Al-Quran sebagai pembela ۞ ۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞




Al-Quran sebagai pembela ۞



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Duhai Sahabat,,

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran."

Telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah shallallahu 'alaihi wasallam. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


muhasabah


Selepas Solat maghrib menanti isyak.. saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.



“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saia diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saia, sekaligus membuatkan jiwa saia terperosok ke lembah kedukaan. Saia dapat merasakan seolah-olah saia benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saia. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”



Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saia berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati perut. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saia ingin melemparkan satu amaran kepada diri saia yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustazah, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

ustazah menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” ustazah memangil saia satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci ta akan kembali,” saia mengangguk.

“Anakku,” ustazah masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saia terus menggeleng. Terasa geli menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saia sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saia menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan ustazah
Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


~rindu~


Assalamualaikum...
hari ni ana rs rindu sgt kat sahabat2 mase di sekolah dahulu..satu persatu kenangan terlayar di hadapan mata seolah-olah kisah itu baru berlaku semalam....kenape ye...
skrg ni hnya mesej yg mengeratkn kami...bnrlah kata org...apabila bersama ramai yg kurang mnghargai kehadiran teman seperjuangan...ble blaku perpisahan dan berjauhan br dpt mersai kehangatan berukhwah antra kita...

trkadang pasti terlintas d fikiran,ble lg kita dpt brkumpul brsama, bgrurau senda..ah..masa trlalu mncemburui kita...rndu sgt kt korang semua ...y lain tu...rndu r gak..hehe..fhm2la...

mm...ana doa satu hr nnti kte dpt kumpul blk...doakn kjayaan kt bsm...klu rndu...tgk r cd n sapu tgn 2 ek...okla...gudluck in ur life,my frens...n jgn lupe...laksanakn tnggungjwb kte sbg muslim utk amar makruf nahi mungkar wpun dmane saje kte berada...membangun bersama Islam...moga kte berada ats jln y diredhaiNya...

wassalam




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ikhwan



Untuk Lelaki,

Hati seorang perempuan bukan untuk disakiti,
Hati seorang perempuan bukan untuk dilukai,
Hati seorang perempuan bukan untuk dikhianati.

Tetapi,

Hati seorang perempuan untuk dikasihi,
Hati seorang perempuan untuk dihargai,
Hati seorang perempuan untuk menyaangi lelaki.

Hanya untuk insan bernama lelaki,

Kalau kamu benar-benar seorang lelaki sejati, kamu pasti mengetahui apa yang
harus kamu lakukan untuk perempuan yang kamu sayangi dan kamu pasti
mengetahui bahawa hati perempuan yang kamu sayangi itu bukan untuk disakiti
tetapi untuk dihargai. bukan juga untuk dilukai tetapi dikasihi.
kadang-kadang seorang lelaki terlalu menyayangi seorang perempuan, tetapi
tetap tidak tahu untuk menghargai mereka. penghargaan itu adalah lebih
penting dari segalanya. kasih sayang dan cinta juga perlu dalam sesuatu
hubungan antara lelaki dan perempuan dan yang lebih penting hati yang ikhlas
untuk mula menyayangi antara satu sama lain.


picisan hati........si pipi merah....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


La TanSani (Don't Forget Me)




Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segumpal darah bernama HATI


Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

”Cinta selalu datang dan tak pergi lagi…”

Kata-kata dr seorang ‘teman’, terima kasih kerana membuka mata yang sering terleka dengan duniawi, astaghfirullah… moga masih ada sinar kebahagiaan untuk yang bergelar teman. Kadang-kadang tertanya juga, ”bagaimana bisa mrk berfikiran begini?” Jawapannya mudah, “ianya terletak pada segumpal darah bernama HATI”!

