Suasana pilu iringi ketibaan jenazah pelajar dari Russia



 

PUTRAJAYA — Suasana pilu menyelubungi surau Al-Iman di Presint 9 di sini sebaik ketibaan jenazah pelajar Malaysia, Adzreen Dimyati, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Russia, Ahad lepas.

Anggota keluarga dan jiran serta kenalan mangsa yang mula berkumpul sejak awal lagi di surau tersebut kelihatan sayu sebaik jenazah tiba jam 12.40 malam tadi.


Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai, bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Hanisah Muhd. Shah.

Jenazah Adzreen, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kemudian terus dibawa ke surau tersebut untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini.

Manakala jenazah Hanisah, pelajar tajaan Mara, pula dibawa ke Dungun, Terengganu untuk urusan pengebumian.

Dalam kemalangan tersebut, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van lain.

Kesemua mereka adalah pelajar Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku. — BERNAMA


AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

8 September 2012 pada 9:37 PG

takziah kepada keluarga mangsa.=(

8 September 2012 pada 11:17 PG

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.....

8 September 2012 pada 11:36 PG

Takziah buat keluarga arwah. Dekat je surau ni ngan uma saya. Adik sahabat saya merupakan teman lelaki arwah Hanisah n sedang menuntut di Ireland. Memang arwah seorang yg baik. Tak pernah lupa bawa balik souvenir dari Rusia tiap kali balik Malaysia. Hope family mereka tabah. Al fatihah..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.