buat pembaca anonymous,..


 

buat pembaca anonymous, perlukah saya disable kan anonymity supaya lebih jelas lagi bagaimana saya harus membalas komen kalian?




"sama je nampak dalam blog

kalau orang berikhtilat di FB tapi kamu berikhtilat di blog

tidak percaya? lihat semula komen-komen yang pernah kamu balas.." - anonymous



senyum.

dan saya percaya. lantas saya teliti semula komen-komen yang pernah saya balas.

senyum lagi.

senyuman saya makin lebar.

saya baca walaupun tidaklah sehingga post tahun-tahun lepas. musykil sungguh. baru saya perasan, kebanyakan yang meninggalkan komen pada post saya adalah anonymous. yang saya sendiri tidak tahu ber chromosome XX atau XY. dan cara saya membalas komen dikatakan ikhtilat oleh miss(?) anonymous. macam mana dia tahu lelaki perempuan si anons yang mengomen tu ya?

senyum lagi.

 saya teliti lagi balasan komen saya kepada mereka yang ber ID blogger yang lebih mudah saya kenal berchromosome apa. dan fikir-fikir semula, saya akui ada beberapa orang anonymous yang bukan terlalu anon. yang saya (rasa-rasa) macam tahu siapa tapi tidaklah secara yakinnya.

saya hanya mampu meleretkan senyuman.

baiklah miss(?) anonymous. mungkinlah bagi kamu, cara saya membalas komen itu terlampau mesra dan tanpa keperluan (that's how i define ikhtilat). terima kasih untuk teguran yang membuatkan saya berhenti sejenak, memandang ke belakang.

mungkinlah, tanpa saya sedar, saya diuji dengan kata-kata.

mungkinlah, kamu adalah wasilah dari Allah, menegur supaya saya seiringkan kata-kata dengan perbuatan.

untuk itu, terima kasih~
=)


saya bukan sempurna~

pada saya, saya cuma ingin kita sama-sama selami apa professionalism dalam muamalat dan apa kadar-kadarnya. tulisan saya bukan untuk pembaca menilai diri saya melainkan sekadar perkongsian untuk kita ambil iktibar.

dan jika kamu juga seorang penulis blog, kamu pasti tahu yang tulisan-tulisan ini jika dibaca kembali, akan menasihati diri sendiri. maka tulisan saya adalah nasihat kepada diri saya yang mungkin suatu hari nanti terlupa dengan apa yang pernah saya bicarakan.

kadang seorang penulis di dunia realiti berbeza dengan dia di dunia penulisan. dan ya, manusia merasa mengenal manusia dengan kata-kata. seperti mungkin kamu rasa mengenali saya melalui kata-kata yang saya nukilkan.

kerana dalam belajar saya mengenal manusia, saya cuba menghargai tulus halus sebuah jiwa~

dalam usaha membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, isu ikhtilat takkan mampu disifarkan. tetapi mampu dikurangkan dengan kadar-kadar professionalism dalam muamalat.

saya meletakkan kadar-kadar ini dalam muamalat saya. kamu pula bagaimana?


=)


nota hati- buat kamu miss(?) anonymous, jika kamu seorang perempuan, senyuman itu tanda keterbukaan hati saya menerima teguran. jika kamu seorang lelaki, saya harap post khas untuk kamu bukanlah didefinisikan sebagai ikhtilat. ini sekadar sebuah pencerahan tentang apa yang saya pegang. supaya hati kita sama-sama bersih dari sebarang prasangka. 

fi amaanillah~




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 comments

30 April 2012 pada 10:21 PTG

nk tgk ade x komen anonymous lg..haha

tanpa nama ke? silakan2 c(:

30 April 2012 pada 11:32 PTG

banyak anonymous..tak ingat yang mana.. :)

Tanpa Nama
2 Mei 2012 pada 3:31 PTG

Assalammualaikum, ku dah baca blog "u*bre**a" dibawah tajuk "professionalism dalam muamalat" 2011/10/03.

Kita telah mengambil pengajaran dari pengalaman orang lain.

yang menegur adalah baik
yang ditegur juga adalah baik
inilah komuniti positif..

ku harap ku dalam kumpulan anonymous yang dikatakan oleh blogger "u*bre**a" sebagai:

-"...ada juga seperti anonymous, yang turut mengalami situasi dan berkongsi pemikiran yang sama. lantas dizahirkan sebagai satu sokongan..."

yang penting ku 'berkongsi' bukan kerana ingin'berikhtilat'. ku berkongsi kerana ku suka 'tempat' ini. bagaikan semua yang baik2 berkumpul di sini. ku suka manusia yang sentiasa 'menyedarkan diri sendiri'.tak kira apakah jantina kamu...cukup bagiku kamu ada...

I.Y.

Tanpa Nama
2 Mei 2012 pada 3:49 PTG

Ku tak sedar ku anynomous dalam anynomous..jika 'disable anonymity' menyelesaikan masalah kamu, silakan...yang penting mesej perjuangan kamu untuk para muslimah terus disebarkan...
I.Y.

