Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal



 


Ya Allah, Benarkah Dia Untuk Ku?????

” Tentang CINTA….Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya” - Pahrol Mohd Juoi


hati ini berdebar-debar…semakin diingat tentang itu…hati semakin tidak tenteram…ya Allah apa yang berlaku ini?

————–

pagi itu, Auni bersiap-siap seperti biasa untuk ke kuliah…jam hampir menunjukkan jam 9 pagi…ayamak! dia terlewat…jeritan dari sahabatnya seketika tadi menyedarkan lamunannya…ya Allah!

kuliah pagi ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dia dan sahabatnya, Arissa tiba tepat pada masanya. Langkahan kaki ke tempat duduknya telah menarik minat seorang insan di hujung kelas. Sudah lama dia memerhatikan gerak geri Auni yang penuh dengan kelembutan, malah cukup berdedikasi di dalam kelas. Adakah dia sudah berpunya? Persoalan itu kerap bermain di mindanya. Mahu mendekati Auni? Tidak! Itu bukan dirinya… Nantilah dahulu, getus hatinya lagi.

————————-

Program motivasi yang dianjurkan oleh salah sebuah persatuan di kolejnya menarik minatnya untuk hadir. Sekali lagi, hati lelaki itu berdebar-debar. Entah kenapa dirinya sendiri kurang pasti. Setibanya dia di situ, baru dia mengerti kenapa hatinya tidak tenteram. Auni! Ya, gadis yang telah menambat hatinya turut ada di situ. Malah, dia merupakan salah seorang insan yang terlibat di dalam program tersebut. Malam itu, dia bersujud kepada Allah memohon petunjuk. Istikharahnya beberapa malam ini jelas menunjukkan gadis itu. Namun, dia sendiri tidak yakin. Ya Allah, benarkah dia untukku? Benarkah dia insan yang telah dipilih oleh-Mu untuk diriku? Dalam sujudnya, lelaki itu memohon agar diberikan petunjuk.

————————————-

Di dalam diam, sebenarnya gadis itu turut menyimpan perasaan yang sama. Malah, gadis itu turut melakukan solat istikharah di malam hari meminta petunjuk dari Allah. Benar, wajah lelaki itu yang muncul di dalam mimpinya. Ya Allah, benarkah dia untukku? Benarkah dia pilihan dari-Mu?

————————————-

Subhanallah… Apabila niat yang baik, doa yang baik dari insan yang baik…pasti Allah akan memakbulkan permintaan hamba-Nya. Alhamdulillah akhirnya, Auni & Azrai disatukan di dalam satu walimah yang cukup sederhana tapi cukup bermakna bagi mereka. Masakan tidak, masing-masing tidak menjangkakannya. Namun, benarlah, jodoh itu telah pun Allah tentukan di Luh Mahfuz lagi. Moga tautan cinta yang mereka bina ini kekal hingga ke syurga… Benarlah untuk mendapatkan yang solehah, diri sendiri perlu berubah menjadi soleh. Yakin dengan janji Allah, apabila kita berusaha untuk menjadi yang terbaik, Allah juga akan berikan yang terbaik untuk kita.


Itu hanya bingkisan kisah yang sempat dikongsikan. Buat sahabat-sahabat yang masih tertanya-tanya adakah dia untukku?…yakinlah dengan janji Allah. Jodoh setiap insan telah pun ditetapkan. Cuma cepat atau lambat sahaja. Baiklah, nasihat pada sahabat-sahabat yang belum lagi bertemu jodoh:

- Mulalah berdoa dari sekarang. Jangan sesekali berputus asa apabila telah lama berdoa. Yakinlah Allah pasti mendengar doa dari hamba-Nya yang ikhlas.

- Jadilah insan yang baik. Yakinlah, bila kita dah berupaya menjadi insan yang baik, kita akan dapat yang terbaik.

- Pilihlah insan yang bertanggungjawab & amanah.

YA ALLAH! BENARKAH DIA UNTUKKU?

″Bila kita memang dijodohkan. Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya .″Ya Allah, Ajarkan kami mencintai dgn sederhana, Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,Ya Allah, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, Aku mencintainya kerana-Mu, Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah..

Antara doa-doa yang boleh diamalkan oleh mereka yang menginginkan jodoh:

- Surah Al-Mukminun ( ayat 29) : Doa mendapat keluarga yang baik

- Surah Al-Anbiya ( ayat 89) : Doa memohon agar tidak berseorang diri

- Surah Toha ( ayat 131-132) : Doa berkaitan dengan rezeki

” …Yang penting bukan siapa pasanganmu semasa kau nikahinya tetapi siapa dia setelah menikah denganmu…

Jadi, janji Allah bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju Syurga… “


″Bila kita memang dijodohkan. Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan tiada hasilnya 

″Ya Allah, Ajarkan kami mencintai dgn sederhana, Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,Ya Allah, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, Aku mencintainya kerana-Mu, Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah..

bilakah saatnya???...sbar menanti pasti manis akhirnya,insyaallah :)

p/s: Kalau Allah izinkan…sejauh mana kita terpisah…selama mana kita menyepi….INSYA ALLAH….kita akan disatukan

-ALEXANDRIA, city of Egypt


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 comments

19 April 2012 pada 6:05 PTG

kalau benar dia memang tercipta untukku, relaku menjadi miliknya

Tanpa Nama
20 April 2012 pada 9:59 PG

Satu hari ku jadi tenang bila Allah memahamikan ku begini...

bertenanglah kepada si miskin. sungguhpun kamu telah lelah berdoa utk kaya, namun Allah tak lagi makbulkan doamu. bukan Allah tak sayang. Allah sayang lagi maha tahu. Allah akan beri kamu kaya bila,..kamu dah cukup taqwa dan mampu menguruskan harta itu dengan haq. sekiranya kamu mendapat kekayaan sekarang, kamu (yang tanpa taqwa) nescaya akan ditelan hartamu sendiri..Allah sayang kamu..

Lagi, wahai yang sedang kesunyian. Allah belum menemukan kamu dengan jodohmu bukan kerana Allah tak sayang kamu (walau kamu dah banyak berdoa..)
Allah pasti temukan kamu dengan jodohmu bila...kamu dah cukup taqwa dan kuat memimpin keluargamu..Allah tak beri sekarang kerana nescaya kamu yang tanpa taqwa akan menghancurkan keluargamu sendiri...Allah sayang kamu...

Samalah pemimpin, belum masa kamu memimpin jika taqwamu tiada...

kesimpulannya carilah cinta Allah dengan seluruh nyawa kamu, kelak seluruh cinta yang bersembunyi melata dimuka bumi akan mencari dan mencintai kamu...

20 April 2012 pada 3:47 PTG

Nice entry Lin.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.