Berbalik pada kata-kata ustazah Mahya; cinta selalu datang dan ta pergi lagi jikalau kita hebat mempertahankan rasa cinta kita pada kekasih kita, setia pada segala apa yang kita abadikan sebagai janji sumpah yang telah lama kita ucapkan. Sedari alam dulu, kita sumer dah janji akan beribadah hanya kepadaNya. Itulah peribadi ustazah mahya, sekali cakap berbekas dalam hati. :oops:




Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia serta inayah dari Nya, Tuhan Pencipta alam semesta sama ada yang ghaib mahupun yang dpat dilihat dr mata kasar tapi eloklah jikalau kita pandang dengan mata hati, ianya lebih meresap ke dalam jiwa nurani, dapat jua ana coretkan sesuatu , ana baru hadiri majlis tarbiyah, jadi sedikit sebanyak input tu ana kongsi di sini

Izzaiyik? Alhamdulillah, moga masih ada setitik titisan kasih sayang kita pada RABBul Izzati, insyaAllah. Anti, sedar x bahawa kita sebenarnya hampir dengan cinta? Tapi cinta ini berbeza dr cinta biasa, cinta ini berlandaskan keikhlasan dan ketaatan kita pada Yang Maha Esa. Cinta akan mekar dengan subur bila mana ada sifat tawadhuk (rendah diri) kepada keagunganNya.
Cinta sebenarnya dekat dengan kita, bila kita sentiasa ingat padaNya w’pun 1000 dugaan melanda,








terima kasih untuk mu sahabat ku.....sesungguhnya aku begitu menyayangi kalian...


kita tetap tenang dalam apa jua keadaan. Hati akan sentiasa tenang kalau kita ingat pada Allah Yang Maha Esa. Kalau kita ikhlas beribadat, insyaAllah cinta kita akan semakin mekar dalam hati kita dan moga-moga cinta kita mekar kepadaNya. Kita sering kali bercinta dengan manusia, tapi x sedar cinta yang paling indah ialah bercinta di sepertiga malam terakhir bersama kekasih Yang Satu. Itulah sebenar-benar cinta… semoga diri ini tenang dalam cinta yang didambakan, insyaAllah.

Ukhuwwah mahabbah fillah… barakallahufiikum jami’an, insyaAllah. Wassalam…

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cinta selalu datang dan tak pergi lagi…


Indahnya kepekatan malam, menghuraikan keagungan ciptaan Tuhan yang Maha Esa, [subhanallah] menggamitkan segala rindu yang terpendam jauh di lubuk hati. Tat kala hati berkata-kata sendiri, ada mutiara mengalir di pipi. Ntah mengapa hilang sudah kesabaran air mata ini untuk bertahan dari menitis. Andai masih ada kekuatan dalam diri, akan ku pendam segalanya sendiri dan biarlah hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Kadang-kala, hati ini bagai diketuk-ketuk dengan sesuatu hingga ianya dibiarkan bicara sendiri.

Selalu ingat pesan Ustazah Mahya [insan yang selalu menghiburkan hati yang selalu menangis sendiri, walau hanya seorang ustazah namun dia selalu memberikan nasihat persis seorang kakak yang menuntun langkah adiknya yang baru bertatih] ” lynn, kadang-kala biarkan hati berbicara, usah biarkan ianya diam sendiri hingga merosakkan tubuh yang memerlukan sokongan hati. Andai hati selalu mengingatiNya, maka Dia akan selalu ingat pd hambaNya walaupun hambaNya sering melupakanNya. Selangkah kita dekat kepadaNya, 1000 langkah dia hampir dengan kita. Ustazah tahu, lynn bukan seorang yang tabah kerana air mata lynn mengalir bagaikan tiada erti.

Sebenarnya, air mata itu tidak perlu dihabiskan dalam masa sehari. Simpan pula untuk esok, masih ada esok untuk menangisi segala penyesalan kepadaNya, mmg indah bila air mata itu mengalir keranaNya tapi usahlah berduka kerana mungkin esok, kita akan bertemu kekasih kita [Muhammad s.a.w], menangislah sepuas hati dan biarlah hati berbicara. Ustazah tahu, adik ustazah yang ni terlalu sukar untuk menceritakan sesuatu tapi yakinlah, serahkan segala pengaduan kita kepadaNya. Dia memberikan sesuatu ‘hadiah’ [masalah/dugaan] untuk memberikan kekuatan kpd kita."

Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui hasrat hatiku, perkenankan ia agar hati ini kembali seperti sedia kala, izinkan hambaMu berlabuh ditiraiMu. Bila sesuatu itu datang, ia pasti pergi. Abi jua selalu ingatkan, ”yang hidup pasti mati, yang mati akan dihidupkan kembali. Maka rebutlah 5 perkara utama; sihat sblm sakit, lapang sblm sempit, muda sblm tua, kaya sblm miskin, hidup sebelum mati. Bila sesuatu musibah itu melanda seseorang, maka Allah lah tempat pengaduan yang paling aula. Dari Allah kita dtg dan kepadaNyalah kita akan kembali…” :cry:

# biarlah catatan ini terhenti disini dan biarlah hati ini terus bermonolog sendiri hingga ada manusia yang berjaya menawan apa yg terbuku dihati. Sabarlah hati… :wink:

*”Apabila badan itu menderita sakit, maka tidak berguna makanan, minuman, tidur dan rehat. Demikian jua pada hati, (apabila telah ditimpa oleh cinta dunia) maka tiap nasihat itu tdk memberikan manfaat kepadanya –Malik bin Dinar-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


~ JANJI ~




Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh
Bismillahirrohmanirrohim

Duhai sahabat cinta rahimakumullah...

Jiwa memiliki kotoran - kotoran yang harus di hilangkan dan di bersihkan. hanya dengan itulah kebahagian abadi dan naungan Allah swt akan di dapatkan manusia.

Kita harus selalu berusaha untuk menundukan kemarahan, hawa nafsu, ketamakan dan sifat - sifat lain kepada petunjuk syariat.

Jika seseorang telah mengetahui bahwa pengobatan penyakit fisik di lakukan dengan menghadapi sesuatu yang merupakan lawan dari penyakit itu, maka cara pengobatan penyakit hati tidak jauh berbeda.

Suatu kata yang mudah dan ringan diucapkan adalah janji. Terkadang dan bahkan tanpa kita sadari , kita selalu menganggap enteng janji dan mengesampingkan makna di balik janji itu sendiri.
Janji sudah seharusnya lah di tepati sehingga kita tidak melanggar janji.

Allah swt berfirman : Wahai orang - orang beriman ! Penuhilah janji - janji. Haiwan ternak di halalkan bagimu, kecuali yang akan disebutkan kepadamu dengan tidak menghalalkan berburu ketika kamu sedang berihram ( haji atau umrah ). Sesungguhnya Allah menetapkan hukum sesuai dengan yang Dia kehendaki ( QS Al Maidah 5:1 )

Diriwayatkan dari Abdulllah bin Amir berkata, Rasulullah saw datang ke rumah kami dan aku masih kecil maka aku pun pergi bermain, lalu ibuku berkata, Ya Abdulllah .. mari ke sini aku beri kau sesuatu.
Rasulullah saw bertanya, Apa yang akan kau beri padanya ? Katanya, Kurma ..
Kemudian Rasulullah saw mengatakan, jika engkau tidak melakukan ( janjimu ) niscaya itu akan di catat sebagai dusta. ( HR ABu Daud )

Seiring dengan itu sudah semestinya janji itu harus ditetapi kecuali ia ada halangan. Jika seseorang berjanji dan berniat untuk tidak menepatinya, inilah yang disebut dengan sifat orang munafik.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda : Ada tiga perkara barangsiapa yang memilikinya maka ia tergolong munafik walaupun ia puasa, sholat dan beranggapan dirinya muslim. jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia tidak menepati dan jika di beri amanah ia berkhianat. ( HR Bukhari - Muslim )

Dari Abdulllah bin Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Ada empat perkara barangsiapa yang memilikinya jadilah ia seorang munafik dan barangsiapa yang memiliki satu bagian darinya maka ia memilki satu sifat munafik sampai ia meninggalkannya. jika berbicara ia dusta, jika berjanji ia tidak menepati , jika membuat janji ia berkhianat dan jika bertengkar ia curang ( HR Bukhari - Muslim )

Sudah semestinya seseorang harus menghindari sifat kemunafikan yang tidak disengaja sebagaimana ia mengindari sifat kemunafikan yang disengaja.
Janganlah ia selalu memandang dirinya di maafkan terus tanpa ada suatu kepentingan.

