kalian sedar tak?





Hari ini belajar sesuatu yang berharga, sangat berharga..


"humaira kenapa tak sebut satu..satu.. naaa...taaa.. zaaa... ini laju ja sebut..."

syeikh bersuara tinggi.

"Arghhh..paaayaaah.."

Ana pun dah mula banyak songeh.

"Lidah kamu malizi.. ini arabi.. baca quran dalam arabi..."

Suara Syeikhah semakin meninggi. Ana tarik muka.

"22 tahun syeikhaaaah.. saya dalam malizi ja bacaaa..."

[banyak alasan]

"Adi laaa.. tadrib ahsan.. kamu nak ambik hafazan quran bersanad... kena baca macam Rasulullah..lidah kena Arabi..bukan malizi... Rasulullah baca quran bukan macam ni..."

Glurrrppp...

--------------------------------------------------------------------
Menarik nafas panjang. Tersentap di hati.

Sanad?
Rasulullah?

Ya. Selama ana hidup, baca quran di Malaysia tanpa makhraj yang betul. Sepatutnya baca al quran dalam arabi...

Sedihnya dengan diri.

Syukur Allah hantar ana ke sini. Masih punya kesempatan untuk memperbetulkan.

Kalian? Masih sedar atau belum yang selama ini kita baca al quran silap makhrajnya?

Allah...

Mood : Nak baca quran betul-betul. Kerana dialah syafaatku di akhirat kelak. amin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.