salam sayang~





Allahuakbar!

Alhamdulillah..
Syukur pada Allah kerana mengizinkan ana utk terus melayari persinggahan di sini... ibarat mentari menyuluh kala awan berselindung di tabir.. alhamdulillah, suma dengan izin Allah semata-mata :) 

kita asyik nasihat kan org, jangan lupa nasihatkan diri sendiri........

haaa...ingat ayat ni tau... ayat bermakna dr Dr Asmadi :P haritu, ana seseorang dah terkene peluru ayat atas tu ngan ana... sibuk sangat nasihatkan ana suh makan, padahal ana mmg dah makan... hehehe... noty tul, kene piat tinge kang naya jer.. huhuuu.... :oops: hehehe... senang je nak cari zauj yg beriman, pokok pangkalnya kita persiapkan diri kita dulu, tp kalau dah jodoh tu sebaliknya, maka itu ujian dr Allah... utk menguji kesetiaan kita padaNya... ehehe... faham x ayat ni? ana baru baik demam, ayat pun ntah pape jerk... batuk dah 2 minggu x hilang,asyik sakat ana... cessss.... sabar jerk la.. best jugak batuk ni... malam2 kacau org tidoq... heheheheh :P

haritu habiskan buku Senyum dan Tangis Rasulullah...
Alhamdulillah dpt habiskan selama 2 hari...iskk... apa yg ana tangiskan selama ni x sebanyak tangisan pd abid, jauhnya iman berbanding iman mereka... Allahuakbar... Allahuakbar...moga istiqomah dalam mujahadah...ameen :cry:


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


..ana uhibbuki fillah ya UMI~ Selamat Hari Ibu.......




Bismillahirrahmanirrahim


ALHAMDULLILAH.




Nukilan ini khas untuk bonda yang tercinta yang telah mengasuhku dan mendidikku.


1986. Syukur diri ini dilahirkan daripada seorang insan yang mulia.


Dan kini peredaran waktu mencapai ke tahun 2011.


Sungguh, sepasang mata lembut dan jernih itu tidak mampu disembunyikan.


Biarpun raut muka yang mulai termakan usia. Gerakannnya tidak selincah 26 tahun dahulu.


Namun cintanya terhadap anak-anaknya tidak pernah pudar.


Mengingat sebuah pepatah lama ‘Kasih ibu Sepanjang Masa, Kasih Anak Sepanjang Galah’


Mak, dari hati anakmu yang tulus kasih dan sayangkan mak kerana ALLAH.


SELAMAT HARI IBU


Terima kasih telah mendidikku, membesarkanku, menyayangiku, membimbingku. Namun belum ada yang bisa kubalas dan kuberikan untukmu.


Saya tidak mahu bertangguh lagi.

‘Umi maafkan kakak, umi ampunkan dosa-dosa kakak, kakak pohon restu dan doa umi, umi doakan kakak berjaya dunia akhirat’, pipi umi dicium dan saya peluk umi erat.


Dalam pelukan umi, terasa bagai turun sakinah(ketenangan) yang abadi. Itulah umi, yang tidak pernah lengah memberi maaf dan menyayangi saya.


Berputik dari jiwa seorang ibu yang mengasihi anak-anaknya dengan CINTA TANPA SYARAT.


SELAMAT HARI IBU, umi.



Pesanan untuk semua


Melalui peringatan hari ibu ini, sentiasa kita diingatkan akan semua yang sudah dilakukan ibu kita sampai saat ini. Jangan pernah menyesal memiliki ibu seperti yang kita miliki, kerana kita memang tidak bisa memilih. Tapi bagaimanapun juga seorang ibu tetaplah seorang ibu, yang pasti memiliki kasih dan cinta terhadap anak-anak dan keluarganya. Selamat hari Ibu!


p/s : you may say i have no one,to cover me under the sun. But what have yo remember, you only get it from your mom. I love you mom! UHIBBUKA FILLAH..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sudah bersediakah kita ke alamat tetap kita di Batu 2, Jalan Bawah Tanah, Taman Pekuburan Islam, 00000, Negeri Darul Akhirah...T_T






assalammualaikum...........sahabat semua...


alhamdulillah........alhamdulillah.......mencuba untuk terus senyum walau perit....(la tahzan)


Actually nak share this video milik saudara Anwar Hadi ..... Vid ny sangat santai dan bermesej.... tahniah akhy Anwar Hadi ...moga bermanfaat ya......!

