berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?





jangan membuat sebarang spekulasi..dalam entry ana yg lepas UMI SAYA NAK KAHWIN ana cuma terfikir waktu baca artikel Us Pahrol..

Dalam kita mengharapkan orang yang baik2 untuk menjadi pasangan hidup kita, alangkah bagusnya kita sendiri menyuluh diri kita sendiri. Adakah kita cukup baik untuk orang2 yang baik.. 

Hadith Nabi ada menyatakan membina sebuah perkahwinan itu ibarat menyempurnakan separuh dari agama. Jelas di sini perkara itu sangat besar, jadi dalam perjalanan ke arah itu, alangkah baik jika kita berusaha memperbaiki diri sebelum melangkah kaki ke pintu penyempurnaan separuh agama itu. 
Kita nak separuh itu tersempurna dengan baik, bukan separuh jadi suku atau less than separuh. Langkah untuk memperbaiki diri bukan berlaku 2 3 bulan sebelum perkahwinan tapi ia bermula sejak kita dilahirkan sehingga saat malaikat maut mencabut nyawa kita.. 

Semoga kita terus istiqamah dalam mengislah diri kita.InsyaALLAH.. Kerana seorang mukmin itu, hari ini adalah lebih baik dari semalam dan esok adalah lebih baik dari semalam...
dan sesaje nak perbesarkan isu nie .nak tanya sket berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.



"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.



Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.



Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.



Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


5 comments

4 Mei 2012 pada 9:54 PTG

hello gadis pipi merah . nak tahu camna buat header headline sila rujuk sini http://farisqblog.blogspot.com/2011/12/tutorial-cara-letak-headline-news.html

5 Mei 2012 pada 1:34 PG

Bahagialah rumah tangga jika suami dpt memimpin dgn baik ke jln yg diredhai Allah swt

5 Mei 2012 pada 3:25 PTG

bahtera rumahtangga akan berseri jika si suami dpt mengawal layar bahtera dgn baik.menjadi imam dlm solat sungguh bermakna buat si isteri. =)

5 Mei 2012 pada 5:54 PTG

terima kasih amer.. :)

1 Disember 2013 pada 11:40 PTG

Thats right cik si pipi merahh.. lelaki pun harus+wajib belajar menjadi imam..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.