ithar ..


Word ithar ni honestly memang ana dah lupa.. last time word ni ana dengar mase sekolah menengah kot..uish.. adelah dekat berbelas tahun yang lalu...uish.. tua sangat dah ana ni..
Well... taknak serius sangat nak cakap pasal topic ni.. (tapi last-last pun macam serius gak kan :p)

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."

(Riwayat Bukhari)

Maybe hadith di atas ini
ana rasa adalah hadith yang tepat untuk menceritakan ape itu ithar... ithar ini boleh didefinisi kan sebagai mengutamakan orang lain sewaktu diri sendiri menghajatkan sesuatu keperluan ...

Mulia kan???

Bagi sesiapa yang rajin membaca sirah nabi dan sahabat.. sangat banyak contoh-contoh sifat ithar ini ditonjolkan dari diri nabi SAW dan sahabat.. mashaAllah.. kisah-kisah seperti Saydina Ali yang mengambil tempat tidur nabi ketika beliau sendiri tahu yang musuh dari kuffar quraish akan ambush rumah baginda dan akan menikam insan yang berada di tempat pembaringan Nabi SAW adalah salah satu kisah yan sangat memberikan kesan bagi sesiapa yang mahu menghayatinya.

Begitu juga kisah kekasih nabi SAW iaitu saydni abu bakar Al -Siddiq yang sanggup menahan sakit sehingga mengalir air matanya lakibat disengat oleh kala jengking semata-mata tidak mahu menggangu tidur Nabi SAW .. mulia sangat kan sifat Ithar ini...

Sifat ithar ini serius bukan satu sifat yang boleh dibuat-buat tanpa dihadirkan pada hati itu rasa ikhlas dan menyayangi orang lain. Ithar ini juga bukan lah sesuatu yang boleh berkekalan pada yang ingin menunjuk-nunjuk kerana hati yang baik itu Allah pancarkan di wajah mereka yang meletakkan kepentingan dirinya kebelakang dan mendahulukan kepentingan orang lain...

Sebab itu sahabat-sahabat sekalian... menyayangi diri orang lain seperti mana menyayangi diri sendiri ini tidak lain tidak bukan adalah satu sifat yang sangat dipuji sehingga martabatnya nabi letakkan sebagai "kamali al -iman" atau pun kesempurnaan iman kerana asas berdirinya seorang muslim itu mestilah mempunya islam, iman dan akhlaq...

Teringat dulu ummi cite mase zaman ummi hidup susah .. " dulu ummi ngan embah sampai menangis-menangis suruh makan dulu kerak nasi sebab masing - masing suruh makan dulu "... bile kenang balik diri kite ni, agak-agak nye ade kah masih berbaki rasa untuk mendahulukan kepentingan orang lain eh? sama-samalah kita bermuhasabah....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.