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mulai menyerang.....


Assalamualaikum............

Alhamdulillah, walaupun hari ini saya agak kurang sihat, tetapi ALLAH masih kurniakan ana daya untuk menjalankan aktiviti seperti biasa... syukur padaNya kerana masih memberikan kita peluang untuk lebih memperbaiki diri... Pantas benar masa berlalu, ... adakah telah kita ambil kesempatan setiap hari dengan baik? hehe ana masih lagi "biasa-biasa", masih belum mampu menjadikan diri "luar biasa"...
Sejak semalam mmg badan dah rasa tak sedap, waktu malam tekak dah mula kering dan sakit2... oh, ini petanda besar ana bakal demam lagi!!! seperti yang diduga, bangun je pagi mmg badan dah panas sikit, hidung juga dah tersumbat, dan tiba2 terasa lelehan jernih mengalir hampir2 memasuki mulut... erkks... dah macam kembali ke zaman hingusan masa kecik2 dulu pulak... bingkas bangun dari tempat tidur, oh, kepala rasa pening!!! memang berat je kepala... terus capai tuala ke bilik air... Sejuk benar air...

Selesai urusan, ana mengadu pada umie, nak bermanja...
"Umie, akak rasa nak demam...camne ni...."
"sihat dah lama kan... ALLAH bagi sakit sikit je tu, nak buang dosa..."
"hehehe" ana menyengih je sambil memeluk Umie.



********************************************************************************************

KESEMPATAN YANG ADA :




Ya, betul kata Umie... dah lama kan ALLAH bagi sihat *^^*


ni sikit je, ALLAH uji sikit dengan rasa sakit supaya kita ingat indahnya nikmat SIHAT tu... kerana itu kita umat Islam diingatkan tentang 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara...





1) SIHAT sebelum SAKIT


2) LAPANG selelum SEMPIT


3) MUDA sebelum TUA


4) KAYA sebelum MISKIN


5) HIDUP sebelum MATI





Hakikatnya manusia seringkali kurang menghargai peluang dan kelebihan yang ada didepan mata hinggalah kita kehilangannya... bila kesempatan dan kebaikan itu hilang, maka akan timbullah penyesalan...


Waktu sakit - "Kalaulah SIHAT, kan bagus... boleh buat itu ini..."


Waktu sibuk - "Kalaulah ADA MASA macam dulu2, mesti sempat nak buat itu ini..."


Waktu berusia - "Kalaulah MASIH MUDA, mesti kuat nak buat itu ini..."


Waktu sempit wang ringgit - "Kalaulah masa ADA DUIT dulu, dimanfaatkan betul-betul..."'


Waktu menghampiri mati - "Kalaulah masa HIDUP SIHAT, MASA ADA KELAPANGAN, MASA MUDA2 dulu, MASA BERDUIT dulu, aku luangkan segala2nya untuk mendekatkan diri pada ALLAH, untuk BERIBADAH..." tut.....tut.....tut...... innalillah....lalu Izrail melaksanakan tugasnya...


Kata abi, perkataan "KALAU" itu sangat bahaya.... "KALAU" akan buat kita jadi orang yang takkan mampu melangkah lebih maju ke depan dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi... "KALAU" itu andainya diletakkan di atas gunung, gunung juga tak mampu nak tampung kerana "KALAU" hanya buat kita hidup di alam fantasi, "KALAU"menjauhkan kita dari realiti....

