".....Pelihara daku dari kemurkaanMu...."


tentera yahudi laknatullah menembak jasad si ibu, langsung menembus ke jasad janin yang
belum sempat melihat dunia.

Assalammualaikum...


"sahabat tidak lengkap, sahibah pun tidak lengkap...tetapi gabungan kedua-duanya akan saling melengkapi...antara siang dan malam,tidak ada yang lebih baik..malah kedua-duanya perlu untuk kehidupan..tidak ada salah satu, rosak kehidupan di alam ini..

setiap orang itu ada packagenya...kuat di satu sisi,lemah di sisi yang lain..terima seseorang mesti dengan packagenya skali..takkan nak terima sisinya yg kuat sahaja, yang lemah-lemah tu nak campak kat mana..bahagian itulah nak tarbiyah kita sebenarnya..nak tingkatkan kita..sebab itulah Allah swt yang akan menyusun untuk kita kerana Dia sahaja yang paling tahu siapa yang terbaik untuk kita..insyaAllah"



Jawapan ummi yang begitu berhikmah.



Jujur. Untuk membina masyarakat muslim dari pembentukan Baitul Muslim yang jelas itu bukan mudah. Keyakinan pada Allah perlu sentiasa maksima. Yakin bahawa Allah telah susunkan yang terbaik. Terbaik pada pandangan Allah mustahil sama dengan terbaik pada pandangan mata kita.



Dan saya perlu belajar untuk menjadi pelengkap itu.


nota kaki:

-sekali lagi, post ini ditulis bukan kerana saya telah memikirkan ke arah itu, tetapi baru belajar untuk melangkah.

-orang pelik kenapa saya begitu takut, mungkin kerana pengalaman yang telah saya lihat tidak indah. Justeru, membuatkan saya berfikir banyak.

-Semoga Allah redha dengan kita.




Apa yang tidak menyelesakan saya, saya akan perhati dan nilai untuk saya tolak ke tepi. Apa-apa yang membuatkan saya terhibur dan senang, akan saya aplikasikan agar komunikasi saya dengan manusia juga akan menyenangkan mereka.

Saya Tidak Suka Arahan.

Jujur. Saya tidak suka kepada sebuah arahan.
"Lynn buat ini".
"Lynn, buat itu".
"Lynn, ambil itu".

Mengapa begitu susah untuk kita meletakkan diawalnya, 'BOLEH TOLONG'?.
" Lynn , boleh tolong buat ini?"
"Lynn , boleh tolong buatkan itu?".
atau " Lynn , ambilkan itu boleh?".

Bukankah dengan meletakkan 'boleh tolong', maka sesuatu ayat itu akan menjadi lebih cantik? Manusia juga tidak akan melihatnya sebagai satu suruhan seorang tuan yang perlu dipatuhi tetapi sebagai permintaan tolong dari seorang sahabat.

Dan apakah juga sesuatu yang menyukarkan untuk kita menghabiskan permintaan tersebut dengan ucapan 'TERIMA KASIH' atau lebih baik dengan doa-doa kebaikan?

Susahkah menamatkannya dengan tambahan,
"jazakillahukhairan katsira".
"Allah yujziki kheir".
"Allah yu3tiki 3afiah". dan sebagainya.

Sesuatu yang saya suka terikut-ikut dengan budaya arab , ialah mereka suka mendoakan. Saling. Sehingga saya merasakan betapa budaya ini melimpahkan rahmat kebaikan.

Mengapa tidak kita mulakan dan amalkan juga?

Saya Percaya Awak.

Antara lain yang membuatkan saya bahagia ialah perkataan, "SAYA PERCAYA AWAK". Ringkas. Pendek. Mudah. Tapi natijahnya mententeramkan jiwa.

Setiap kali berurusan dengan sahabat-sahabat ajk, (bahagian akhawat), selepas berbincang berkongsi idea, saya senang menghiburkan mereka dengan ayat ini. Kerana saya juga akan terhibur jika ada manusia lain meletakkan kepercayaan da keyakinan pada diri saya.

Jika kita perasan, masyarakat kita (especially Melayu) sangat susah untuk melihat mereka yang suka memberi penghargaan, tetapi sangat malah terlalu mudah untuk menghukum.

Bukankah lebih baik kita menghargai setiap apa yang telah dilakukan hatta bagi seorang anak kecil? Jika dia melakukan kesalahan, tidak salah untuk membetulkan tetapi pasti berbeza perasaan mereka jika di awalnya kita telah memberi komentar yang baik dengan menghargai usaha dan idea mereka.

Dan saya perasan, ketua saya pun sejak akhir-akhir ini sudah pandai menggunakan ayat ini. Suatu peningkatan. ^^.

Skill Komunikasi Itu Penting.
Pada saya dan hakikat itu sendiri, skill komunikasi itu sangat penting dalam mu3amalah kita sesama manusia. Kerana manusia itu bukan robot atau kayu. Mereka punya perasaan dan jiwa yang mudah tersentuh dengan kekasaran mahupun kasih sayang.

Justeru, mengapa kita tidak mencuit hati mereka dengan rasa sayang itu?. Apatah lagi bagi mereka 3amiliin Islam yang akan atau sedang turun ke dalam masyarakat.

Dakwah dan Cinta itu mustahil dapat dipisahkan..


Nota Kaki:
-Saya juga aneh mengapa kamu tidak silap. Dalam ramai-ramai itu, mengapa kamu?
-Semoga Allah hadiahkan keberanian jika itu memang yang terbaik.




nota kaki:
- semoga semangat untuk belajar datang dan dapat bersahabat dengan saya dalam tempoh 2 minggu ini.

-semakin saya mengenali manusia, semakin saya jumpa perkara yang aneh-aneh. Antara yang paling aneh saya jumpa dan baru dapat tahu ialah orang lelaki yang suka bergossip. Pelik dan ganjil. Ok. dengan kata lain, sangat buruk.

Sedangkan sesama perempuan yang suka bergossip pun nampak buruk, apatah lagi lelaki.

-saya juga manusia yang ada jatuh dan bangunnya, kerana fitrah tarbiyah itu sendiri bukan untuk orang yang sempurna, tetapi yang mahu menjadi sempurna dalam pandangan Allah.

Pernah terfikir untuk mencampak segala expectation manusia yang selalunya tinggi, pernah juga terfikir untuk lari dan menjadi manusia biasa yang bekerja di belakang tabir, tanpa sesiapa nampak dan tahu, menjadi diri sendiri malah boleh menyukai apa yang disukai tanpa ada orang yang mengambil tahu.

Namun bukankah aturan Allah itu unik? Dan saya memang ditarbiyah dengan cara itu dari dulu. Ditarbiyah untuk sedar bahawa diri menjadi contoh. Meski hakikatnya bergelar seorang muslim itu sendiri adalah qudwah hasanah buat alam, tetapi mungkin bagi saya yang degil ini perlu tarbiyah yang lebih tinggi. Mungkin.

-Saya perasan satu. Sejak akhir-akhir ini, Ummi concern (baca: terlalu) akan masa depan saya. Sebak saat bonda berkongsi doa-doanya untuk saya, mungkin kerana hanya saya anak perempuannya yang tinggal dan pastilah bonda mahukan yang terbaik sama.

Setiap kali perbualan dalam telefon, tidak akan lari dari perkara itu.

Senyum. Hanya itu yang mampu. Kerana saya bukan adik dan jalan cerita kami sudah pasti tidak sama...


mood;ada genang dalam mata.

dah isyak..okebai..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.