2 Mei 2012 pada 7:41 PTG

waalaikumussalam....sejujurnya ana mengagumi penulisan beliau... banyak persamaan antara kami...menjdkan setiap baris ayat muslimah seperti diri nya begitu kena dgn hati dan fikiran ana..subhanallah.... maaf sekiranya ada hati yang terusik...khilaf dr diri ana hamba yg dhaif ...

2 Mei 2012 pada 7:47 PTG

wahai I.Y yg misteri..."Seorang mukmin itu pandai, cerdik, waspada, hati-hati, teguh, pemberani, tidak tergesa-gesa, berilmu dan sederhana dalam hidupnya." (HR al-Dailami)

insya allah... ^^,)Sama-sama belajar dan memahami apa yang tersirat dan tersurat...

Tanpa Nama
3 Mei 2012 pada 9:33 PG

Assalamualaikum. :)
sama-sama
Dengan Izin Allah...

Pandai: pandai membuat keputusan disaat ujian Allah datang tiba2.

cerdik: hidup tak tersisa kerana ingat mati

waspada: sentiasa fikir tindakan kita Allah suka atau tidak..

hati-hati: agar pekerjaan kita yang baik tak terselit kemaksiatan..

teguh: Yakin no 1!, Allah itu satu, Muhammad pesuruh Allah..maka syirik tak dapat mengusik kita...

pemberani: Tak takut dihina manusia. hanya Allah yang berhak menghina dan memulia(jangan hidup atas pendapat manusia).
tak takut mati walau telur dah jatuh dari hujung tanduk, allah kata belum ajal maka ada lagi hayat kita.. (insyaAllah)

tidak tergesa-gesa: Allah maha mencukupkan. Allah cukupkan masa. cukupkan rezeki. cukupkan kesihatan.allah cukupkan segala-galanya. orang yang tergesa-gesa ada penyakit "takut tidak cukup dan takut tidak sempat" dan penyakit tak yakin rezeki Allah..

berilmu: setelah berjaya menemui kebenaran (tuhannya dan rasulnya) seseorang perlukan ilmu "bagaimana seharusnya dia hidup". itulah sunnah. itulah islam (cara hidup)

sederhana: sekali lagi... allah maha mencukupkan. bagi yang mengelak dari bergaya dan bermewah sesungguhnya mereka sedang membersihkan hati mereka dari penyakit hati (riak, ujub, dan zina hati)..

kita sedar kita bukan orang seperti ini. tapi kita usaha kearah ini. selemah2 iman di akhir zaman..

p/s: maaf, ku tak bermaksud membuat tafsiran ayat ini.huraian di atas hanya pemahamanku sendiri krn ku belum temui tafsirannya...dan sedang mencari..

I.Y.

Tanpa Nama
5 Mei 2012 pada 11:27 PG

Assalamualaikum.
Ku 'tanpa nama' yang bertanda I.Y.
Dalam beberapa hari ni ku dapat baca entri kamu tahun yang lepas-lepas. Baru ku tahu, ramai "tanpa nama". Ku hanya nak bagitahu, ku baru mengambil perkembangan blog kamu bermula tarikh 12.4.12 (perihal syria).
ku yang suka menulis panjang2.
ku tak pernah memuji kamu tanpa sebarang ayat yang panjang.
ku tak pernah meletakkan senyuman semata-mata, tanpa ayat yang panjang.
ku tak suka letakkan senyuman tanpa keperluan.
ku tak mahu kamu sangka ku "orang itu" yang sentiasa memuji kamu tanpa keperluan.
ku mahu ikhlaskan diri berkongsi pendapat
ku mahu ikhlaskan diri meraikan perjuangan kamu
maka ini teks terakhir dari ku.
ku tak akan menulis lagi.
ku ingin ikhlas dari jauh. doakan kamu.
I.Y= Ibnu Yusuf.
:)

5 Mei 2012 pada 3:18 PTG

Jgn..puji pujian ny bley mnimbulkn rsa riak..walhal kta cma insan yg jahil..hnya Allah yg lbeh mngetahui sesuatu...^__^..
lakukan lah yang terbaik untuk diri akhi IBNU yusuf..maaf dan halalkan segala ilmu yang diberikan pada ana...:)kita redha je utk menerima segalanya.. segalanya di tangan-Nya..adanya Dia di atas segalanya.. Yang baik atau yang buruk, adalah ujian supaya kita menjadi insan yang lebih baik. ^^,) InsyaAllah.Apa yang Rasulullah ajarkan adalah menyampaikan dan memberi peringatan. Apa yang perlu kita smpikan adalah, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan mengingatkan mereka yang azab Allah amatlah keras bg mereka yang berpaling dari agama Allah yang benar. Itu pun dah cukup... :) jika tidak,... kita pun sama sahaja dgn mereka itu (penghina/pengeji)... "Ambillah tauladan dari kisah Nabi, yang mana, bila Rasulullah dilempar dgn batu, adakah Rasulullah melemparkan batu semula?" fikirkan bagi yang mahu berfikir... :)

5 Mei 2012 pada 3:25 PTG

waalaikumussalam....Bila hati kita cenderung kepada selain dari Allah,
Maka kita akan lebih cenderung ke arah kesesatan...
Dan janganlah mempersoalkan orang lain,atau kisah silamnya..Manusia lazimnya tidak pernah terlepas dari menzalimi dirinya sendiri... hmmm...

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.