kita bercinta di syurga ya...


"Abang nak dengar lagu ape?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang sedang meluncur laju.


"Sayang cuba tekan nombor 5.. dah lama abang tak dengar.. sedap lagu tu.."Balas Suffian kepada isteri tercinta, Balqis. Dengan nada yang lembut, tetapi masih jelas didengari.


"Tajuk pe lagu tu?"

"Err.. Ade la.. Hehe.."
"Hek eh.. Nak rahsia-rahsia plak.."
"Suprise-surprise.. Lagu ni abang tujukan khas buat bidadari tercinta abang ni.." Ujar Suffian bersahaja. Tangannya membelai manja pipi Balqis. Terasa kebahagiaan di situ.
"Romantiknye abang ni.."
"Mesti la.. untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian, kedengaran lagu dimainkan. Balqis senyum, seraya memandang wajah suami di kerusi pemandu. Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.



 For the rest of my life, I’ll be with you
I’ll stay by your side, honest and true
Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you
For the rest of my life, through days and nights
I’ll thank Allah for opening my eyes
Now and forever I, I’ll be there for you
I know it deep in my heart...


"Oo.. lagu ni rupenye.." Balqis sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami di sebelah.

"Sayang suka lagu ni kan?"Soal Suffian 

"Yup.. suka sangat-sangat.. dulu-dulu masa bercinta dgn abang, memang selalu sangat dengar lagu ni.. Masa bercinta kan..sayang beri lagu nie sebagai tema cinta kita kan... Abang masih ingat lagi...terima kasih Abang...." ucap Balqis...
 
Hehe.. mestilah ingat.. tapi kadang-kadang tak sempat nak dengar.." ujar Suffian dgn niat ingin mengusik isteri yang tersayang...

"'First time' abang dengar lagu ni, abang akan fikir sorang-sorang.. sapa la calon isteri abang nanti.. sebab cinta yang Allah anugerah kat abang, abang nak kongsi dengan isteri abang ja.. dan abang selalu berdoa, untuk Allah anugerahkan kat abang, seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni.. yang dapat menerima diri abang seadanya.. dan sekarang ni, Allah dah makbulkan doa abang.." Bicara Suffian panjang lebar.


Balqis di sebelah menarik nafas panjang. Lalu dihembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya. sangat menyentuh hatinya... Syukur atas anugerah yang diberikan Allah. Mendapat suami yang soleh. Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa. Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ada satu pun milik kita di dunia.


Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.

"Tak percaya? Cubalah!" Kata-kata Ustazah Mahya , sentiasa terngiang-ngiang di telinga. Dari situ, dia membulatkan tekad. Untuk bercinta hanya kepada suami. Disandarkan cinta itu hanya pada Illahi.


"Sayang pulak camna?"



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.