BOSANNYA HIDUP!!!




BORING! BOSAN!

Mungkin ada suara yang mengungkapkan,

“Bosan la hidup ni!”

"Ya Allah, tak tau nak buat apa lagi nie. tido dah sudah. makan dah sudah. main game dah sudah. bosannyeee!!! "

Kalimah ‘bosan’ dilontarkan jauh-jauh sekuat hati dengan harapan ia tidak akan wujud lagi dalam kamus hidup.

Hakikatnya, itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang masih kabur dan sifar akan matlamat hidupnya. Dan jiwa itulah nanti akan berpegang dengan budaya hedonism demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Bak kata seorang sister saya, ‘hati manusia ni kalau tak diisi dengan perkara-perkara yang mendekatkan diri padaNya sudah tentu akan diisi dengan perkara-perkara jahilliyah’.

So, hati-hati! Sebab jahiliah tu sentiasa pantas bergerak. Pantang kita duduk termenung sekejap, pasti syaitan akan mengambil tempat membisikkan kepada perkara melakukan perkara mengikut hawa nafsu.

Seorang mukmin yang cemerlang akan sentiasa berkejar-kejaran dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah sebaik mungkin sementara masih hidup dan pada masa yang sama juga sibuk mengumpul syer-syer akhirat sebagai bekalan nanti. 
Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa kita sebagai hambaNya punya dua misi setelah dilahirkan di dunia. 

Kitalah HAMBA dan kita jugalah KHALIFAH.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah 2:30)


Dua misi inilah yag akan membuatkan kita begitu sibuk di dunia hingga tidak punya waktu untuk membuang masa melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sebagai seorang muslim kita seharunya punya rasa tanggungjawab dengan amanah yang telah Allah pikulkan kepada kita. Insya'Allah, semoga perjalanan kita mencari redhaNya dipermudahkan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.