siapa kate tak leh paksa diri sendiri..


Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu akhi wa ukhti, melainkan dicari.. - (syahirul.com, 2011)

tak salah kan buat benda secara terpaksa??
tulah namanya mujahadah ;)
[Al Imran: 142]

paksa diri bukak AQ, tgok maksudnya ;D

Hati kita unik, boleh jadi kuat, dinamik, juga boleh sakit dan menjadi buta.
Firman Allah SWT:

“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada” (al-Hajj:46)


jOm kembali kepada fitrah

"wahai orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan..."

Jom hidup ber "style" kan ISLAM ^_^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.