owh..patutla awak suka nangis...


7 Kebaikan Menangis Kepada Kita

 

Siapa suka menangis?Siapa kata menangis tak berguna?Setiap yang dicipta oleh tuhan ada kelebihannya!Jadi mari kita tengok apa kelebihan menangis!

7 Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis...huuu..

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.



Namun, menangis itu merupakan anugerah dan terapi yang berkesan menurut agama Islam dan kajian perubatan.

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

Menangis itu merupakan pelajaran terpenting dalam Islam sebagai Muslim untuk bermuhasabah diri dan mengingatkan diri dengan segala seksaan yang Allah turunkan. Maka bagi setiap diri yang bergelar hamba, wajarlah bagi kita semua meluangkan waktu untuk menangis. Jikalau belum mampu untuk menangis, belajarlah untuk menangis, atau bermulalah dengan berpura-pura menangis.



Tidak dinafikan, para Nabi dan Rasul serta para sahabat di zaman mereka sering menjadikan tangisan sebagai perhiasan dalam solat-solat, doa-doa dan zikir-zikir mereka kerana takutkan kepada Allah SWT.


Oleh itu, tidak salah untuk manusia menggunakan tangisan sebagai salah satu cara untuk menghadapi sesuatu perkara tidak kiralah perkara yang sedih mahu pun gembira. Seharusnya kita menggunakan anugerah yang Tuhan berikan supaya dapat memberikan kebaikan kepada diri kita. Insyallah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

14 Jun 2012 pada 3:32 PTG

eh2..mcm tau2 je saya baru lepas nangis..suka2 entry ni..

14 Jun 2012 pada 4:13 PTG

saya ah tu.. asik nak nages je... hehe

14 Jun 2012 pada 4:21 PTG

alamak saya ni jenis susah nangis. jarang lah dapat kelebihan kelebihan ni :)

14 Jun 2012 pada 4:28 PTG

perempuan senang menangis..huhu~

14 Jun 2012 pada 4:41 PTG

Betul2. Memang bagus bila kita menangis ni. Cuma jangan menangis tak henti2 sudah. haha :D

14 Jun 2012 pada 4:52 PTG

nice info :)

14 Jun 2012 pada 5:09 PTG

Memang rasa lega sangat nangis untuk lepaskan tension.. Berkesan... Hati kita pun tak rasa pedih..

14 Jun 2012 pada 5:10 PTG

tengkiu kasi info ni :)/

14 Jun 2012 pada 11:41 PTG

menarik..HATI MANUSIA ALLAH YANG PEGANG..ap yg terjd ad hikmahnya...

15 Jun 2012 pada 1:33 PG

dh lame x menangis :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.