al-insan fil ahsani taqwim. [At-Tiin : 4]


Terima Kasih Ummi ~

... al-insan fil ahsani taqwim. [At-Tiin : 4]
... manusia ialah sebaik-baik ciptaan....

YA ..Syurga itu di bawah tapak kaki ibu; HR Tirmizi... dan ana pohon ampun yang setinggi-tingginya. Memang sukar menerima keputusan ummi, tapi Allah jualah yang memberi ana kekuatan untuk menerimanya. Dengan rahmat Nya juga, ana rasakan keputusan ummi adalah keputusan yang bakal menjadikan ana bahagia di dunia moga di akhirat jua.ana lah insan yang paling bahagia saat ini. ;) Sungguh! Tiada yang diinginkan dari seorang IBU melainkan kebahagiaan dan yang terbaik buat anak-anak.

Terima kasih UMMI!

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah : 5)

Innallah hama’as sobirin (Allah bersama orang-orang yang sabar) Kadang-kadang tak sedar pun masa yang berlalu, sedar-sedar dah pagi... Ana bermuhasabah diri, kenapalah bukan syurga di bawah tapak kaki ayah? Iya... ana temui jawapannya dengan praktikal, bukan hanya teori! Syukur pada Nya yang mengiringi langkah ini dengan rahmat yang tak putus-putus.

Alhamdulillah, dengan kesempatan keadaan sekarang, ana kembali bertemankan kitabullah. Kembali menghafaz kalamullah, semuanya kerana UMMI...!

cian ummi, sabar jer la yep ada anak yang sokmo gile-gile macam ana. Sobrun jamil ya ummu Aiman, .. :)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.