awak..awak....awak...kalau satu hari kan awak


Kalau suatu hari awak menangis, bagitahu saya.. Saya tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh menangis bersama awak :')

Kalau suatu hari awak ada masalah, awak bagitahu saya.. Saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya :)

Kalau suatu hari awak nak pergi berjalan, bagitahu saya.. Saya tak janji saya boleh selalu teman awak tapi saya akan cuba agar selalu boleh teman awak :')

Kalau suatu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji saya akan ada untuk awak :')

Tapi.. Kalau suatu hari awak perlukan saya dan saya tiada, mungkin kerana Allah lebih menyayangi saya..




Ingatan buat diri dan sahabat2 terSAYANG ♥♥♥


Sebagai renungan kita bersama.
Jom hayati kata kata ini.
Jagalah tutur katamu kpd ibu bapa,
dirimu ditatang dan dimanja
Fikirkan berapa nilai kasih dan harta mereka,
Yang diberikan kpdmu tanpa mengharapkan balasan jasa,
Hanya mereka inginkan kamu menjadi insan berjaya,
Taat kpd Allah dan Rasul-Nya,
Mengharapkan doamu di kala mereka tiada di dunia,
Agar mereka terlepas azab yg menyeksa.

Salam kasih sayang utk semua...

nota hati :Insya allah Abi..kita jumpa di syurga nanti ya....



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.