri hidayah pada kita dan pada pokcik kasanova ni..

29 Oktober 2012 pada 12:57 PG

@Tanpa Nama wallahualam. memang banyak hati yang dia sakiti. moga allah beri hidayah untuk dia.

Tanpa Nama
6 November 2012 pada 10:46 PTG

alasan nak cari yg terbaik! haram jadu punnya alasan naharom

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.