Maka jauhilah "KALAU", mulai sekarang berusaha selangkah demi selangkah untuk terus memperaiki diri tanpa memikirkan "KALAU" kerana akhirnya nanti "KALAU" hanya akan menimbulkan seribu satu penyesalan yang tiada berkesudahan...


********************************************************************************************

SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA :




Kita kerap dengar orang kata "sakit itu penghapus dosa". Benarkah?


Dari Abdullah r.a berkata: “Aku datang mengunjungi Rasulullah S.A.W ketika baginda sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata “ ya, Rasulullah ! demammu bertambah teruk.” Jawab baginda “ memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula, “ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda : “ semoga!” kemudian sabda baginda pula : “ tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”Benar sekali, sakit itu penghapus dosa, tapi dosa hanya akan terhabus bagi mereka yang redha dengan kesakitan... ini ujian ALLAH, ALLAH menguji keimanan kita... andai kita berkeluh kesah, merungut2 kesakitan dan mempersoalkan pula qada' dan qadar ALLAH, maka semakin nipislah iman kita... dengan itu, jangankan terhapus dosa, bagi yang berkeluh-kesah, mungkin dosa pula menjadi habuan kita... sama-sama kita selami hati masing-masing, ayuh sama-sama kita menjadi hamba yang sentiasa redha agar ganjaran bisa kita peroleh, iman dan aqidah juga akan terus dituai...

Dari Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa ALLAH apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan ALLAH, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu , maka dia akan mendapat kemurkaan daripada ALLAH.” ( at-tirmidzi dan ibnu majah).

Mudah-mudahan hati kita sering redha dengan ujianNya tak kira datang dalam apa bentuk sekalipun...wassalam...

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BADANKU SIHAT JIWA KU SAKIT~



Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya. 

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu. 

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri. 

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian. 
Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit. 



Ya Allah.......dengan izinMU telah banyak yang aq lalui,hingga pernah resah jiwa ini, hingga pernah gelisah hati ini,cinta dunia pernah merantai hati,walaupun tidak pernah aq zahiri dalam sederap langkah perjalanku. Jika dulu telah Kau izinkan aq merasai kehangatan kasih dalam alpa,jika dulu Engkau benarkan aq menikmati rindu adam kepada hawa,dan jika dulu Engkau biarkan aq didalam bahagia yang sementara,cukuplah Ya Allah.........Krna dibalik semua itu aq pernah kehilangan cintaMU,pernah gersang jiwaku,pernah tandus Imanku,derita itu merobek ketenanganku,hatiku yang telah retak semakin retak,sholatku tiada lagi khusyu'nya, rukukku tiada lagi ikhlasnya,dan sujudku bersama fikiran yang melayang entah kemana,tahajudku sudah tiada lagi seringnya,munajatku sudah hilang air matanya,sedangkan imanku lunglai tak berkata-kata,,
Ya Allah.....setelah semua itu aq lalui dengan penuh susah payah,kugagahi jua langkah lemah ini, berbekal harapan yang tidak pernah mati,akhirnya kutemui cintaMU yang hakiki, manisnya kurasai,bahagia dan ketenangan abadi,bersama setiap sedutan nafas,beriramalah tasbih,tahmid dan takbir,hati ini jadi bahagia mengingatMU,Engkaulah kekasih dan cinta hatiku,sekalipun tidak aq merasa kecewa karena dikecewakan,bahkan hati yang retak kembali pulih,hati yang merana kembali damai,hati yang sirna kembali meyinar,syukurku padaMU atas karunia,nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMU ini jangan Kau lenyapkan,jangan Kau kuburkan,tapi suburkanlah cintaku padaMU.....
Ya Allah,biarkan hati ini terus berharap, berpaut dan bergantung padaMU,kurniakan padaku 
aminnn ya rabbal alamin......

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.