Ya Allah, Ya Rabb . . . Jagalah lisan ini, hati ini dan bimbinglah aku dlm setiap langkah ku


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


::♥♥♥:: Cinta Tidak Memerlukan Sebab ::♥♥♥ ::



Dalam satu kisah percintaan yang menarik, sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah danau indah, kemudian si isteri bertanya kepada si suami, “Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang mencintai saya?” 
Lalu si suami menjawab, ♥ “Abang tidak bisa menerangkan sebabnya. Namun begitu, abang memang menyayangi dan mencintaimu.” 
Mendengar jawaban si suami, si isteri berkata lagi, “Abang tidak bisa menerangkan sebabnya? Bagaimana mungkin abang bisa katakan abang sayang dan mencintaiku, sedangkan abang sendiri tidak bisa menerangkannya.” 
“Betul! Abang tidak tahu sebabnya, tetapi abang bisa buktikan bahwa abang memang sayang dan mencintaimu,” kata si suami. Lalu isterinya pun berkata, “Tidak bisa beri bukti! Tidak! Saya ingin abang terangkan kepada saya sebabnya. 
Kawan-kawan saya yang lain yang punya suami, semuanya tahu dan mampu menerangkan mengapa mereka mencintai, namun tidak dengan abang yang tidak mampu menerangkan sebabnya.
” Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintaimu karena kamu cantik, mempunyai suara merdu, penyayang, dan mengingati abang selalu.
 Abang juga suka akan senyuman manismu dan tampak begitu manis jika kamu melangkah. 
Di situlah cinta Abang bersamamu.” 
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan apa yang dikatakan si suaminya tadi. 
Namun begitu, selang beberapa hari, si isteri mengalami kemalangan dan koma.
 Si suami sangat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. 
Surat itu diletakkan di sebelah tempat isterinya berbaring. 
♥♥♥ Surat itu berbunyi,
 ♥ “Sayang, jika disebabkan suaramu aku menicintaimu, sekarang bisakah engkau bersuara? 
Tidak! Oleh karena itu, aku tidak bisa mencintaimu. 
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatanmu aku mencintaimu, sekarang bisakah engkau menunjukkan? 
Tidak! Oleh karena itu, aku tidak bisa mencintaimu.
 Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu, sekarang bisakah engkau tersenyum? 
Tidak! Oleh karena itu, aku tidak mencintaimu. 
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu, sekarang bisakah engkau melangkah? 
Tidak! Oleh karena itu, aku tidak bisa mencintaimu."♥ Jika cinta memerlukan sebabnya seperti sekarang, aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. 
Adakah cinta memerlukan sebab? 
Tidak! Aku masih mencintaimu, dulu, kini, selamanya, dan cinta tidak perlu sebab.

 ♥♥ "Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak bisa dilihat dan dipegang, namun ia bisa dirasai dalam hati." ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥ ♥♥♥


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


(( Syarat Untuk Nikahi Saia))




<dedikasi untuk yang telah halal bagiku>

Bismillah Hirrahman Nirrahim..
Ya AllaH...Jika aku jatuh cinta Ya allah..
cinta kan lah aku pada seorang yg melabuh kan cinta nye kepadamu..
agar bertambah kekuatan ku untuk menyintai mu
..Ya Muhaimin...jika aku jatuh hati...
izinkan lah aku menyentuh hati seseorg yg hatinye tertaut pada mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..
Ya Robbana...jika aku jatuh hati....jaga lah hati ku pada nye...
agar tidak berpaling dia pada hati mu...
Ya Robbal Izzati..jika aku rindu...rindukan lah aku.,..
pada seseorg yg merindui syahid dijalan mu.
Ya Allah..Jika aku menikmati cinta yg setulus nye...
jangan lah kenikmatan itu...melebihi kenikmatan indah nya 
disepertiga malammu..

Mungkin dalam usia yang semakin meningkat ini..suatu masa akan datang jodoh yang telah ditentukan..sememangnyer yang terbaik menjadi sandaran untuk menjaga generasi muslim yang beriman..sedangkan syarat dunia menjadi ukuran..hantaran menjadi penghalang..yang wajid diketepikan..antara hukum dan adat banyak bertentangan..kitalah yang akan menentukan masyarakat faham..betapa mudah dan halusnya islam..pesanan untuk penulis khususnyer..ibu bapa tetap diutamakan..tak perlu bimbang..cuma ini jer syarat setiap muslimah mahukan.overkah?
saia bukanlah sempurna nak mengharapkan yang sempurna..sedar!cuma..rata2 tanya pada sahabiah hanya ini yang mereka mahukan sebagai "syarat untuk menikahi saya " ..overkah?



*hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah..
* boleh diajak berbincang dan berbicara..Yang menjaga matanya dari belanja..
* sujudnya penuh kesyukuran rahmat Allah ke atasnya..


* tidak pernah bazirkan masa..
*Matanya kepenatan kerana penat membaca..


*Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
*Tidurnya lena dengan cahaya keimanan..
*Bangunnya subuh dengan penuh kecergasan ..Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..
* sentiasa mengingati mati..
*baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
*buah kehidupan itu perlu dibajai dan disemai..Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik..
*Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian..


* lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia..Kerana dia mengimpikan syurga..Disitulah rumah idamannya..Dan dia ingin membawa saya bersama..
Dialah lelaki idaman saya




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


~wakaf diri untuk islam~ .didiklah diri agar sentiasa memberi..biarpon tidak dihargai..


..didiklah diri agar sentiasa memberi..biarpon tidak dihargai.. pernahkan..selalu kita meraikan orang..selalu mengambil berat tentang orang lain..tapi diri kita tidak dapat apa yg kita buat.. percayalah wahai insan2 bertuah.. allah lebih menghargai usaha kita dari hasil yg kita lakukan.. la tahzan..manusia..memang lemah..byk kekurangan.kita pon sama dengannya sebenarnya..jangan mudah melatah dengan dunia..ia hanya dunia..

Ya Rabb..
hambaMU ini lemah..dalam arus mehnah..
bukan mudah..tika hati goyah..
jiwa kian parah..goresan kian berdarah..

padaMU ya Ilahi..
hati ini ingin mencintai..
setiap masa merindui..
sepanjang jalan ini
ingin semampu mungkin memberi..
milikMU lah hati ini..

ya Rabbul izzati
andai hati ini pernah sepi..
berilah inzar mengubat hati..
jika jiwa ini sentiasa dilukai..
anugerahkanlah sufi untuk merawati..
mehnah ini ya rabbi..
sungguh tak terdaya u menghadapi..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


~~peliharalah..hati..jiwa.diri ini~~




salam limpahan kasih dari rAbb...allah yg esa..maha penyayang..yang memberi ujian semampu bebanan hambaNya..peliharalah hati..jiwa..dan diri ini dari kekecewaan..

kepada hati..bersabarlah, biarpon pahit untuk ditelan..tetapi inilah hakikat kehidupan..tidak semua yg diidamkan dapat dipenuhi.. tidak yg dirancang juga semua menjadi. namun percayalah.. Allah merancang sesuatu untukmu. ya allah .. hati itu terlalu sakit.. banyak kali berdarah..dilukai oleh benda yg sama.. goresan lama turut mengalir pedihnya..

kepada jiwa.. damaikanlah hati.. kembalilah kepada pencipta..yg maha mengetahui segala sesuatu.. usah biarkan hati begitu walau kau sendiri belum mampu berdiri. bangkitlah dari kesedihan..yang sudah ditakdirkan..terima dengan redha..

kepada diri..jangan pernah menyalahkan hati dan jiwa..kerana itu adalah fitrah..itu adalah perkara yg semua orang akan lalui.. kesengsaraan itu yang mengajar kamu berdiri..berjalan ke arah sebuah kehidupan lebih baik..mampu berlari mencari semangat yang hilang..kuatlanlah diri..kau sebenarnya kuat walau hakikat lemah dan lebur didasarnya..biarlah segalanya berlalu dengan waktu yang akan mengubat segala duka.."jangan ditangisi apa yang bukan milikmu" kerap kali medengar..namun menghayatinya membuatkan diri ini menangis kerna tidak mampu mengahdapinya..

