Pembaca berita Bertudung Pertama Di Mesir




Mesir : Fatma Nabil menjadi wanita pertama yang bertudung di Mesir menjadi pembaca berita dengan televisyen Channel 1,selepas pihak berkuasa memansuhkan larangan terhadap wanita bertudung daripada membaca berita sejak berdekad-dekad lalu.

Dia muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung berwarna kuning cair dan mula membaca berita semalam.

Keadaan ini sekali gus menunjukkan perubahan dalam pemerintahan di negara itu selepas tumbangnya bekas Presiden Hosni Mubarak.

Bagi stesyen televisyen di negeri-negeri yang masih mengekalkan polisi yang sama pula, tindakan saman telah diambil oleh pembaca berita, dan mereka berjaya menang dalam proses tersebut.

Dalam pada itu, seorang pegawai di sebuah stesyen televisyen, Mohammed Fathi berkata, penampilan Fatma akan memberikan galakan kepada wanita lain yang bertudung untuk menceburi bidang penyiaran.

Sebelum ini, wanita terbabit tidak dapat membaca berita dengan memakai tudung kerana bimbang kehilangan pekerjaan.

Perubahan itu berlaku selepas rejim Hosni ditumbangkan oleh Presiden Mohamed Mursi.

“Akhirnya revolusi telah menunjukkan perubahan,’’ kata Fatma kepada akhbar harian Ikhwanul Muslimin .

Selain Fatma, empat lagi penyampai berita bertudung telah mendapat kebenaran untuk muncul di kaca televisyen dengan seorang di Channel 1 manakala tiga lagi di Nile News.

Pembaca kelima, yang juga bekerja di Nile News, kini telah menghantar permohonan untuk menjadi penyampai berita selepas memakai tudung baru-baru ini. – MyNewsHub


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

3 September 2012 pada 6:35 PTG

Alhamdulillah :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.