P A R A S I T



 bismillahirahmanirrahim......




Subjek parasitologi. Secara asasnya, belajar tentang pelbagai spesies pelik makhluk-makhluk halus dan kecil, yang tidak nampak dengan mata kasar kita, hanya nampak dengan mata mikroskop.

” Schistosomes or blood flukes are parasitic flatworms. There are three main species affect men, Schistosoma Haematobium, Schistosoma Mansoni and Schistosoma Japonicum. Schistosoma Haematobium mainly can causes urinary schistosomiasis. Schistosoma Mansoni can cause rectal schistosomiasis while Schistosoma Japonicum can cause intestinal schistosomiasis. bla….bla….bla…” kata profesor ana.

Dan sekecil-kecil makhluk Allah ini, ada jantan dan betinanya. Ada organ peranakan seperti manusia. Ada telur untuk membiak. Dan ciri-ciri mereka tersangatlah unik. Dan betapa Allah sangat Maha Teliti dalam penciptaan makhluknya.

” Maka Kami kirimkan kepada mereka topan, belalang, kutu, katak, dan darah ( air minum berubah menjadi darah ) sebagai bukti mereka yang jelas, tetapi mereka tetap menyombongkan diri dan mereka adalah kaum yang berdosa ” (7:133)



Dan mereka juga, walaupun kecil adalah makhluk utusan Allah. Ada hikmahnya yang tersendiri. Secara kasarnya, mereka memang parasit, tetapi mana mungkin Allah menciptakan sesuatu secara sengaja dan sia-sia.

Dan buktinya adalah ayat di atas. Allah ada tentera-tentera kecilnya yang tersendiri. Allah menciptakan makhluk-makhluk halus sebagai bukti keagungan Allah Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Allah ingin menunjukkan bahawa penciptaannya bukanlah tertakluk kepada manusia, pokok-pokok, dan haiwan-haiwan sahaja.

Ini gambar-gambar mereka,
schistosoma haematobium 


schistosoma mansoni 


schistosoma japonicum

*************

Parasit-parasit ini ada kesan yang buruk pada manusia. Jadi, sebagai seorang pelajar perubatan, kami belajar tentang cara-cara untuk menjaga diri ( prevention and control care ). Antaranya adalah mengelakkan dari menyentuh air-air kotor dan belajar tentang pendidikan kesihatan.

Untuk para pesakit yang dijangkiti parasit-parasit ini, ubat yang sesuai adalah Praziquantel ( Biltricide for S. Haematobium 40 mg/kg, in a single oral dose ) dan Oxamniquine ( for S. Mansoni 30 mg/kg/day for two days)


p/s : jangan hidup seperti parasit....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.