ya rabbi..alangkah beratnya ujianMU pada kali ini..bila mana lidah mampu memberi kekuatan pada orang lain..makin terasa lemahnya naluri ini.. sekalipun air mata ini terus mengalir..biarlah ia mencurahkan segala kepedihan.moga dapat merawat segala luka.. ya rabbul izzati.. buanglah kunci yg ini..biarkan ia tertutup rapat..jika xsementara..selamanya mungkin...

~~~pasrah dalam irama sendu..bukan menolak takdir..sebagai insan yg terlalu lemah..sis redha..hakikatnya!!! ~~~

~~husnuzhon dengan ALLAH ^_^ ~~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kisah Cinta Ali bin Abi Thalib dan Fathimah Az-Zahraa


Ada rahsia terdalam di hati ‘Ali yg tak dikisahkannya pada siapapun. Fathimah.

Karib kecilnya, puteri tersayang dari Sang Nabi yang adalah sepupunya itu, sungguh mempersonanya.
Kesantunannya, ibadahnya, kecekatan kerjanya, parasnya.
‘Ali tak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta yg mengejutkan.
Fathimah dilamar seorang lelaki yg paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi.
Lelaki yg membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal2 risalah.







Lelaki yg iman dan akhlaqnya tak diragukan; Abu Bakr Ash Shiddiq, Radhiyallaahu ’Anhu.
”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia merasa diuji karena merasa apalah ia dibanding Abu Bakr.
Kedudukan di sisi Nabi?
Abu Bakr lebih utama,
mungkin justru karena ia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali,
namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dlm hijrah
sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya..


Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah.
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yg
masuk Islam karena sentuhan Abu Bakr; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab..
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan
seperti ’Ali.
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yg dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud..
Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?
Dari sisi finansial, Abu Bakr sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.
’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.


”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.”
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan


Beberapa waktu berlalu, ternyata Allah menumbuhkan kembali tunas harap di hatinya yang sempat layu.
Lamaran Abu Bakr ditolak.
Dan ’Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri
Ah, ujian itu rupanya belum berakhir.
Setelah Abu Bakr mundur,
datanglah melamar Fathimah seorang laki-laki lain yang gagah dan perkasa,
seorang lelaki yang sejak masuk Islamnya membuat kaum muslimin berani tegak mengangkat muka,
seorang laki-laki yang membuat syaithan berlari takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut
’Umar ibn Al Khaththab.
Ya, Al Faruq,




sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah.







’Umar memang masuk Islam belakangan,




sekitar 3 tahun setelah ’Ali dan Abu Bakr.
Tapi siapa yang menyangsikan ketulusannya?
Siapa yang menyangsikan kecerdasannya untuk mengejar pemahaman?
Siapa yang menyangsikan semua pembelaan dahsyat yang hanya ’Umar dan Hamzah yang mampu memberikannya pada kaum muslimin?




Dan lebih dari itu,




’Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata,


”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar..”


Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah.


Lalu coba bandingkan bagaimana dia berhijrah dan bagaimana ’Umar melakukannya.


’Ali menyusul sang Nabi dengan sembunyi-sembunyi, dalam kejaran musuh yang frustasi karena tak menemukan beliau Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam.
Maka ia hanya berani berjalan di kelam malam.


Selebihnya, di siang hari dia mencari bayang-bayang gundukan bukit pasir.


Menanti dan bersembunyi.


’Umar telah berangkat sebelumnya.




Ia thawaf tujuh kali, lalu naik ke atas Ka’bah.
”Wahai Quraisy”, katanya.
”Hari ini putera Al Khaththab akan berhijrah.
Barangsiapa yang ingin isterinya menjanda, anaknya menjadi yatim, atau ibunya berkabung tanpa henti, silakan hadang ’Umar di balik bukit ini!”
’Umar adalah lelaki pemberani.


’Ali, sekali lagi sadar.


Dinilai dari semua segi dalam pandangan orang banyak, dia pemuda yg belum siap menikah


Apalagi menikahi Fathimah binti Rasulillah! Tidak.
’Umar jauh lebih layak


Dan ’Ali ridha.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti
Ia mengambil kesempatan
Itulah keberanian.
Atau mempersilakan.


Maka ’Ali bingung ketika kabar itu meruyak.
Lamaran ’Umar juga ditolak.
Menantu macam apa kiranya yang dikehendaki Nabi?
Yang seperti ’Utsman sang miliarder kah yang telah menikahi Ruqayyah binti Rasulillah?
Yang seperti Abul ’Ash ibn Rabi’ kah, saudagar Quraisy itu, suami Zainab binti Rasulillah?
Ah, dua menantu Rasulullah itu sungguh membuatnya hilang kepercayaan diri.
Di antara Muhajirin hanya ’Abdurrahman ibn ’Auf yang setara dgn mereka.
Atau justru Nabi ingin mengambil menantu dari Anshar untuk mengeratkan kekerabatan dengan mereka?
Sa’d ibn Mu’adz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu?
Atau Sa’d ibn ’Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?


”Mengapa bukan engkau yang mencoba kawan?”, kalimat teman2
 Ansharnya itu membangunkan lamunan.
”Mengapa engkau tak mencoba melamar Fathimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu Baginda Nabi..
”Aku?”, tanyanya tak yakin.
”Ya. Engkau wahai saudaraku!”
”Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?”
”Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”
’Ali pun menghadap Sang Nabi.
Maka dengan memberanikan diri, disampaikannya keinginannya untuk menikahi Fathimah.


Ya, menikahi.
Ia tahu, secara ekonomi tak ada yang menjanjikan pada dirinya.
Hanya ada satu set baju besi di sana ditambah persediaan tepung kasar untuk makannya.
Tapi meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersiap-siap?
Itu memalukan! Meminta Fathimah menantikannya di batas waktu hingga ia siap?




Itu sangat kekanakan. Usianya telah berkepala dua sekarang.
”Engkau pemuda sejati wahai ’Ali!”, begitu nuraninya mengingatkan.
Pemuda yang siap bertanggungjawab atas rasa cintanya.




Pemuda yang siap memikul resiko atas pilihan-pilihannya.


Pemuda yang yakin bahwa Allah Maha Kaya.


Lamarannya berjawab, ”Ahlan wa sahlan!”


Kata itu meluncur tenang bersama senyum Sang Nabi.
Dan ia pun bingung.
Apa maksudnya?


Ucapan selamat datang itu sulit untuk bisa dikatakan sebagai isyarat penerimaan atau penolakan.
Ah, mungkin Nabi pun bingung untuk menjawab.
Mngkin tidak sekarang.
Tapi ia siap ditolak.
Itu resiko.
Dan kejelasan jauh lebih ringan daripada menanggung beban tanya yg tak kunjung berjawab.


Apalagi menyimpannya dalam hati sebagai bahtera tanpa pelabuhan.


Ah, itu menyakitkan.




”Bagaimana jawab Nabi kawan? Bagaimana lamaranmu?”


”Entahlah..”
”Apa maksudmu?”


”Menurut kalian apakah ’Ahlan wa Sahlan’ berarti sebuah jawaban!”


”Dasar tolol! Tolol!”, kata mereka,


”Eh, maaf kawan.. Maksud kami satu saja sudah cukup dan kau mendapatkan dua!




Ahlan saja sudah berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan Ahlan wa Sahlan kawan! Dua-duanya berarti ya!”


Dan ’Ali pun menikahi Fathimah.
Dengan menggadaikan baju besinya.


Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan kawan2ya tapi Nabi berkeras agar ia membayar cicilannya.
Itu hutang.
Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakr, ’Umar, dan Fathimah.


Dengan keberanian untuk menikah.
Sekarang.
Bukan janji-janji dan nanti-nanti.
'Ali adalah gentleman sejati.
Tidak heran kalau pemuda Arab memiliki yel,


“Laa fatan illa ‘Aliyyan! Tak ada pemuda kecuali Ali!”
Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Dan di sini, cinta tak pernah meminta untuk menanti.


Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Putri Sang Nabi,


dalam suatu riwayat dikisahkan
bahwa suatu hari (setelah mereka menikah)
Fathimah berkata kepada ‘Ali,
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
‘Ali terkejut dan berkata, “kalau begitu mengapa engkau mau manikah denganku? dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, karena pemuda itu adalah Dirimu”
Kisah ini disampaikan disini,
bukan untuk membuat kita menjadi mendayu-dayu atau romantis-romantis-an
Kisah ini disampaikan
agar kita bisa belajar lebih jauh dari ‘Ali dan Fathimah
bahwa ternyata keduanya telah memiliki perasaan yang sama semenjak mereka belum menikah tetapi
dengan rapat keduanya menjaga perasaan itu
Perasaan yang insyaAllah akan indah ketika waktunya tiba.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


imam.


Wahai seseorang yang telah tertulis dalam lauhul mahfudzku, imam ku dan ayah dari anak-anakku, engkau yg membersamai perjalananku nanti…
apakah yg sedang kau lakukan disana?

aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantaskan dirimu tuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak…

aku percaya kau sedang menempa dirimu dalam beribu cobaan dengan menelantarkan dirimu sendiri pada medan dakwah dan problematika ummat… mencampakkan jauh egomu, membaktikan dirimu tuk ummat…

aku percaya kau sedang mengkaji, kau sedang belajar, belajar ilmu dunia terutama ilmu akhirat, yang akan kau gunakan dalam mendidikku dan buah hati kita nanti…

aku percaya Quran selalu ada dalam hatimu, selalu terucap dari bibirmu dan dzikir slalu melantun menemani langkah jihadmu…

aku percaya kau sedang menundukkan pandanganmu, menjaga hatimu dan mencampakkan hawa nafsumu…
aku percaya kau sudah merancang hidupmu, hidup kita, keluarga kita, nantinya juga untuk dakwah, untuk ummat, dan hanya karnaNya…

aku percaya,kau sedang memantaskan diri dan terus memperbaiki diri dsana, di belahan bumi manapun kau berada…
aku pun begitu sayang…
aku sedang belajar… belajar menempa diri, menjauhkan egoku demi ummat, membaktikan diriku untuk orang lain, agar baktiku padamu pun sempurna…

aku sedang belajar, meniti dakwahku, meniti cita-cita duniaku, meniti cita-cita akhiratku, agar kelak keluarga islami dan kluarga Qur’ani yg aq inginkan nanti dapat kubangun bersamamu… karna kau tahu?meskipun kau imamku, ibu adalah madrasah pertama bagi mujahidah kecilnya nanti…

aku sedang belajar menjaga diri, menjaga pandangan dan hatiku, agar ketika kau memiliki hati ini, hati ini masih utuh sempurna hanya untukmu…

aku sedang menempa diri, untuk menjadi seorang Khadijah untukmu, yang menjadi tempatmu membagi resah… seseorang yang kau datang padanya, saat kau tak tahu lagi akan datang pada siapa… seseorang yang menguatkanmu dan menggenggam slalu tanganmu dalam perjalanan jihadmu…



akupun ingin menjadi ‘aisyahmu, seorang yang membuatmu tersenyum dan kembali ceria saat penatmu mulai datang, seorang yang menyerap ilmu darimu dengan sempurna dan membenarkan apa-apa yang salah dalam lakumu, seseorang yang mencintaimu dengan cemburunya, namun kau rasakan sakitnya,saat ia tersakiti, hingga kau katakan pada yg lain “janganlah kau sakiti aku dengan cara menyakti ‘aisyah”…

aku ingin mejadi fatimah, yang tak kau bagi cintamu pada yang lain.. bukan karna aku tak percaya kau tidak dapat berlaku adil, tapi karna aku ingin mencintaimu dengan sempurna, tanpa diganggu oleh cemburuku, itu saja…

tak kalah lagi, aku ingin menjadi seperti ibunda hajar, yang tak gentar saat kau tinggalkan di padang pasir tandus dengan seorang bayi mungil di pelukan.. tak takut akan kehilanganmu, karna keyakinanku pada Rabbku lebih besar daripada yakinku padamu… cintaku padamu, tak akan mengalahkan cintaku pada Rabbku…


usahaku ini tidak mudah sayang, begitupun usahamu..kuyakin itu..
maka tetaplah dalam jihadmu..tetaplah dalam usahamu..tetaplah dalam ikhiarmu… aku yakin kau kuat disana, dan doakanlah agar akupun kuat dsni dalam jihad dan ikhtiarku…bawalah aku dalam tiap doa dan sujudmu, kumohon… karna doa yg dapat menolongku…
hingga saatnya, kita bertemu dalam ikatan suci menyempurnakan separuh dien… dan kita akan melanjutkan jihad kita bersama…
dan nanti..terimalah aku apa adanya jika aku belum bsa mejadi khadijahmu, ‘aisyahmu atau bahkan menjadi seperti ibunda hajar… tapi bimbinglah aku menjadi seperti mereka… dan kita bimbing bersama mujahid muda kita nanti tuk melanjutkan estafet perjuangan dakwah ini…
teruntukmu yang ada disana,kuatlah..dan bersabarlah…

bawalah aku dalam doa dan sujudmu, agar cinta kita nanti, hanya karnaNya…AMIN,


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.